WorksheetsKUIZ KENEGARAAN KELAB MALAYSIAKU
Total questions: 30
Worksheet time: 17mins
Pada tahun 2020, Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan kali ke ......................
65
63
60
93
Tema sambutan Hari Kebangsaan pada tahun 2020 ialah ...........
Sayangi Malaysiaku
Malaysia Berdaulat
Malaysia Prihatin
Sehati Sejiwa
Bendera Malaysia mempunyai 14 jalur berwarna merah dan putih yang berselang seli. Nyatakan maksud tersirat disebalik jalur tersebut.
melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekali pun sama ada di dalam atau di luar negara
Menggambarkan perpaduan rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum di negara ini seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain
menggambarkan 14 buah negeri anggota yang memiliki keanggotaan yang sama dalam negara Malaysia
menggambarkan 13 buah negeri anggota dan sebuah Wilayah Persekutuan yang memiliki keanggotaan yang sama dalam negara Malaysia
Hari Malaysia disambut setiap tahun pada tanggal?
30 Ogos
31 Ogos
01 September
16 September
Lengkapkan lirik lagu Jalur Gemilang di bawah:
Merah mu bara semangat waja,
Putihmu bersih budi pekerti,
Kuning berdaulat payung Negara,
Biru ……………………
peraduan kita semua
perpaduan kita semua
perpaduan kami semua
kekuatan kami semua
Berikut merupakan nama-nama Perdana Menteri yang pernah berkhidmat untuk Malaysia:
TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI
TUNKU ABDUL RAHMAN
TUN JAAFAR ONN
TUN ABDUL RAZAK
Bintang pada bendera Malaysia juga disebut sebagai Jalur Gemilang mempunyai berapa bucu?
21
18
14
11
Berikut ialah padanan negeri dan gelaran yang diberikan. Pilih padanan yang betul
Kedah - Darul Aman
Pahang - Darul Takzim
Perak - Darul Ridzuan
Terengganu - Darul Iman
Tun Hussein Onn merupakan Perdana Menteri yang ke berapa?
Pertama
Kedua
Ketiga
Keempat
Siapakah pereka bendera Malaysia, Jalur Gemilang?
Zulkiflee bin Rhyahan
Tunku Abdul Rahman
Mohamed bin Hamzah
Ismail bin Hanafiah
Bendera Malaysia telah dikibarkan buat pertama kalinya pada.....
26 Mei 1950
16 September 1963
31 Ogos 1957
27 Januari 1997
Siapakah individu dalam gambar di atas?
Tunku Abdul Rahman
Tun Abdul Razak
Tun Hussien Onn
Tun Jaafar Ali
Berikut merupakan tokoh-tokoh yang berjuang bersama bagi mencapai kemerdekaan pada 1957....
TUN TAN CHENG LOCK
TUNKU ABDUL RAHMAN
TUN VT SAMBATHAN
TUN HASANAL BOLKIAH
Berikut merupakan negara yang pernah menduduki dan menjajah Tanah Melayu, kecuali
Portugis
China
Jepun
British
Tun Mahathir Mohamad lahir pada 10 Julai 1925 di ....
Peneram, Melaka
Temerloh, Pahang
Bagan, Pulau Pinang
Alor Setar, Kedah
Rukun Negara telah diisytiharkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong IV, Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13 pada tanggal....
16 Mei 1969
31 Mei 1969
31 Ogos 1970
16 September 1963
Pilih fakta yang tepat tentang Rukun Negara
diperkenalkan berikutan peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum
dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh
Rukun Negara terbahagi kepada dua bahagian
dijadikan panduan dalam menjalankan urusan perundangan
Bahagian kedua Rukun Negara menggariskan ................... prinsip yang menjadi tauladan kepada rakyat Malaysia.
Empat
Lima
Enam
Tujuh
Manakah antara berikut merupakan prinsip Rukun Negara?
Kebebasan Hak Asasi Manusia
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Antara peranan kewujudan Perlembagaan kepada sesebuah negara adalah ............
Sumber rujukan undang-undang
melindungi golongan bangsawan
Untuk menjaga kedaulatan negara
memelihara kedudukan golongan orang asal
Seseorang itu boleh dilucutkan kewarganegaraannya jika menderhaka kepada raja dan Negara
Betul
Salah
Perdana Menteri Tanah Melayu yang pertama pada waktu itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menyuarakan idea pembentukan Gagasan Malaysia yang melibatkan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Brunei.
Betul
Salah
Suruhanjaya ini dipanggil Suruhanjaya Cobbold sempena nama ketuanya, iaitu Lord Cobbold seorang berbangsa Inggeris.
Betul
Salah
Tun Dr Mahathir Mohamad digelar bapa perpaduan Negara.
Betul
Salah
Sebelum menjadi Perdana Menteri , Tunku Abdul Rahman pernah memegang beberapa jawatan Pegawai Daerah Kuala Muda , Padang Terap , Kuala Nerang , Sungai Petani , dan Kulim , Kedah.
Betul
Salah
Pilih jawapan yang tepat.
Tunku Abdul Rahman - Bapa Pemodenan
Tun Abdul Razak - Bapa 1Malaysia
Tun Hussein Onn - Bapa Perpaduan
Dato' Sri Najib - Bapa Transformasi Malaysia
Pilih pernyataan yang tepat bagi menerangkan jawatan Yang di-Pertuan Agong atau Raja Malaysia
Baginda boleh membubarkan atau menggantung Parlimen tetapi hanya boleh membubarkan Parlimen atas nasihat Perdana Menteri.
Baginda mempunyai hak dan kuasa untuk menyingkirkan Perdana Menteri.
Baginda terlibat secara langsung dalam pentadbiran negara
Baginda juga boleh menolak undang-undang baru atau pindaan undang-undang sedia ada tetapi sekiranya tidak membuat keputusan, ia secara automatik menjadi undang-undang selepas 30 hari dari pembentangan awalnya
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah merupakan Yang di-Pertuan Agong ke berapa?
13
17
16
12
Datuk Onn telah mengumpulkan lebih 200 perwakilan Melayu dalam Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu pada 1 - 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.Kongres bersetuju dengan cadangan untuk menubuhkan sebuah pertubuhan yang dinamakan United Malays National Organisation (UMNO). Tujuan penubuhan UMNO ialah ....
mendesak British memberi kemerdekaan segera agar Tanah Melayu dapat diperintah oleh rakyatnya sendiri tanpa campur tangan kuasa asing
untuk memperjuangkan sebuah negara merdeka dan berdaulat, memelihara kepentingan orang Melayu dan memelihara serta mempertahankan agama dan adat resam Melayu serta kedudukan institusi Raja-Raja Melayu.
memperjuangkan kedudukan British dalam pentadbiran Tanah Melayu yang diyakini mampu memberi kebaikan kepada rakyat
menjaga bangsawan yang tidak terbela
Pilih fakta yang tepat tentang usaha mendapatkan kemerdekaan negara.
Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di London
Tunku Abdul Rahman berkerjasama dengan British untuk mentadbir Tanah Melayu
Tunku Abdul Rahman pernah mengadakan rundingan dengan Parti Komunis Malaya yang dipimpin oleh Chin Peng
sebuah suruhanjaya bebas yang dikenali sebagai Suruhanjaya Perlembagaan Reid telah dibentuk pada 21 Mac 1956 untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
