wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ⚖

Total questions: 15

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah yang benar tentang Perlembagaan Persekutuan?


i. Tidak boleh dibuat pindaan

ii. Asas kepada pembentukan kerajaan

iii. Merupakan undang-undang tertinggi

iv. Diluluskan oleh Mahkamah Persekutuan

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

2.

Yang manakah pernyataan yang menepati konsep ketertinggian Perlembagaan Persekutuan?

a)

Perlembagaan tidak boleh dipinda

b)

Parlimen berkuasa mentafsir peruntukan Perlembagaan

c)

Perlembagaan Persekutuan menjadi punca semua jenis undang-undang

d)

Mahkamah tidak berkuasa untuk membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan

3.

Yang manakah pernyataan yang merujuk kepada kebebasan diri menurut Perlembagaan Persekutuan?

a)

Semua orang dilayan sama rata di sisi undang-undang negara

b)

Seseorang yang ditangkap perlu diberitahu sebab-sebab ia ditangkap

c)

Setiap warganegara Malaysia bebas bergerak ke seluruh Persekutuan

d)

Setiap individu yang dibebaskan daripada kesalahan tidak boleh dibicarakan semula

4.

Yang manakah pelanggaran kebebasan asasi menurut Perlembagaan Persekutuan?

a)

Encik P tidak dibenarkan memasuki negeri Sarawak

b)

Encik Q diambil tanahnya dengan bayaran pampasan yang dipersetujui

c)

Encik R dirampas hartanya kerana terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram

d)

Encik S dihalang daripada berunding dengan peguam pilihannya semasa dalam tahanan

5.
  • -Puan Y ialah seorang wanita asing yang berkahwin dengan lelaki warganegara Malaysia.
  • -Beliau menetap di Malaysia selama dua tahun sebelum tarikh permohonannya untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia.


Yang manakah cara Puan Y mendapatkan kewarganegaraan Malaysia?

a)

Naturalisasi

b)

Pendaftaran

c)

Percantuman wilayah

d)

Kuat kuasa undang-undang

6.

Encik Z lahir di Persekutuan selepas bulan September 1962 dan ibunya seorang pemastautin tetap.


Yang manakah cara Encik Z untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia ?

a)

Kuat kuasa undang-undang

b)

Percantuman wilayah

c)

Pendaftaran

d)

Masukan

7.

Yang manakah yang tertakluk dalam bidang kuasa bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri?


i. Perancangan bandar dan desa

ii. Pertanian dan perhutanan

iii. Kutipan zakat fitrah

iv. Kesihatan awam

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

8.

Yang manakah yang terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan ?


i. Penentuan jenis mata wang

ii. Penangkapan ikan di sungai

iii. Pengeluaran lesen pembalakan

iv. Penetapan sukatan mata pelajaran prasekolah

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

9.

Yang manakah yang berkaitan dengan Senarai Negeri dan Senarai Bersama yang terdapat dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan ?

a)

Senarai Negeri - Penyu

Senarai Bersama - Kebajikan masyarakat

b)

Senarai Negeri - Perikanan

Senarai Bersama - Penjaja beredar

c)

Senarai Negeri - Perparitan

Senarai Bersama - Perpustakaan

d)

Senarai Negeri - Kesihatan

Senarai Bersama - Perumahan

10.

Yang manakah sumber hasil yang diserahkan kepada negeri ?


i. Hasil daripada lombong

ii. Kutipan cukai pendapatan

iii.Terimaan mengenai bekalan air

iv. Bayaran-bayaran daripada Mahkamah Persekutuan

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

11.

Yang manakah pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja ?

a)

Jemaah Menteri

b)

Bahasa Kebangsaan

c)

Keanggotaan parlimen

d)

Bahagian Pilihan Raya Persekutuan e

12.

Yang manakah kepentingan Perlembagaan kepada sesebuah kerajaan?


i. Panduan pengagihan kuasa antara institusi kerajaan

ii. Rujukan kepada kerajaan dalam membuat keputusan

iii. Panduan untuk kerajaan bagi mengekalkan kedudukan

iv. Jalan penyelesaian dalam menyelesaikan sesuatu isu

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

13.

Badan apakah yang berkuasa untuk membuat pindaan Perlembagaan bagi negara yang mengamalkan perlembagaan bertulis?

a)

Badan Eksekutif

b)

Badan Kehakiman

c)

Badan Perundangan

d)

Mahkamah Rayuan

14.

Perlembagaan ialah sebuah dokumen yang mengandungi :


i. Semua undang-undang tertinggi negara

ii. Hak-hak asasi rakyat

iii. Sejarah negara

iv. Asal usul pelbagai kaum

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

15.

Yang berikut adalah sebab-sebab kewarganegaraan seseorang rakyat Malaysia boleh dilucutkan, kecuali

a)

Tidak setia kepada raja dan negara

b)

Ibu bapa telah dilucutkan kewarganegaraan mereka

c)

Memohon menamatkan kewarganegaraan secara sukarela

d)

Membuat permohonan kewarganegaraan dengan maklumat palsu