wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Reka Bentuk & Teknologi

Total questions: 114

Worksheet time: 2hrs 53mins

Name
Class
Date
1.

Pilih komponen mekanikal yang memindahkan kuasa menggunakan gigi.

a)

Takal

b)

Gear

c)

Tuas

d)

Pautan

2.

Komponen ini berfungsi sebagai penghubung sesuatu komponen atau bahan bagi melengkapkan sesuatu sistem.

a)

Gear

b)

Pautan

c)

Takal

d)

Gelongsor

3.

Kereta sorong direka menggunakan sistem komponen ini.

a)

Gear

b)

Aci Engkol

c)

Tuas / Tuil

d)

Aci Sesondol

4.

Pilih fungsi takal.

a)

mengangkat beban dengan mudah

b)

menghubungkan dua komponen yang berasingan

c)

mengurangkan geseran komponen yang berpusingan

d)

membuka dan menutup injap

5.

Komponen ini membuka dan menutup injap dalam enjin.

(a)  

6.

Bahagian yang mencengkam dan memegang mata gerudi ialah

a)

bindu

b)

takal

c)

rantai

d)

mata gerudi

7.

Pilih kelebihan menggunakan sistem mekanikal?

a)

Dapat mengurangkan penggunaan tenaga manusia

b)

Dapat menghasilkan barangan yang lebih bermutu

c)

Dapat menjimatkan sumber elektrik dan sumber bahan api

d)

Dapat menghasilkan barangan yang tahan lama

8.

Apakah fungsi tali sawat?

a)

menghubungkan gear pemacu dengan gear dipacu

b)

menghubungkan takal pemacu dengan takal dipacu

c)

mengangkat beban yang berat

d)

mengurangkan geseran

9.

Apakah fungsi aci engkol?

a)

mengurangkan geseran dalam enjin

b)

menukarkan gerakan linear kepada gerakan putaran

c)

membuka dan menutup injap dalam enjin

d)

mengangkat beban yang berat

10.

Rantai digunakan untuk menghubungkan

a)

takal

b)

tuil

c)

gear

d)

pautan

11.

Pintu gelangsar automatik menggunakan komponen ini untuk mengurangkan gesaran semasa pergerakan pintu. Apakah komponen ini?

(a)  

12.

Roda basikal dipasang dengan komponen ini untuk memudahkan pergerakan. Apakah komponen ini?

a)

Pautan

b)

Gelongsor

c)

Gear

d)

Galas bebola

13.

Namakan komponen mekanikal yang dipasang pada hendal basikal untuk memudahkan kawalan haluan basikal.

a)

Pautan

b)

Galas bebola

c)

Tuil

d)

Takal

14.

Nyatakan komponen yang digunakan pada pemegang pencengkam brek basikal untuk memperlahan atau menghentikan basikal.

(a)  

15.

Nyatakan komponen yang dipasang pada pedal basikal untuk menghantar kuasa apabila dikayuh.

a)

Takal

b)

Takal dan tali sawat

c)

Gear

d)

Gear dan rantai

16.

Roda dapat bergerak lancar dengan bantuan komponen ini.Pilihkan komponen ini.

a)

Galas bebola

b)

Gelongsor

c)

Takal

d)

Tuil

17.

Tandakan DUA perkara yang perlu diambilkira dalam lakaran 3D reka bentuk supaya produk yang dihasilkan dapat memenuhi kehendak pengguna.

a)

elemen reka bentuk

b)

harga reka bentuk

c)

prinsip reka bentuk

d)

kuantiti reka bentuk

18.

Manakah antara berikut TIDAK perlu dianalisis untuk mengenal pasti kesesuaian komponen yang digunakan untuk membina gajet?

a)

Reka bentuk komponen

b)

Jenis bahan yang digunakan

c)

Kedudukan pemasangan komponen

d)

Kemasan

e)

Harga jualan produk

19.

Apakah langkah pertama dalam membina gajet mekanikal yang berfungsi?

a)

Membuat lakaran ceraian sistem dan komponen

b)

Menyediakan komponen pembinaan

c)

Kemasan

d)

Pengujian

20.

Kemasan dapat melindungi kelemahan produk seperti karat. Pilihkan satu lagi fungsi kemasan.

a)

Menambahkan fungsi sesuatu produk

b)

Menambahkan nilai estetika produk

c)

Menambahkan daya saing produk

d)

Membolehkan produk dijual dengan harga yang lebih mahal

21.

Cadangan penambahbaikan produk merangkumi berikut . Tandakan EMPAT pilihan jawapan

a)

Rupa bentuk produk

b)

Bahan yang digunakan untuk membina produk

c)

Fungsi produk

d)

Kemasan yand dibuat pada produk

e)

Harga jualan produk

22.

Pilihkan produk yang menggunakan sistem mekanikal.

a)

Telefon bimbit

b)

Mesin basuh automatik

c)

Cerek elektrik

d)

Seterika elektrik

23.

Pilihkan EMPAT elemen utama dalam sistem elektrik.

a)

Beban

b)

Sumber

c)

Elektrik

d)

Kawalan

e)

Medium

24.

Tandakan punca sumber elektrik. (Jawapan boleh melebihi satu)

a)

Janakuasa

b)

Bateri

c)

Sel solar

d)

Mentol

25.

Pilihkan sumber elektrik yang boleh diperbaharui.

a)

Batu arang

b)

Angin

c)

Petrolium

d)

Tenaga nuklear

26.

Pilih DUA jenis sumber elektrik.

a)

Sumber yang boleh diperbaharui

b)

Sumber yang boleh diubah-ubah

c)

Sumber yang tidak boleh diperbaharui

d)

Sumber yang tidak boleh berubah-ubah

27.

Pilih TIGA sumber elektrrik yang tidak boleh diperbaharui.

a)

Tenaga nuklear

b)

Arang batu

c)

Angin

d)

Petrolium

28.

Apakah medium dalam sistem elektrik?

a)

Sumber yang membekalkan elektrik

b)

Perantara antara sumber dengan beban

c)

Elemen yang menggunakan tenaga elektrik untuk berfungsi

d)

Elemen yang menukarkan tenaga elektrik kepada bentuk tenaga yang lain

29.

Medium terbahagi kepada DUA jenis, iaitu

a)

Medium berwayar

b)

Medium berelektrik

c)

Medium tanpa wayar

d)

Medium tanpa elektrik

30.

Pilih DUA alatan yang menggunakan medium tanpa wayar.

a)

Kipas elektrik

b)

Telefon bimbit

c)

'cordless mouse' komputer

d)

Cerek elektrik

31.

Apakah maksud beban di dalam sistem elektrik?

a)

Elemen yang menghantar tenaga elektrik

b)

Peralatan elektrik yang disambung pada litar elektrik untuk membolehkannya berfungsi

c)

Elemen yang membekalkan tenaga elektrik

d)

Elemen yang mengawal pergerakan arus elektrik

32.

Pilih TIGA beban dalam senarai di bawah.

a)

Mentol 灯泡

b)

Motor elektrik

c)

Suis automatik

d)

Pembesar suara

33.

Apakah maksud elemen kawalan?

a)

Elemen yang mengawal litar elektrik dengan menyambung dan memutuskan litar

b)

Elemen yang membekalkan tenaga elektrik

c)

Elemen yang menggunakan tenaga elektrik untuk berfungsi

d)

Elemen yang menjana tenaga elektrik untuk litar elektrik

34.

Pilihkan DUA jenis arus elektrik.

a)

Arus ulang-alik

b)

Arus senget

c)

Arus bocor

d)

Arus terus

35.

Pilih TIGA penerangan yang betul berkenaan arus elektrik jenis arus ulang alik?

a)

Sistem penjanaan dan pengagihan elektrik dari stesen jana kuasa hingga ke rumah.

b)

Voltan bagi arus jenis ini boleh dinaikkan atau diturunkan menggunakan transformer.

c)

Penghantaran elektrik dalam keadaan voltan tinggi untuk mengelakkan kehilangan kuasa semasa penghantaran.

d)

Cas elektrik mengalir satu arah sahaja.

36.

Pilih TIGA sumber arus elektrik terus dari senarai di bawah.

a)

Bateri kereta

b)

Dinamo jenis komutator

c)

Sel solar

d)

Jana kuasa tenaga nuklear

37.

Pilih 3 aspek yang perlu diberi perhatian semasa mereka bentuk elektrik.

a)

Sumber

b)

Keselamatan

c)

Beban

d)

Kedudukan peranti

e)

Sambungan litar

38.

Tandakan 2 perkara yang penting dari segi keselamatan reka bentuk elektrik.

a)

Melindungi pengguna daripada litar pintas

b)

Menggunakan peranti yang paling canggih

c)

Kedudukan litar yang terlindung dan tersembunyi

d)

Lengkap dengan buku penerangan penggunaan produk

39.

Pilih 3 aspek yang diberi perhatian dari segi kedudukan peranti dalam litar semasa mereka bentuk elektrik.

a)

Menjimatkan ruang

b)

Keselamatan

c)

Nilai komersial

d)

Nilai estetika

40.

Apakah maksud litar tertutup?

a)

Litar tidak lengkap,arus tidak mengalir

b)

Litar lengkap,arus mengalir dalam litar

c)

Litar tidak selamat

41.

Apakah maksud litar terbuka?

a)

Litar tidak lengkap, arus tidak mengalir

b)

Litar lengkap, arus mengalir dalam litar

c)

Litar tidak selamat

42.

Bagaimanakah litar pintas berlaku?

a)

Apabila arus elektrik terlalu besar

b)

Apabila wayar hidup bersentuhan dengan wayar negatif tanpa melalui beban

c)

Apabila sambungan litar tidak betul

43.

Apabila bateri dipasang pada kedudukan arah yang terbalik, litar tidak berfungsi. Keadaan ini dipanggil

a)

Litar salah kekutuban

b)

Litar pintas

c)

Litar bocor

44.

Pilih ciri sambungan litar siri.

a)

Sambungan ada lebih daripada satu komponen tetapi hanya satu laluan arus elektrik.

b)

Sambungan hanya ada satu komponen dan satu laluan arus elektrik.

c)

Sambungan hanya ada satu komponen tetapi ada dua laluan arus elektrik.

45.

Pilih ciri sambungan litar selari.

a)

Sambungan ada lebih daripada satu komponen tetapi hanya ada satu laluan arus elektrik.

b)

Sambungan ada lebih daripada satu komponen dan lebih daripada satu laluan arus elektrik.

c)

Sambungan satu komponen dengan lebih daripada satu laluan arus elektrik.

46.

Litar siri-selari juga dikenali sebagai

a)

Litar makmur

b)

Litar majmuk

c)

Litar campur

47.

Pilih formula pengiraan arus dalam litar siri.

a)

IJ = I1 + I2 + I3

b)

IJ = I1 = I2 = I3

c)

IJ = I1 - I2 - I3

48.

Pilih formula pengiraan voltan dalam litar siri.

a)

VJ = V1 + V2 + V3

b)

VJ = V1 = V2 = V3

c)

VJ = V1 - V2 - V3

49.

Pilih formula pengiraan rintangan dalam litar siri.

a)

RJ = R1 + R2 + R3

b)

RJ = R1 = R2 = R3

c)

RJ = R1 - R2 - R3

50.

Pilih formula pengiraan arus dalam litar selari.

a)

IJ = I1 + I2 + I3

b)

IJ = I1 = I2 = I3

c)

IJ = I1 - I2 - I3

51.

Pilih formula pengiraan voltan dalam litar selari.

a)

VJ = V1 + V2 + V3

b)

VJ = V1 = V2 = V3

c)

VJ = V1 - V2 - V3

52.

Pilih formula pengiraan rintangan dalam litar selari.

a)

1/RJ = 1/R1 + 1/R2 + 1/R3

b)

1/RJ = 1/R1 - 1/R2 -1/R3

c)

1/RJ = 1/R1 = 1/R2 =1/R3

53.

Pilih formula mengira voltan , jika nilai arus dan rintangan diketahui.

a)

V = I / R

b)

V = I X R

c)

V = I + R

54.

Pilih formula mengira arus ,jika nilai voltan dan rintangan diketahui.

a)

I = V / R

b)

I = V X R

c)

I = V - R

55.

Pilih formula mengira rintangan, jika nilai arus dan voltan diketahui.

a)

R = V / I

b)

R = I / V

c)

R = I X V

56.

Apakah unit ukuran untuk arus?

a)

Ampere

b)

Ohm

c)

Watt

57.

Apakah unit ukuran untuk voltan?

a)

Voltron

b)

Volvo

c)

Volt

58.

Apakah unit ukuran untuk rintangan?

a)

Om

b)

Ohm

c)

Ohn

59.

Apakah unit ukuran untuk kuasa?

a)

Volt

b)

Watt

c)

Power

60.

Apakah formula untuk mengira kuasa dalam litar elektrik?

a)

P = V X I

b)

P = V / I

c)

P = V - I

61.

Kirakan jumlah rintangan dalam satu litar siri dengan dua perintang yang bernilai 2 ohm dan 4 ohm.

a)

2 ohm

b)

0.5 ohm

c)

6 ohm

62.

Kirakan jumlah rintangan dalam satu litar selari dengan dua perintang yang bernilai 10 ohm dan 10 ohm.

a)

5 ohm

b)

10 ohm

c)

0.2 ohm

63.

Kirakan nilai arus dalam litar jika rintangannya ialah 10 ohm dan voltan bekalan ialah 30 volt.

a)

3 ampere

b)

30 ampere

c)

20 ampere

64.

Hitung nilai voltan jika arus yang mengalir ialah 2 ampere dan rintangannya ialah 4 ohm .

a)

0.5 volt

b)

6 volt

c)

8 volt

65.

Diberi nilai voltan 12 volt dan nilai arus 2 ampere. Kira nilai rintangan litar.

a)

6 ohm

b)

12 ohm

c)

24 ohm

66.

Jika voltan dalam satu litar ialah 2.5 volt, arus ialah 0.5 ampere dan rintangan 5 ohm. Kirakan nilai kuasa yang terhasil dalam litar ini.

a)

3 watt

b)

1.25 watt

c)

7.25 watt

67.

Apakah 3 bahagian utama dalam mikropengawal?

a)

Input, kawal dan output

b)

Input, ubah dan output

c)

Input, proses dan output

68.

Apakah fungsi bahagian input mikropengawal?

a)

Menerima isyarat dan menghantarkannya kepada Unit Pemprosesan Pusat (CPU) untuk digunakan.

b)

Menerima isyarat dan mengubahkan isyarat tersebut kepada kuasa elektrik .

c)

Menerima isyarat dan menghantarkannya kepada bahagian output

69.

Peranti input yang disambung kepada bahagian input mikropengawal ada 2 jenis. Apakah 2 jenis peranti input itu?

a)

Peranti input digital dan peranti input biasa

b)

Peranti input digital dan peranti input analog

c)

Peranti input digital dan peranti input mikro

70.

Pilih 3 peranti input digital.

a)

Suis mikro

b)

Suis tekan tutup

c)

Penderia cahaya

d)

Penderia suhu

e)

Penderia pergerakan

71.

Pilih 3 peranti input analog.

a)

Penderia pergerakan

b)

Penderia air

c)

Penderia suhu

d)

Penderia cahaya

e)

Penderia jarak

72.

Bagaimanakah Suis Tekan Tutup berfungsi ?

a)

Apabila punat suis ini ditekan, litar akan terputus, arus elektrik tidak mengalir .

b)

Apabila punat suis ini ditekan, litar akan tersambung, arus elektrik akan mengalir .

c)

Apabila punat suis ini ditekan, litar akan sambung dan putus secara berganti-ganti .

73.

Bagaimanakah Suis Tekan Buka berfungsi?

a)

Apabila punat suis ini ditekan, litar akan terputus, arus elektrik tidak mengalir .

b)

Apabila punat suis ini ditekan, litar akan tersambung, arus elektrik akan mengalir .

c)

Apabila punat suis ini ditekan, litar akan sambung dan putus secara berganti-ganti .

74.

Suis mikro berfungsi sebagai suis tekan tutup apabila kita buat sambungan wayar pada

a)

tamatan COM dan tamatan NC

b)

tamatan COM dan tamatan NO

c)

tamatan NC dan tamatan NO

75.

Apakah fungsi Penderia Pergerakan ?

a)

Mengesan pergerakan haba yang dihasilkan oleh manusia atau haiwan .

b)

Menukar tenaga haba kepada pergerakan .

c)

Menghasilkan pergerakan apabila tenaga elektrik dibekal .

76.

Bagaimanakah Penderia Air berfungsi?

a)

Mengesan kehadiran air dan menghantar isyarat jika ada air.

b)

Menggunakan air untuk mengesan kehadiran arus elektrik .

c)

Menghasilkan tenaga elektrik menggunakan kuasa air .

77.

Bagaimanakah Penderia Jarak berfungsi ?

a)

Mengesan dan membaca ukuran jarak antara penderia dengan objek .

b)

Merekodkan jarak yang dilalui objek .

c)

Menghasilkan jarak yang paling optimum antara penderia dan objek .

78.

Bagaimanakah Penderia Cahaya ( Perintang Peka Cahaya LDR ) berfungsi?

a)

Semakin terang cahaya, semakin rendah rintangan LDR.

b)

Semakin terang cahaya, semakin tinggi rintangan LDR.

c)

Semakin gelap cahaya, semakin tinggi rintangan LDR.

79.

Bagaimanakah Penderia suhu berfungsi ?

a)

Mengesan suhu dalam julat tertentu.Suhu yang dikesan akan diubah ke dalam bentuk isyarat analog.

b)

Memanaskan alat pemanas sehingga suhu yang ditetapkan.

c)

Mengesan perbezaan suhu antara objek dengan alat pemanas.

80.

Apakah unit dalam bahagian proses?

a)

Unit Pemprosesan Pusat ( CPU )

b)

Unit Pengawalan Pusat

c)

Unit Pengubah Pusat

81.

Apakah fungsi CPU?

a)

Bertindak sebagai suis kawalan dalam mikropengawal .

b)

Memproses isyarat yang diterima dari input,, menghasilkan isyarat kepada output .

c)

Menghantar isyarat kepada bahagian input dan output untuk dilaksanakan .

82.

Apakah fungsi ROM?

a)

Menyimpan atur cara dan data secara kekal dalam mikropengawal.

b)

Menyimpan atur cara dan data secara sementara dalam mikropengawal.

c)

Mengubah atur cara yang disimpan di dalam mikropengawal.

83.

Apakah fungsi RAM?

a)

Menyimpan atur cara dan data secara kekal dalam mikropengawal.

b)

Menyimpan atur cara dan data secara sementara dalam mikropengawal.

c)

Mengubah atur cara yang disimpan di dalam mikropengawal.

84.

Apakah tugas bahagian output?

a)

Menerima isyarat daripada Unit Pemprosesan Pusat CPU dan menghantarnya kepada peranti output .

b)

Menerima isyarat daripada bahagian input dan menghantarnya ke peranti output .

c)

Memproses isyarat daripada bahagian input dan menghantarnya ke peranti output .

85.

Apakah tugas peranti output?

a)

Menghantar isyarat kepada CPU untuk diproses

b)

Memproses isyarat yang diterima daripada CPU

c)

Melaksanakan isyarat yang diberi oleh output

86.

Manakah antara peranti output berikut boleh digunakan sebagai lampu isyarat dan perhiasan?

a)

LED

b)

LCD

c)

CID

87.

Apakah fungsi pembaz sebagai peranti output?

a)

Mengeluarkan bunyi yang berfrekuensi tinggi, sebagai penggera keselamatan

b)

Mengeluarkan cahaya yang terang, sebagai petanda isyarat

c)

Mengawal suhu apabila sampai ke tahap yang ditentukan

88.

Apakah fungsi sebuah Geganti ( Relay ) ?

a)

Sebagai suis tekan hidup

b)

Sebagai suis kawalan litar berarus rendah

c)

Sebagai suis kawalan litar berarus tinggi

89.

Pilih peranti yang berfungsi sebagai peranti output.

a)

Suis mikro

b)

Lampu LED 12 volt

c)

Suis tekan hidup

90.

Apakah maksud reka bentuk elektronik?

a)

Litar yang direka bentuk menggunakan komponen elektronik tertentu , yang disusun dan disambungkan bagi mencapai tujuan penggunaan yang hendak dilakukan .

b)

Litar yang direka bentuk menggunakan komponen elektronik untuk menghasilkan tenaga elektrik.

c)

Litar yang direka bentuk menggunakan komponen elektronik dengan tujuaan menjimatkan tenaga elektrik dan kos pembangunan projek.

91.

Apakah mikropengawal?

a)

Komponen elektronik yang mengawal penggunaan elektrik.

b)

Peranti kawalan dalam satu cip.

c)

Peranti elektronik yang bertindak sebagai suis kawalan .

92.

Apakah fungsi mikropengawal?

a)

Bertindak sebagai suis kawalan dalam litar elektronik .

b)

Bertindak mengawal tenaga elektrik yang digunakan dalam litar elektronik .

c)

Mengawal peranti elektronik, berdasarkan pengaturcaraan yang telah dimuatkan di dalamnya.

93.

Apakah EMPAT komponen utama dalam mikropengawal?

a)

CPU

b)

RAM

c)

ROM

d)

Port Input dan output

e)

Port charging

94.

Apakah mikropemproses ?

a)

Peranti pemprosesan mikro dalam satu cip.

b)

Peranti pengawalan dalam satu cip.

c)

Peranti pengawalan yang bertindak sebagai suis.

95.

Apakah komponen yang dihubungkan kepada mikropemproses?

a)

Input, RAM dan Output

b)

Input, RAM, ROM dan Output

c)

Input, ROM dan Output

96.

Bagaimanakah cip sokongan luar dihubungkan kepada mikropemproses ?

a)

Dihubungkan melalui System Bus.

b)

Dihubungkan melalui suis kawalan.

c)

Dihubungkan melalui wayar hidup.

d)

Dihubungkan melalui System Kereta Api.

97.

Apakah tujuan lakaran reka bentuk litar elektronik dibuat?

a)

Untuk memudahkan idea awal pereka difahami.

b)

Untuk menilai kefungsian reka bentuk litar tersebut.

c)

Untuk mengetahui mutu hasil reka bentuk litar elektronik

98.

Pilih 2 jenis lakaran reka bentuk litar elektronik.

a)

Lakaran gambar rajah blok

b)

Lakaran litar skematik

c)

Lakaran ortografik

99.

Pilih pernyataan yang betul berkenaan lakaran gambar rajah blok.

a)

Menunjukkan sistem yang terlibat dalam reka bentuk

b)

Menunjukkan komponen dalam bentuk gambar

c)

Menunjukkan sambungan litar dengan garisan

100.

Pilih pernyataan yang betul berkenaan lakaran litar skematik.

a)

Menunjukkan sistem yang terlibat dalam reka bentuk

b)

Menunjukkan komponen dalam simbol

c)

Menunjukkan sambungan litar dengan anak panah

101.

Apakah fungsi wayar pelompat bersama soket (female )?

a)

Untuk menyambungkan peranti dengan papan litar elektronik mikropengawal

b)

Untuk mengelakkan litar pintas pada papan litar elektronik mikropengawal

c)

Untuk menyambungkan bekalan arus elektrik AU kepada papan litar elektronik mikropengawal

102.

Apakah fungsi diod?

a)

Memancarkan cahaya

b)

Membenarkan arus elektrik mengalir satu arah sahaja

c)

Menyimpan cas dan membuang cas elektrik

103.

Apakah fungsi kapasitor?

a)

Menyimpan dan membuang cas elektrik

b)

Mengurangkan arus elektrik dalam litar

c)

Mengawal arah aliran arus elektrik

104.

Manakah antara berikut digunakan untuk menjana jam?

a)

Pengatur voltan

b)

Geganti

c)

Kristal 20 mHz

105.

Apakah fungsi modul bluetooth?

a)

Untuk menerima dan menghantar isyarat antara dua peralatan

b)

Untuk membuka dan menutup litar elektronik

c)

Untuk mengawal voltan elektrik dalam litar elektronik

106.

Apakah tujuan membuat litar simulasi ?

a)

Supaya dapat melihat cara-cara sistem beroperasi dan berfungsi sebelum sistem sebenar dibangunkan bagi mengurangkan kerosakan .

b)

Untuk menjimatkan kos membeli papan litar mikropengawal dan peranti .

c)

Untuk menguji keupayaan setiap peranti yang digunakan dalam litar reka bentuk .

107.

Apakah gear ini ?

a)

Gear serong

b)

Gear taji

c)

Gear heliks

d)

Gear skru

108.

Tuliskan komponen mekanikal ini .

(a)  

109.

Pilih pernyataan yang betul tentang litar buka .

a)

Litar yang mempunyai satu kitaran lengkap pergerakan arus , voltan ,dan kuasa dalam satu litar elektrik .

b)

Satu keadaan yang berlaku apabila wayar hidup (L) bersentuhan dengan wayar neutral (N)tanpa melalui beban .

c)

Litar yang tidak mempunyai satu kitaran lengkap arus , tanpa voltan dan kuasa dalam satu litar elektrik.

110.

Pilih pernyataan yang betul tentang litar tertutup .

a)

Litar yang mempunyai satu kitaran lengkap pergerakan arus , voltan ,dan kuasa dalam satu litar elektrik .

b)

Satu keadaan yang berlaku apabila wayar hidup (L) bersentuhan dengan wayar neutral (N)tanpa melalui beban .

c)

Litar yang tidak mempunyai satu kitaran lengkap arus , tanpa voltan dan kuasa dalam satu litar elektrik.

111.

Pilih pernyataan yang betul tentang litar pintas .

a)

Litar yang mempunyai satu kitaran lengkap pergerakan arus , voltan ,dan kuasa dalam satu litar elektrik .

b)

Satu keadaan yang berlaku apabila wayar hidup (L) bersentuhan dengan wayar neutral (N)tanpa melalui beban .

c)

Litar yang tidak mempunyai satu kitaran lengkap arus , tanpa voltan dan kuasa dalam satu litar elektrik.

112.

Litar simulasi ialah litar yang serupa dengan litar sebenar .

------------------------------------------------

Adakan pernyataan berikut betul ?

a)

Ya

b)

Tidak

113.

Adakah cita rasa pengguna akan sentiasa berubah mengikut peredaran zaman ?

a)

Ya

b)

Tidak

114.

Fungsi juga bermaksud __________ .

a)

tugas

b)

bahan

c)

kelemahan

d)

rupa bentuk