wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENJODOH BILANGAN

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Nabil membeli dua .......... seluar di pasar raya.

a)

buah

b)

utas

c)

helai

d)

bidang

2.

Adik mengambil 3 ............. durian untuk dimakan.

a)

buah

b)

ulas

c)

sikat

d)

tandan

3.

Ayah menghadiahi ibu se.........rantai sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

a)

bilah

b)

buah

c)

pasang

d)

utas

4.

Abang membeli se...... roti di kedai Azam.

a)

biji

b)

buku

c)

ketul

d)

cebis

5.

Ibu memotong timun itu dengan se........ pisau yang tajam.

a)

buah

b)

bilah

c)

batang

d)

biji

6.

Terdapat dua ratus ........ sate dihidangkan untuk tetamu yang hadir.

a)

bentuk

b)

batang

c)

biji

d)

cucuk

7.

Kamal membeli se........ buah anggur untuk diberikan kepada rakannya yang sakit.

a)

biji

b)

gugus

c)

tandan

d)

sikat

8.

Chef Syazwan memasukkan se.......... garam ke dalam masakannya.

a)

biji

b)

keping

c)

cubit

d)

genggam

9.

Syafiq membeli se....... tanah di kampungnya untuk diusahakan.

a)

lembar

b)

bidang

c)

baris

d)

ketul

10.

Ibu menggubah .............. bunga yang terdapat di dalam pasu.

a)

kuntuman

b)

jambangan

c)

jambak

d)

helaian

11.

Polis melepaskan beberapa ..... tembakan ke arah perompak tersebut.

a)

biji

b)

das

c)

butir

d)

bauh

12.

Kakak membeli tiga ........ sayur untuk memasak sup.

a)

biji

b)

keping

c)

ikat

d)

ulas

13.

Abang membawa se...... payung ke sekolah kerana hujan mulai turun.

a)

batang

b)

buah

c)

tangkai

d)

kaki

14.

Pak Kasim menghalau se........ lembu balik ke kandang.

a)

kawan

b)

longgok

c)

biji

d)

ekor

15.

Monyet itu sedang memanjat se........... pokok kelapa.

a)

tandan

b)

biji

c)

rangkai

d)

gugus