Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ibadah 1223/1

Total questions: 60

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Berikut adalah rukun gadaian kecuali

a)

ijab dan qabul

b)

barang gadaian

c)

pemegang gadaian

d)

penggadai menjelaskan hutang

2.

Antara yang berikut yang manakah bukan perkara wajib haji?

a)

Niat ihram di miqat

b)

Melontar ketiga-tiga jamrah

c)

Wukuf di padang Arafah

d)

Bermalam di Muzdalifah

3.

Antara yang berikut yang manakah larangan ketika ihran khusus bagi wanita?

a)

Memburu binatang darat

b)

Memakai pakaian berjahit

c)

Memakai minyak rambut di kepala

d)

Menutup muka dan dua tapak tangan

4.

Berikut adalah merupakan muamalat yang dibenarkan dalam Islam kecuali

I Sewa

II riba

III gharar

IV gadaian

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

5.

Hukum asal memberi hutang dalam Islam ialah

a)

sunat

b)

harus

c)

wajib

d)

makruh

6.

Berikut perkara-perkara yang dilarang semasa idah bagi perempuan yang kematian suami kecuali

a)

bekerja

b)

bertunang

c)

berkahwin

d)

berhias diri

7.

Berikut ialah hikmah diadakan larangan ihram kecuali

a)

melatih umat Islam supaya lebih berdisiplin

b)

menggalakkan jemaah haji supaya beribadat bersungguh-sungguh

c)

memberi kesedaran kepada jemaah haji supaya menghargai makhluk lain

d)

menguji kesabaran dalam menyempurnakan perintah Allah SWT

8.
  • Melahirkan sifat kerjasama dan rasa kasih sayang sesama insan.
  • Memberi jaminan kepada pemberi hutang.

Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

syarat sah gadaian

b)

proses gadaian

c)

kesan gadaian

d)

hikmah gadaian

9.

Binatang Al-An'am

  1. Kerbau
  2. Lembu
  3. Unta
  4. Biri-biri
  5. X

X ialah

a)

Kuda

b)

Rusa

c)

Kibas

d)

Seladang

10.
  • Hilang hak giliran bermalam
  • Hilang hak nafkah zahir daripada suami

Pernyataan di atas merujuk kepada akibat

a)

Zihar

b)

Fasakh

c)

Nusyuz

d)

Khuluk

11.

Antara yang berikut yang manakah syarat sah binatang sembelihan?

I Halal dimakan

II Putus urat halkum dan merik

III Alat sembelihan yang tajam

IV Penyembelih beragama Islam

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

12.

Antara yang berikut yang manakah bukan larangan dalam ihram bagi haji wanita?

a)

Memotong kuku

b)

Memakai pakaian berjahit

c)

Berburu binatang buruan darat

d)

Menutup muka dan dua tapak tangan

13.
  • Melontar di ketiga-tiga jamrah
  • Bermalam di Muzdalifah
  • Bermalam di Mina

Jemaah haji yang meninggalkan amalan di atas secara sengaja menyebabkan hajinya

a)

haram

b)

makruh

c)

sah tetapi wajib membayar dam

d)

batal dan wajib membayar dam

14.

Encik Ali telah mengerjakan umrah dalam bulan haji dan kemudian mengerjakan haji dalam bulan yang sama.

Pernyataan di atas merujuk kepada cara mengerjakan

a)

umrah sunat

b)

umrah wajib

c)

haji qiran

d)

haji tamattuk

15.

Mahar musamma ialah mahar yang diberi oleh suami kepada mengikut persetujuan

a)

pihak keluarga isteri

b)

pihak keluarga suami

c)

kedua-dua pihak

d)

pihak pejabat agama Islam

16.

Pilih contoh lafaz talak yang betul.

a)

" Aku ceraikan engkau untuk tempoh empat bulan"

b)

" Engkau tertalak sekiranya engkau engkar"

c)

" Aku ceraikan engkau sekarang"

d)

" Perkahwinan kita dibatalkan"

17.
  • Memastikan isteri tidak hamil dengan bekas suaminya.
  • Menzahirkan kepentingan dan kesucian ikatan perkahwinan.

Pernyataan di atas merujuk kepada hikmah

a)

idah

b)

zihar

c)

fasakh

d)

khuluk

18.

Antara yang berikut yang manakah bukan larangan semasa idah raji?

a)

Berkahwin

b)

Berhias diri

c)

Menerima pinangan lelaki lain

d)

Keluar rumah tanpa izin suami

19.
  • Dilakukan selepas wukuf di Arafah
  • Suci daripada hadas kecil dan hadas besar

Pernyataan di atas merujuk kepada ibadat

a)

niat ihram.

b)

bercukur.

c)

tawaf.

d)

sai.

20.
  • Melambai-lambai kaabah
  • Berlari-lari anak
  • Berwuduk


Pernyataan di atas merujuk kepada amalan-amalan_______sai.

a)

sunat

b)

wajib

c)

harus

d)

makruh

21.

Pekara yang dilarang ketika walimatulurus ialah

a)

pertunjukan silat.

b)

bermain kompang.

c)

persembahan nasyid.

d)

upacara tepung tawar.

22.
  • Berkeinginan untuk berkahwin.
  • Berkemampuan menunaikannafkah zahir dan batin.
  • Tidak dikhuatiri melakukan kezaliman terhadap pasangannya.


Hukum perkahwinan di atas ialah

a)

wajib.

b)

sunat.

c)

makruh.

d)

haram.

23.
  • Ahli
  • Lafaz
  • Modal


Perkara di atas merujuk kepada rukun

a)

gadaian.

b)

jual beli.

c)

syarikat.

d)

insurans.

24.

Zihar ialah perbuatan suami menyamakan mana-mana anggota isterinya dengan

a)

mahram suami.

b)

ibu saudara isteri.

c)

kakak angkat suami.

d)

adik perempuan isteri.

25.

Pilih pernyataan yang benar mengenai syarat-syarat sai.

I Bermula dari bukit Marwah

II Dilakukan selepas tawaf

III Cukup tujuh pusingan

IV Suci daripada hadas

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

26.

Antara yang berikut yang manakah tempoh idah bagi perempuan yang bercerai hidup dan tidak hamil?

a)

Empat bulan sepuluh hari

b)

Tiga kali suci

c)

Tiga bulan

d)

Tiada idah

27.

Semua yang berikut adalah faktor wanita yang haram dikahwini selama-lamanya kecuali

a)

persemendaan.

b)

penyusuan.

c)

keturunan.

d)

persaudaraan.

28.

Apakah rukun haji yang dilaksanakan di Padang Arafah?

a)

Wukuf

b)

Tawaf

c)

Sai

d)

Bercukur

29.

Antara yang berikut manakah perkara yang dibolehkan semasa idah raji bagi isteri?

a)

Berkahwin.

b)

Menerima pinangan.

c)

Keluar rumah atas urusan kerja,

d)

Keluar dari rumah yang disediakan oleh suami.

30.

" Barang bernilai yang dijadikan cagaran oleh pemiliknya untuk mendapatkan pinjaman"


Pernyataan di atas merujuk kepada pengertian_________.

a)

sewa

b)

saham

c)

hutang

d)

gadaian

31.

" Razi menyembelih seekor ayam dengan menggunakan pisau yang tumpul"


Apakah hukum sembeliahan tersebut?

a)

Sunat

b)

Harus

c)

Makruh

d)

Haram

32.
  • Barang gadaian rosak.
  • Penggadai membayar semua hutangnya.
  • Barang gadaian dijual atas perintah mahkamah.


Pernyataan di atas mengakibatkan gadaian ________.

a)

sah

b)

batal

c)

rosak

d)

tamat kontrak

33.

Hukun asal memberi hutang dalam Islam ialah

a)

wajib.

b)

sunat.

c)

harus.

d)

nakruh.

34.
  • Barang telah rosak atau hilang.
  • Tidak menepati syarat.

Pernyataan di atas menyebabkan sewaan ________.

a)

tidak sah

b)

tamat kontrak

c)

tidak perlu dibayar

d)

tertangguh bayaran

35.

Antara yang berikut yang manakah perkara sunat haji?

a)

Niat ihram di miqat.

b)

Melontar di Jamaratul Aqabah.

c)

Solat dua rakaat selepas tawaf.

d)

meninggalkan larangan ihram.

36.

Antara yang berikut yang manakah bukan perkara wajib haji?

a)

Niat ihram di miqat.

b)

Melontar ketiga-tiga jamrah.

c)

Bermalam di Muzdalifah.

d)

Wukuf di Padang Arafah.

37.

Razi terpaksa meninggalkan Mina kerana mempunyai urusan dan melakukan nafar awal ketika melakukan ibadah haji.


Apakah hukum ibadah haji tersebut?

a)

Sah dan dikenakan dam.

b)

Sah dan tidak dikenakan dam.

c)

Batal dan dikenakan dam.

d)

Batal dan tidak dikenakan dam.

38.

" Tempoh masa larangan berkahwin yang wajib dipatuhi oleh isteri selepas berpisah dengan suami"


Pernyataan di atas merujuk kepada pengertian ________.

a)

idah

b)

rujuk

c)

fasakh

d)

khuluk

39.
  • Boleh dirujuk dalam idah.
  • Tidak perlu akad dan mahar yang baharu.


Pernyataan di atas merujuk kepada __________.

a)

talak bain sughra

b)

talak bain kubra

c)

talak taklik

d)

talak raji

40.

Berikut ialah hikmah akikah terhadap masyarakat kecuali

a)

mengeratkan hubungan silaturahim dengan jiran.

b)

menggalakkan amalan bersedekah bagi ibu bapa.

c)

mendekatkan bayi dengan penghayatan Islam.

d)

menghebahkan berita kelahiran bayi.

41.

" Memberi perlindungan ke atas kematian dan hilang upaya"


Pernyataan di atas merujuk kepada_______.

a)

saham

b)

gadaian

c)

insurans am

d)

insurans nyawa

42.
  • Memperbaiki kelemahan dan kesilapan lalu.
  • Menyatukan semula keluarga.


Pernyataan di atas adalah hikmah___________.

a)

talak

b)

rujuk

c)

fasakh

d)

idah

43.

Perceraian antara suami isteri dengan bayaran tertentu ialah pengertian _________.

a)

lian

b)

talak

c)

khuluk

d)

zihar

44.

Tawaf rukun juga dikenali sebagai tawaf ________.

a)

wadak

b)

ifadah

c)

sunat

d)

qudum

45.

Pak Abu menjual buah langsatnya yang masih putik di pokok.

Apakah hukum jual beli tersebut dalam Islam?

a)

Sah.

b)

Tidak sah.

c)

Dilarang tetapi sah.

d)

Dilarang dan tidak sah.

46.
  • Bebas daripada unsur riba
  • Bebas daripada unsur spekulasi
  • Bebas daripada perkara haram
  • Bebas daripada unsur perjudian

Pernyataan di atas merujuk kepada __________.

a)

insurans

b)

saham

c)

hutang

d)

syarikat

47.

Pilih langkah-langkah yang mesti dilakukan oleh suami mengikut ketentuan syarak dalam mendidik isteri yang nyusuz.

I Memberi nasihat dengan hikmah

II Memisahkan diri dari tempat tidur

III Memukul dengan tujuan mendidik

IV Merujuk pakar kaunseling

a)

I , II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

48.

Pilih pernyataan yang benar tentang ibadat korban.

a)

Sunat dimasak manis.

b)

Wajib dilakukan oleh orang yang bernazar.

c)

Haram dimakan oleh orang yang berkorban.

d)

Harus dilakukan sebelum solat sunat hari raya haji.

49.

Antara berikut yang manakah syarat bagi orang yang mengambil upah haji?

a)

Seorang lelaki.

b)

Telah menunaikan ibadah haji.

c)

Waris bagi orang yang mengupah haji.

d)

Mengambil upah haji lebih daripada seorang dalam satu musim.

50.
  • Menjauhi maksiat
  • Menjamin kesucian keturunan.
  • Merapakan silaturahim.


Pernyataan di atas merujuk kepada hikmah_____.

a)

merisik

b)

pertunangan

c)

perkahwinan

d)

walimatulurus

51.

Antara yang berikut yang manakah hikmah diwajibkan mahar?

I Tanda kesanggupan suami untuk membina rumahtangga

II Persiapan suami untuk memikul tanggungjawab

III Tanda kasihan suami kepada isteri

IV Bukti kesetiaan suami

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

52.

Antara yang berikut yang manakah bukan rukun li'an?

a)

Lafaz

b)

Suami

c)

Isteri

d)

Saksi

53.

" Syanizah mengeluarkan kata-kata yang kesat terhadap suaminya"


Pernyataan di atas merujuk kepada perbuatan _______.

a)

dayus

b)

zihar

c)

nusyuz

d)

khuluk

54.

Antara yang berikut yang manakah bukan hikmah diadakan larangan ihram?

a)

Melatih umat Islam supaya lebih berdisiplin.

b)

Menggalakkan jemaah haji supaya beribadat bersungguh-sungguh.

c)

Memberi kesedaran kepada jemaah haji supaya menghargai makhluk lain.

d)

Menguji kesabaran manusia dalam menyempurnakan perintah Allah SWT.

55.

Hukum mengambil anak angkat ialah _______.

a)

wajib

b)

sunat

c)

harus

d)

sunat muakad

56.
  • Menutup aurat.
  • Suci daripada hadas.


Pernyataan di atas merupakan syarat-syarat sah bagi ibadah __________.

a)

sai

b)

tawaf

c)

wukuf

d)

melontar jamrah

57.

" Suami menceraikan isterinya ketika haid"


Setuasi di atas merujuk kepada talak _______.

a)

bain

b)

bid'i

c)

sunni

d)

taklik

58.
  • Melahirkan sifat kerjasama dan kasih sayang sesama insan.
  • Memberi jaminan kepada pemberi hutang.


Pernyataan di atas merujuk kepada ________ gadaian.

a)

kesan

b)

proses

c)

hikmah

d)

syarat sah

59.

" Menyelamatkan akidah islam dan anak-anak ekoran daripada suami yang murtad"


Antara yang berikut manakah berkaitan dengan pernyataan di atas?

a)

Li'an

b)

Zihar

c)

Khuluk

d)

Fasakh

60.

Antara yang berikut manakah perkara-perkara yang dilarang ketika ihram khusus untuk lelaki?


I Menutup kepala

II Memakai pakaian berjahit

III Menikahkan atau bernikah

IV Memotong rambut atau bulu di badan

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan Iv

d)

I dan IV