wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KIMIA T4 BAB 3: FORMULA KIMIA

Total questions: 10

Worksheet time: 3hrs 30mins

Name
Class
Date
1.

Sebatian Manakah Yang Mempunyai Formula Molekul Yang Betul?

a)

Barium nitrat

Ba(NO3)2

b)

Plumbum (II) oksida

PbO2

c)

Kuprum (II) oksida

Cu2O

d)

Argentum karbonat

AgCO3

2.

Formula empirik kuprum oksida ditentukan dengan tindak balasnya dengan hidrogen. Langkah pemanasan, penyejukan dan penimbangan diulang beberapa kali tetapi jisim hasil yang tetap masih tidak diperolehi. Antara yang berikut, yang manakah boleh dilakukan untuk mendapat jisim hasil yang tetap?

a)

semasa pemanasan, gas hidrogen kering dialirkan

b)

semasa penyejukan, gas hidrogen kering dialirkan

c)

semasa penimbangan, tabung pembakar perlu disumbat

d)

semasa pemanasan, gas hidrogen berlebihan dibakar

3.

5g unsur X bertindak balas dengan 8g unsur Y untuk membentuk sebatian yang mempunyai formula XY2. Berapakah jisim atom relatif unsur X? [j.a.r : Y=80]

a)

25

b)

40

c)

50

d)

100

4.

Tindak balas di antara aluminium dengan ferum (III) oksida menghasilkan ferum dan bahan X. Apakah formula kimia bagi X?

a)

AlO

b)

AlO2

c)

Al2O3

d)

Al3O2

5.

0.40 g logam X bertindak balas dengan fluorin untuk menghasilkan 0.78 g X fluorida. Apakah formula empirik bagi X fluorida itu? [j.a.r: F=19; X=40]

a)

XF

b)

XF2

c)

X2F

d)

XF4

6.

Logam X membentuk oksida yang berformula X2O. Jika formula bagi ion manganat (VII) adalah MnO4- , apakah formula bahan manganat bagi X?

a)

XMnO4

b)

X2MnO4

c)

X(MnO4)2

d)

X2(MnO4)3

7.

Hitung jisim magnesium oksida MgO2 yang terbentuk apabila 1.2 g magnesium terbakar dalam oksigen.

[j.a.r: O=16; Mg=24]

(a)  

8.

0.36 g unsur karbon berpadu dengan 0.06 g unsur hidrogen untuk membentuk hidrokarbon. Jisim molekul relatif bagi hidrokarbon ini ialah 42. Hitung formula empirik bagi hidrokarbon ini.

a)

C2H

b)

CH2

c)

CH

9.

0.36 g unsur karbon berpadu dengan 0.06 g unsur hidrogen untuk membentuk hidrokarbon. Jisim molekul relatif bagi hidrokarbon ini ialah 42. Hitung formula molekul bagi hidrokarbon ini. [j.a.r: C=12; 0=16]

a)

C3H6

b)

CH3

c)

C2H6

10.

0.09 g unsur T bergabung dengan 0.08 g unsur Q untuk membentuk sebatian dengan formula empirik T2Q3. Apakah jisim atom relatif bagi unsur T?

[j.a.r: Q=16]

(a)