wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANG KAJI SEJARAH TINGKATAN 1

Total questions: 60

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Sejarah berasal daripada perkataan Arab iaitu syajaratun.

Apakah maksud syajaratuh?

a)

Salasilah

b)

Peristiwa

c)

Peradaban

d)

Sumbangan

2.

Dalam bahasa Inggeris, sejarah ialah history. History berasal daripada perkataan Yunani. Apakah maksud historia?

a)

Peristiwa

b)

Penceritaan

c)

Pandangan

d)

Penyelldikan

3.

Apakah masa silam yang dikaji berdasarkan urutan masa?

a)

Peristiwa

b)

Rentetan

c)

Kronologi

d)

Perkembangan

4.

Senarai berikut berkaitan dengan ruang masa.


100 tahun = 1 abad

1000 tahun = 1 X

a)

Alaf

b)

Dekad

c)

Kurun

d)

Masihi

5.

Bilakah zaman Masihi bermula?

a)

Kelahiran Nabi Isa AS

b)

Kelahiran Nabi Musa AS

c)

Kelahiran Nabi Adam AS

d)

Kelahiran Nabi Muhammad SAW

6.

Senarai berikut merupakan sumber sejarah.

  • Pisau
  • Kapak
  • Tembikar

Apakah kategori bagi peralatan tersebut?

a)

Fosil

b)

Artifak

c)

Manuskrip

d)

Dokumen

7.

Senarai berikut merupakan sumber sekunder.

  • Buku
  • Majalah
  • X
  • Apakah X?
a)

Diari

b)

Risalah

c)

Batu Bersurat

d)

Surat peribadi

8.

Ilustrasi berikut merupakan sejarah yang diperoleh melalui kaedah arkeologi.

Apakah cara yang boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat yang benar berkaitan dengan sumber tersebut?

a)

Penulisan

b)

Temu bual

c)

Pandang dengar

d)

Kajian saintifik

9.

Mengapakah sejarawan tempatan menyifatkan tokoh-tokoh berikut sebagai pejuang tanah air?

  • - Tok Janggut
  • - Dato' Bahaman

a)

Pemimpin tetmpatan

b)

Berjaya mengalahkan British

c)

Memperjuangkan kemerdekaan

d)

Berani menentang penjajah British

10.

Mengapakah kita patut menghayati sejarah tanah air?

a)

Menaikkan semangat patriotik

b)

Menyediakan diri menghadapi perubahan

c)

Berani menuntut hak individu

d)

Berusaha memajukan negara

11.

Apakah bidang ilmu yang mengkaji organisma yang pernah hidup di bumi, fosil dalam sedimen binatang, tumbuhan dan bentuk hidupan purbakala?

a)

Geologi

b)

Arkeologi

c)

Astrologi

d)

Paleontologi

12.

Senarai berikut merupakan binatang yang pernah hidup di bumi.

# Sloth

# Wooly Mammoth

# Harimau bertaring panjang

Binatang tersebut hidup pada zaman?

a)

Neolitik

b)

Paleolitik

c)

Logam

d)

Air batu

13.

Maklumat berikut menerangkan bentuk muka bumi.

X - kawasan perairan sempit yang memisahkan dua kawasan daratan.

a)

Laut

b)

Teluk

c)

Selat

d)

Tanjung

14.

Maklumat berikut menerangkan Zaman Air Batu.

# Berlaku antara 2.5 juta hingga 10 000 tahun dahulu.

# Glasier utama berlaku sebanyak 11 kali

Apakah zaman yang dimaksudkan?

a)

Zaman Miosen

b)

Zaman Pliosen

c)

Zaman Pleistosen

d)

Zaman Holosen

15.

Gambar berikut menunjukkan keadaan glasier di Alaska. Apakah kesan glasier terhadap bumi?

a)

Menyejukkan suhu bumi

b)

Meluaskan permukaan bumi

c)

Memusnahkan hidupan bumi

d)

Mengubah bentuk fizikal bumi

16.

Apakah faktor utama yang menyebabkan peningkatan suhu bumi pada Zaman Air Batu Akhir?

a)

Aktiviti manusia

b)

Kegiatan radiasi bumi

c)

Pembiakan binatang yang pesat

d)

Paras air laut yang rendah

17.

Peta berikut menunjukkan kawasan benua dan lautan pada hari ini. Apakah nilai murni yang patut kita amalkan dengan keunikan dunia kita?

a)

Bertoleransi

b)

Bersatu padu

c)

Berjimat cermat

d)

Bersyukur

18.

Pada Zaman Paleolitik, manusia menggunakan peralatan yang diperbuat daripada

I batu

II besi

III tembaga

IV tulang binatang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

Gambar berikut menunjukkan lukisan yang terdapat di Gua Chauvet, Peranchis dan Altamira, Sepanyol.

Apakah yang dapat dibuktikan oleh masyarakat Zaman Prasejarah dengan lukisan pada dinding gua tersebut?

a)

Mengamalkan upacara ritual

b)

Mempunyai kemahiran melukis

c)

Menjalankan aktiviti memburu binatang

d)

Melaksanakan urusan perniagaan

20.

Lenggong, Perak merupakan antara tapak Zaman Prasejarah yang terpenting di Asia.

Apakah penemuan penting yang dapat membuktikan kehidupan manusia Zaman Prasejarah di negara kita?

a)

Penemuan Perak Man

b)

Penemuan Peking Man

c)

Perjumpaan cap mohor

d)

Penemuan batu bersurat

21.

Mengapakah aktiviti mengumpul makanan semakin berkurangan pada Zaman Neolitik?

a)

Aktiviti pertanian dijalankan

b)

Perkongsian makanan berlaku

c)

Bahan makanan semakin kurang

d)

Perpindahan manusia ke tempat lain

22.

Peralatan yang dihasilkan oleh manusia Zaman Logam lebih mementingkan

a)

saiz

b)

kualiti

c)

bentuk

d)

nilai estetika

23.

Gambar berikut menunjukkan peralatan yang ditemukan di Kota Tampan, Perak. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan penemuan peralatan tersebut?

a)

Manusia telah mengenali logam

b)

Kemahiran manusia Zaman Neolitik

c)

Manusia menjalankan aktiviti pertanian

d)

Kewujudan Zaman Paleolitik di negara ini

24.

Perkataan civilization dalam bahasa Inggeris diambil daripada perkataan Yunani, iaitu civitas. Apakah maksud civitas?

a)

Sungai

b)

Bandar

c)

Agama

d)

Tulisan

25.

Apakah maksud tamadun dalam bahasa Melayu?

a)

Kekayaan

b)

Peradaban

c)

Keagamaan

d)

Pemerintahan

26.

Apakah maksud tamadun mengikut pandangan Islam?

a)

Pembukaan bandar

b)

Pembangunan kebudayaan

c)

Peningkatan ilmu dan teknologi

d)

Pembangunan lahiriah dan rohaniah

27.

Senarai berikut merupakan kawasan yang terkemuka di dunia.

# Lembah Sungai Nil

# Lembah Sungai Indus

# Lembah Sungai Huang He

Apakah keistimewaan lembah sungai tersebut?

a)

Pusat pelancongan

b)

Pusat perlombongan

c)

Kemunculan agama utama dunia

d)

Kemunculan tamadun awal dunia

28.

Antara ciri bandar dalam tamadun awal ialah pembinaan kota. Apakah tujuan pembinaan kota?

I Tempat beribadat

II Pusat pentadbiran

III Kawasan sempadan

IV Benteng pertahanan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

29.

Siapakah yang menduduki tempat paling tinggi dalam susun lapis masyarakat Mesir Purba?

a)

Firaun

b)

Artisan

c)

Wazir

d)

Bangsawan

30.

Apakah yang membezakan Zaman Prasejarah dan Zaman Sejarah?

a)

Penciptaan tulisan

b)

Pengasasan kerajaan

c)

Pembentukan bandar

d)

Pengkhususan pekerjaan

31.

Apakah kegunaan alatan yang berikut pada Zaman Prasejarah?

a)

Menuai padi

b)

Menggali tanah

c)

Memburu binatang

d)

melicinkan alatan kayu

32.

Manusia zaman prasejarah mempercayai kehidupan selepas mati. Bagaimanakah mereka menghormati mayat?

a)

Dibina makam yang besar

b)

Melakukan upacara korban binatang

c)

Dikebumikan bersama pelbagai peralatan

d)

Berlaku migrasi penduduk ke kawasan lain

33.
Tamadun awal dunia bermula di lembah sungai. Namakan tamadun yang wujud di Lembah Sungai Tigris dan Euphrates
a)
Huang He
b)
Indus
c)
Mesir Purba
d)
Mesopotamia
34.
Namakan kerajaan yang wujud dalam tamadun Mesopotamia
a)
Sumeria
b)
Xia
c)
Arad
d)
Chelde
35.
Apakah tulisan terawal yang dicipta oleh masyarakat dalam tamadun Mesopotamia?
a)
Piktograf
b)
Hieroglif
c)
Kuneiform
d)
Sanskrit
36.
Gambar menunjukkan binaan semula Zigurat  Ur bagi Tamadun Mesopotamia. Apakah fungsi binaan tersebut?
a)
Tempat pembesar bermesyuarat
b)
Tempat beribadat
c)
Tempat tinggal raja
d)
Makam raja
37.
Tamadun Mesir Purba bermula di lembah Sungai ___________
a)
Huang He
b)
Indus
c)
Tigris 
d)
Nil
38.
Terdapat tiga tahap pemerintahan dalam kerajaan Mesir Purba iaitu kerajaan purba, kerajaan pertengahan dan kerajaan _____
a)
baru
b)
akhir
c)
moden
d)
firaun
39.
Dua buah kerajaan di hulu dan hilir Sungai Nil disatukan menjadi bandar Memphis oleh Raja _________
a)
Mennes
b)
Hammurabi
c)
Hatshepsut
d)
Tutankhamun
40.
Terdapat dua bandar terancang dalam Tamadun Indus iaitu _____________ dan ______________
a)
Ur dan Uruk
b)
Appa dan Aryan
c)
Mohenjo-Daro dan Harappa
d)
Doab-Gangga dan Yamuna
41.
Tamadun Indus mengalami kemerosotan pada tahun 1750 SM disebabkan oleh __________ dan serangan orang Aryan.
a)
gempa bumi
b)
banjir
c)
wabak penyakit
d)
ketidakcekapan pemimpin
42.
Sungai Huang He dalam tamadun Huang He juga dikenali sebagai Sungai _______
a)
Biru
b)
Kuning
c)
Hijau
d)
Lumpur
43.
Terdapat tiga kerajaan awal dalam tamadun Huang He iaitu kerajaan Xia, Shang dan _______
a)
Ming
b)
Xiou
c)
Zhou
d)
Yang
44.
Konsep 'Madaniyyah' menurut Ibnu Khaldun mengandungi prinsip-prinsip...
a)
pembangunan lahiriah
b)
kemajuan kebendaan
c)
nilai akidah, akhlak
d)
pencapaian ilmu dan teknologi
45.
Tokoh Islam yang menulis karya 'Muqqadimah'...
a)
Ibnu Khaldun
b)
Ibnu Sina
c)
Al Farabi
d)
Syed Muhammad Naquib Al Attas
46.
Dalam tradisi Barat, masyarakat bertamadun diukur melalui
a)
taraf nilai yang luhur
b)
perkembangan kepercayaan
c)
pencapaian ekonomi dan ilmu
d)
pencapaian seni bina 
47.
Pembinaan negara kota terancang Mohenjo Daro wujud pada zaman tamadun...
a)
Indus
b)
Mesopotamia
c)
Mesir Purba
d)
Hwang Ho
48.
Tulisan pertama menggunakan sistem...................atau simbol gambar
a)
Ideogram
b)
Piktograf
c)
Hieroglif
d)
Greek
49.
Apakah tugas kumpulan artisan?
a)
mengutip cukai
b)
mengawal sistem pengairan
c)
menempa besi
d)
berniaga
50.

Tamadun Yunani berkembang di laut Greece dan pulau-pulau di sekitar Laut Aegean serta Laut Mediterranean.

Kegemilangannya berakhir pada?

a)

tahun 200 SM

b)

tahun 500SM

c)

tahun 700 SM

d)

tahun 800 SM

51.

Senarai berikut merujuk kepada tindakan yang dilakukan oleh Tamadun Yunani.

Apakah polis yang mempunyai kawasan yang paling luas sekali?

a)

Athens

b)

Corinth

c)

Sparta

d)

Olympia

52.

Jawatan berikut diperkenalkan oleh pentadbiran Tamadun Yunani.


(Melantik seramai 10 orang untuk menjadi Majistret)


Bilangan tersebut terdiri daripada

a)

hakim

b)

jeneral tentera

c)

golongan tirani

d)

ahli majlis

53.

Apakah bentuk pentadbiran yang dilaksanakan oleh negara kota Sparta?

a)

Pentadbiran monarki

b)

Pentadbiran ketenteraan

c)

Pentadbiran demokrasi

d)

Pentadbiran oligarki

54.

Ciptaan Pont du Gard bertujuan untuk pengawalan air yang sistematik.

Ia telah dibina di?

a)

Britain

b)

Perancis

c)

Tunisia

d)

Rom

55.

Penduduk Yunani terkenal sebagai pelayar yang handal.

Maklumat berikut berkaitan dengan masyarakat Yunani. Mengapakah penduduk Yunani terkenal sebagai pelayar yang handal?

a)

Kedudukan Tamadun Yunani berhampiran dengan laut

b)

Mereka mahir dalam membina kapal layar

c)

Mereka mahir dalam ilmu kelautan

d)

Mereka dilatih sejak dari kecil

56.

Dalam sistem pemerintahan Tamadun Yunani, sistem demokrasi telah diamalkan.

Pada pendapat anda, apakah persamaan sistem demokrasi yang diamalkan di Yunani dan sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia?

a)

Dikuasai oleh golongan raja

b)

Dikuasai oleh golongan bangsawan

c)

Hanya kaum lelaki dipilih menjadi wakil rakyat

d)

Rakyat berkuasa memilih wakil rakyat melalui pengundian

57.

Sistem pemerintahan dan pentadbiran di sparta memberi penekanan kepada disiplin ketenteraan. Apakah cara kerajaan Sparta dalam menjadikan Sparta sebagai kerajaan ketenteraan?

a)

Masyarakat diberi imbuhan ketenteraan

b)

Kanak-kanak bersekolah di sekolah swasta

c)

Masyarakat Sparta berperang dengan Persia

d)

Kanak-kanak dan kaum wanita dilatih menjadi anggota tentera

58.

Tamadun Rom muncul sebagai kuasa paling kuat di Mediterranean. Apakah faktor yang menjadi asas penting dalam pembinaan Tamadun Rom?


I Kebebasan pemikiran masyarakat

II Sikap ingin tahu masyarakat

III Pemimpin yang berwibawa

IV Kekuatan ketenteraan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

59.

Akueduk yang pertama telah dibina pada tahun 312SM. Apakah fungsi akueduk?

a)

Membekalkan air ke dalam kawasan pertanian

b)

Membekalkan air ke rumah kediaman

c)

Lambang keagungan Tamadun Rom

d)

Sebagai tempat beribadat

60.

Kerajaan Malaysia telah membina Stadium Nasional Bukit Jalil untuk kemajuan suka negara. Pada pendapat anda, apakah seni bina Tamadun Rom yang menjadi aspirasi kerajaan dalam pembinaan stadium tersebut?

a)

Colosseum

b)

Amfiteater

c)

Pantheon

d)

Akueduk