wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 5 : PEMBENTUKAN KELUARGA

Total questions: 10

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Apakah perbuatan yang menghalalkan pergaulan antara lelaki dan perempuan?

a)

bertunang

b)

walimatul arus

c)

akad

d)

restu ibu bapa

2.

"Ali dan Ani berkahwin ketika berada di semester akhir pengajian di KPM Beranang. Ibu bapa kedua-dua belah pihak bersetuju untuk menanggung segala perbelanjaan runah tangga selagi belum mempunyai pendapatan tetap"


Apakah hukum berkahwin dalam situasi di atas?

a)

haram

b)

makruh

c)

harus

d)

sunat

3.

Manakah antara berikut termasuk dalam rukun nikah?

a)

wali

b)

akad

c)

saksi

d)

mas kahwin

4.

"Harta yang wajib suami serahkan kepada isteri yang terpisah dengannya dengan sebab talak"


Pernyataan di merujuk kepada ...

a)

mas kahwin

b)

hantaran

c)

muta'ah

d)

nafkah

5.

Talak dari segi kejelasan lafaz terbahagi kepada dua iaitu

a)

sorih

b)

bid'ie

c)

sunni

d)

kinayah

6.

Apakah yang dimaksudkan dengan ila'?

a)

suami menyamakan isterinya dengan salah seorang mahramnya

b)

Suami menuduh isterinya berzina dengan bersumpah kerana tiada saksi

c)

Suami bersumpah tidak akan bersetubuh dengan isteri lebih dari empat bulan

d)

Perpisahan antara suami isteri yang dilakukan oleh qadi

7.

Iddah bagi isteri yang kematian suami adalah

a)

3 kali suci

b)

4 bulan 10 hari

c)

3 bulan

d)

tiada iddah

8.

Memberi nafkah zahir dan batin merupakan tanggungjawab

a)

bapa kepada anak

b)

isteri kepada suami

c)

anak kepada bapa

d)

suami kepada isteri

9.

Berikut merupakan amalan perkahwinan di Malaysia yang berunsurkan adat.

a)

merisik

b)

bertunang

c)

kenduri kahwin

d)

persandingan

10.

Pilih pernyataan yang benar berkaitan berkahwin dengan ahli kitab

a)

Hukum berkahwin dengan ahli kitab adalah haram secara mutlak

b)

Hanya wanita muslimah yang dibenarkan berkahwin dengan ahli kitab

c)

Perkahwinan dengan ahli kitab adalah harus dengan tujuan menarik ahli kitab kepada Islam

d)

Fatwa Kebangsaan mengharamkan perkahwinan dengan ahli kitab