WorksheetsKUIZ TATABAHASA ONLINE TAHUN 5
Total questions: 50
Worksheet time: 35mins
________ yang terletak di hujung kampung mengeluarkan hasil yang lumayan.
Kebun
Pokok
Buah
Tumbuhan
___________ handalan itu telah memecahkan rekod 100 meter yang bertahan selama lima tahun.
Orang
Pasukan
Atlet
Pemain
Kawasan itu akan dimajukan sebagai kawasan _____________ yang baharu tidak lama lagi.
perumah
rumah
perumahan
berumah
Ah Jie baru membeli sebuah ______________ berjenama Acer.
jam
komputer
radio
gitar
Pada hari minggu, ayah membawa kami ke ________________ untuk membeli belah.
Hotel Perdana
Stesen KLIA
Muzium Negara
Pasar Raya Tesco
Tunku Abdul Rahman telah dianugerahi gelaran ________________ .
Bapa Keamanan
Bapa Kemerdekaan
Bapa Permodenan
Bapa Perpaduan
Banyak rumah yang telah musnah akibat dilanda bencana ___________________ beberapa tahun lepas.
Chikungunya
Malaria
Tsunami
Gerhana
"Ampun __________ , bolehkah ___________ mengiringi mereka ke sana?" tanya Tuah kepada Sultan Mahmud.
tuanku.........hamba
baginda............hamba
yang mulia...........beta
tuanku............patik
"Masalah itu patut ___________ selesaikan supaya ______________ tidak merajuk lagi," kata Aminah kepada kawan-kawannya.
awak..........mereka
kami..........beliau
kita..........dia
aku.........mereka
Perdana Menteri telah sembuh selepas ___________ diberi rawatan di hospital.
beliau
baginda
dia
kalian
Nakhoda itu mengarahkan anak-anak kapalnya _____________ sauh yang berat itu di muara sungai.
menjatuhkan
meletakkan
melontarkan
melabuhkan
Hakisan tanah dapat dielakkan jika ___________ hutan dapat dikawal oleh pihak kerajaan.
penghapusan
pembersihan
penerokaan
pembasmian
Pendaki yang hilang semasa mendaki Gunung Tahan telah ____________ di kawasan hutan tebal di kaki bukit.
terjumpa
berjumpa
dijumpai
menjumpai
Pilih ayat kata kerja transitif yang betul.
Aminah suka membaca buku.
Dia pancing ikan di sungai.
Aidil tendang bola itu
Arif dan Ivera baca cerita di perpustakaan
Pilih ayat kata kerja tak transitif yang betul.
Pak Sugan sedang membelah kayu.
Khalisyah sedang memasak kuih.
Jannah sedang makan buah rambutan.
Abirami sedang tidur dengan nyenyak.
Lampin adik berbau ______ kerana dia telah kencing.
hapak
hanyir
kering
haring
Darah _______ memancut keluar daripada tubuh Mahsuri selepas ditikam dengan keris akibat fitnah yang dilemparkan terhadapnya.
merah
putih
kuning
hitam
Budak yang ________ bagai bendul itu selalu dibuli oleh murid-murid ____________ .
hodoh.........sombong
nakal..........jahat
dungu...........degil
lurus........nakal
Belilah barangan yang _____________ . Jangan beli barangan ____________ yang rendah mutu barangannya.
baik......buruk
baru.......lama
tulen.....palsu
klasik.....antik
___________ Diya dan Dhiveish, Diya lebih cekap menjaringkan gol walaupun Dhiveish mempunyai lima tahun pengalaman dalam permainan hoki.
Dalam
Terhadap
Antara
Tentang
Semua askar dikerah untuk mempertahankan negara jika diserang.
Sinonim bagi perkataan askar ialah ________________.
pahlawan
pekilang
majikan
pekerja
Budak yang bebal itu terpakasa diajar berkali-kali oleh gurunya. Sinonim bagi perkataan bebal ialah ____________
bijak
pintar
lambat
dungu
Sugan baru hendak mengulang kaji pelajaran setelah masa semakin suntuk. Sinonim bagi perkataan suntuk ialah _____________ .
habis
cepat
perlahan
singkat
Kapal yang rosak itu mulai tenggelam ke dasar lautan. Antonim bagi perkataan tenggelam ialah ______________ .
nampak
hilang
mendap
timbul
Dia mendongak ke atas untuk melihat bulan yang sedang mengambang. Antonim bagi perkataan mendongak ialah _______________ .
memaling
menunduk
menggeleng
mengangguk
Arissa menyuruh adiknya supaya merebus ubi kayu sehingga empuk. Antonim bagi perkataan empuk ialah ____________ .
kukuh
gagah
keras
kebal
Usahlah seperti _______________, bercakap banyak tetapi tidak tahu apa-apa.
mulut murai
tin kosong
kera sumbang
mulut tempayan
Cakap-cakap orang yang ______________ tidak boleh dipercayai.
lidah pendek
lidah buaya
lidah bercabang
lidah pendita
Aminah tidak akan ke majlis Khalisyah kerana Khalisyah hanya ______________________ sahaja .
ringan mulut
ajak-ajak ayam
ajak-ajak kucing
ringan tulang
Harga di pasar raya itu ________________ .
paku belanda
buta hati
senapang bambu
atas angin
Cikgu Fuaddila mahu kami menyusun kerusi dan meja di dalam kelas itu semula seperti _________________ .
sukarela
sukacita
setiausaha
sediakala
__________________ Encik Calvinn berasal dari Batu Pahat, Johor.
Orang jauh
Orang-orang
Orang dapur
Orang rumah
Sejak berpindah ke bandar Alma tidak _______________________ lagi tentang perkembangan yang berlaku di kampung itu.
tanya-menanya
tahu-menahu
kenal-mengenal
tengok-menengok
Kedengaran _______________ suara orang bernyanyi ketika saya duduk di atas pangkin itu.
jelas-jelas
samar-samar
sayup-sayup
jauh-jauh
Puan Azura membawa _____________ dari Surabaya untuk kami.
oleh-oleh
otak-otak
abuk-abuk
sagu-sagu
_______________ Encik Syafiq telah dinaikkan pangkat, beliau tidak sombong dan sentiasa merendah diri.
Sungguhpun
Mahupun
Sekalipun
Jikalaupun
Ibu menegur adik kerana dia masih belum tidur ____________ jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.
apabila
meskipun
sementara
malahan
"______________ kamu lulus dalam ujian itu Kashfiya?"tanya ayah.
Bilakah
Bagaimanakah
Adakah
Mengapakah
"Arleya, kamu akan ke Padang Besar dengan ____________?" tanya Alicia kepada Arleya.
apa
siapa
bila
berapa
______________ Devesh dikatakan sebagai kaki bangku oleh rakan-rakannya?
Siapakah
Bilakah
Bagaimanakah
Mengapakah
Pilih ayat –ayat yang betul penggunaan kata nafinya.
I Anas sedikit pun tidak berasa cemburu apabila melihat isterinya keluar dengan lelaki lain.
II Ariff tidak bersetuju dengan cadangan ketua kampung untuk merobohkan surau lama di kampung
itu.
III Adam bukan anak orang berada ,ayahnya hanyalah pemandu teksi.
IV Datuk tidak mahu tinggal bersama-sama dengan anak-anaknya di kota
I dan IV
I ,II dan III
II, III dan IV
I, II, III dan IV
Pilih ayat –ayat yang betul penggunaan kata nafinya.
I Zann berasa tidak seronok menyertai rombongan ke Melaka itu.
II Bukan terdapat sebarang tanda bahawa musim kemarau yang panjang itu akan berakhir.
III Sachen bukan meminati penyanyi kumpulan rock yang berperangai tidak senonoh itu.
IV Keeshana tidak dapat menahan rasa sedihnya apabila melihat jirannya meratapi kematian anaknya itu.
III sahaja
I dan IV
I, II dan IV
I, II. III dan IV
Pilih ayat-ayat yang betul.
I Setiap pagi, Ivera akan menaiki bas untuk ke tempat kerja.
II Usaha ini memerlukan perancangan yang teliti dan belanja yang agak banyak.
III Ainaa merupakan seorang pelajar yang pintar dan disegani oleh rakan-rakannya.
IV Kemajuan sains dan teknologi turut menggalakkan penciptaan peralatan perang.
I, II dan III
I, II dan IV
II, III dan IV
I, II, III dan IV
Pilih ayat-ayat yang betul.
I Abiram berjanji tidak akan mensia-siakan harta pusaka yang bakal diterimanya.
II Perjalanan pulang yang panjang itu begitu amat menjemukan.
III Abang akan melanjutkan pelajarannya ke Pakistan.
IV Kshanik memelihara dua puluh ekor kucing kacukan di rumahnya.
I, III dan IV
II, III dan IV
IV sahaja
I, II, III dan IV
Encik Ariff telah diminta untuk menyampaikan ________ dua kata sempena majlis persaraan beliau.
sebaris
sebuah
sepatah
serangkap
Pak Justin menebarkan se________ jala untuk menangkap ikan di sungai berhampiran rumahnya.
keping
kajang
bidang
rawan
Amirah membawa se________ payung ke sekolah supaya tidak kehujanan.
kaki
buah
batang
bentuk
Penceramah itu mengakhiri ceramahnya dengan membacakan ________ pantun nasihat.
sebuah
seuntai
serangkap
serangkai
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang bergaris dengan betul.
I Penjual ubat itu gamat kerana dikerumuni oleh orang ramai.
II Suasana di Kampung Sri Tebrau menjadi gamat apabila kedengaran satu letupan yang kuat.
III Kawasan setinggan yang berdekatan itu gamat dengan rumah-rumah.
IV Majlis perkahwinan itu gamat dengan gelak ketawa.
II dan IV
I dan III
II, III dan IV
I, II, III dan IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang bergaris dengan betul.
I Oleh kerana ayah Qahiry suntuk wang, Qahiry tidak dapat menyertai rombongan sekolahnya ke
Melaka.
II Petani itu dapat menuai kesemua padinya kerana dia sekeluarga bekerja sehari suntuk.
III Para peserta gagal menyiapkan projek mereka disebabkan masa yang diberi begitu suntuk.
IV Perasaannya suntuk apabila musim tengkujuh tiba kerana dia tidak dapat turun ke laut.
II dan III
I dan IV
II, III dan IV
I, II, III dan IV
