wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Maal Hijrah SKSK 2020

Total questions: 20

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud Hijrah Rasulullah SAW?

a)

Perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah

b)

Perpindahan Nabi Muhammad SAW dan umat Islam dari Mekah ke Madinah

c)

Perpindahan Nabi Muhammad SAW dan umat Islam dari Madinah ke Mekah

d)

Perpindahan Nabi Muhammad SAW dan umat Islam dari Mekah ke Habsyah

2.

Siapakah yang bersama Rasulullah SAW semasa berhijrah?

a)

Saidina Ali bin Abi Talib

b)

Saidina Uthman bin Affan

c)

Saidina Abu Bakar AsSiddiq

d)

Saidina Umar bin AlKhattab

3.

Berikut adalah sebab berlakunya hijrah KECUALI ...

a)

Isyarat Allah

b)

Tekanan daripada Musyrikin Mekah

c)

Strategi peperangan musuh

d)

Pelawaan daripada penduduk Yathrib

4.

Pilih pernyataan yang salah tentang peristiwa hijrah ke Madinah.

a)

Umat Islam berhijrah secara beransur-ansur selepas menerima arahan daripada Rasulullah SAW

b)

Tiada sahabat yang berani berhijrah secara terang-terangan kecuali Umar bin AlKhattab

c)

Setelah hampir 3 tahun para sahabat berhijrah barulah Rasulullah berhijrah setelah mendapat isyarat daripada Allah.

d)

Musyrikin Mekah menawarkan 100 ekor unta kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah SAW

5.

Siapakah Muhajirin?

a)

Penduduk asal Yathrib

b)

Penduduk mekah yang tinggal di Mekah

c)

Orang Islam yang berhijrah ke Yathrib

d)

Orang Islam yang berhijrah ke Habsyah

6.

Penggunaan kalendar hijrah bermula pada zaman pemerintahan Khulafa' ArRasyidin iaitu pada zaman pemerintahan Saidina ...............

a)

Abu Bakar AsSiddiq

b)

Umar bin AlKhattab

c)

Uthman bin Affan

d)

Ali bin Abi Talib

7.

Apakah nama masjid yang pertama dibina oleh Nabi S.A.W apabila sampai di Madinah?

a)

Masjid Nabawi

b)

Masjidil Haram

c)

Masjid Quba

d)

Masjidil Aqsa

8.

Sebelum meneruskan perjalanan ke Madinah semasa hijrah, dimanakah Nabi SAW bersembunyi?

a)

Gua Hira

b)

Jabal Uhud

c)

Gua Tsur

d)

Jabal Tursina

9.

Apakah yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. setibanya di Quba' ?

a)

Menyatukan Muhajirin dan Ansar

b)

Melakukan solat Jumaat

c)

Berehat

d)

Mendirikan sebuah masjid

10.

Apakah nama peperangan yang digali parit besar disekeliling Madinah ?

a)

Perang khandak

b)

Perang badar

c)

Perang Uhud

d)

Perang ahzab

11.

Bulan pertama dalam kalendar Islam ialah ....

a)

Safar

b)

Muharram

c)

Rejab

d)

Syaaban

12.

Berapakah bilangan bulan Hijrah?

a)

10

b)

11

c)

12

d)

13

13.

Bulan Ke-5 dalam kalendar Islam ialah...

a)

Muharram

b)

Rejab

c)

Syaaban

d)

Jamadil Awal

14.

Hari Tashriq ialah .............................. Zulhijjah

a)

1, 2, 3

b)

10, 11, 12

c)

11, 12, 13

d)

28, 29, 30

15.

Mengapakah kita menyambut Maal Hijrah?

a)

Memperingati sirah kelahiran Nabi Muhammad SAW

b)

Memperingati dakwah Rasulullah SAW

c)

Menghayati sejarah kota Madinah

d)

Memperingati perjuangan Rasulullah SAW dan umat Islam terdahulu

16.

Berikut merupakan pernyataan yang benar tentang Maal Hijrah KECUALI

a)

Awal Muharam

b)

Memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan umat islam ke Madinah

c)

Memperingati peristiwa Isra' dan Mikraj

d)

Permulaan kiraan kalendar hijrah

17.

Nama lain bagi 10 Muharram

a)

Maal Hijrah

b)

Hari Assyura

c)

Awal Muharram

d)

Hari Tasyriq

18.

Bubur yang popular semasa bulan Muharram ialah bubur...

a)

Kacang

b)

Lambuk

c)

Asyura

d)

Arbaa

19.

Pada 20 Ogos 2020 umat Islam akan menyambut Maal Hijrah tahun ____________

a)

1440 Hijrah

b)

1441 Hijrah

c)

1442 Hijrah

d)

1443 Hijrah

20.

Tema sambutan Maal Hijrah tahun ini ialah....

a)

Menyantuni Umat Membawa Rahmat

b)

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

c)

Ummah Rabbani Negara Harmoni

d)

Perpaduan Nadi Transfomasi Negara