NEW
Font size
WorksheetsKuiz Perniagaan
Total questions: 40
Worksheet time: 37mins
Antara berikut yang manakah benar tentang tujuan perniagaan?
Mewujudkan peluang pekerjaan
Membantu masyarakat setempat
Meningkatkan pendapatan negara
Menawarkan barang dan perkhidmatan
Antara berikut, yang manakah kelebihan perniagaan francais kepada francaisi?
Terikat dengan perjanjian francais
Mendapat sokongan pengurusan daripada francaisor
Inovasi tidak dibenarkan dalam menjalankan perniagaan
Perlu mengawal kualiti barang kerana boleh menjejaskan nama francaisor
Apakah kelebihan perniagaan berskala global?
I. Pasaran mudah ditembusi
II. Penggunaan teknologi meluas
III. Kos ditanggung adalah rendah
IV. Promosi di kawasan premis
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Mengapakah trend penggunaan tenaga pekerja di negara maju semakin berkurangan?
Tiada peluang untuk kenaikan pangkat dalam organisasi.
Tenaga kerja berhinjrah ke negara luar kerana penawaran upah yang rendah.
Meningkatnya penggunaan mesin, robot dan teknologi dalan pengeluaran
Negara maju hanya menumpukan kepada bidang perkhidmatan sahaja.
Bagaimanakah kerajaan dapat mempengaruhi operasi sesebuah perniagaan
Melalui penggubalan dasar dan penguatkuasaan undang-undang
Memberikan khid mat nasihat kepada golongan peniaga
Meletakkan wakil kerajaan di setiap premis kerajaan
Mengenakan denda kepada peniaga yang tidak mematuhi peraturan
Berikut adalah pernyataan berkaitan 2 buah organisasi. Pilih jawapan yang paling tepat.
Kedua-dua organisasi mengeluarkan produk
Tujuan organisasi A berbeza dengan tujuan organisasi B
A merupakan visi organisasi perniagaan manakala B merupakan visi organisasi bukan perniagaan
A merupakan misi jangka pendek organisasi perniagaan manakala B merupakan misi organisasi bukan perniagaan
Apakah yang di maksudkan dengan ciri objektif boleh di capai?
Mengeluarkan produk dengan kemampuan mesin sedia ada
Meramalkan kuantiti produk yang di minta oleh pelanggan
Menyelaraskan kemampuan pengeluaran dengan kuantiti permintaan
Mempunyai tenaga kerja yang mencukupi untuk mengeluarkan produk yang di tetapkan
Antara berikut, yang manakah pernyataan yang berkaitan dengan tujuan penetapan misi?
I. Misi organisasi perniagaan dibentuk setelah wujud pernyataan visi sesebuah organisasi.
II. Penetapan misi perlu mempunyai satu objektif ciri SMART.
III. Misi merupakan wawasan dalam pengurusan strategik.
IV. Misi dapat menerangkan aktiviti-aktiviti perniagaan yang dijalankan.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mengapakah pekerja dalam sesebuh organisasi perniagaan itu perlu menjalani latihan selepas dilantik?
Menambahkan ilmu pengetahuan
Mengelakkan daripada berlaku kesilapan
Diberikan kepada pekerja yang kurang kelayakan
Meningkatkan kemahiran pekerja dalam melaksanakan tugas
Pernyataan manakah yang menerangkan tentang Standard Prosedur Operasi (SOP) tugas?
Dokumen bertulis yang menerangkan fungsi organisasi
Dokumen bertulis yang menjelaskan visi, misi dan objektif perniagaan
Dokumen bertulis yang menyenaraikan peraturan dan prosedur yang perlu dipatuhi
Dokumen bertulis yang menerangkan tentang peranan setiap pekerja dalam organisasi
Berikut adalah perbezaan gaji asas dan upah. Pernyataan manakah yang tepat berkenaan perbezaan gaji asas dan upah.
A
B
C
D
Gambar di atas menunjukkan beberapa jenis barang jualan.
Barang tersebut dikatogerikan sebagai
stok
kraf tangan
produk siap
bahan mentah
Antara berikut, manakah pernyataan benar tentang lesen perisian?
hak eksklusif pemilik terhadap perisisan teknologi pintar ciptaannya
perjanjian memindahkan hak milik perisisan untuk diniagakan
reka bentuk dagangan yang dimiliki sepenuhnya oleh pemilik
hasil kreativiti individu yang dilindungi oleh undang-undang
Agensi manakah berkaitan dengan penyelenggaraan sumber fizikal?
Perbadanan Harta Intelek Malaysia
Agensi Hak Cipta Terpelihara Malaysia
Majlis Perundangan Harta Intelek Malaysia
Agensi Penguatkuasaan Harta Intelek Malaysia
Pernyataan manakah yang merupakan tujuan penyelenggaraan dan baik pulih secara terancang?
I. Mengurangkan kerugian pada kilang dan peralatan
II. Memastikan kilang dan mesin berfungsi dengan baik
III. Memastikan bangunan dan kemudahan selamat digunakan
IV. Melindungi bangunan dan kemudahan daripada kebakaran
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Syarikat Penerbitan novel di atas telah memohon hak cipta terpelihara bagi karya yang diterbitkan.
Apakah tujuan syarikat tersebut berbuat demikian?
Mendapatkan kelulusan untuk menjual harga diskaun
Mendapatkan hak perundangan ke atas ciptaan mereka
Mendapatkan kebenaran untuk mencetak karya syarikat
Mendapatkan kebenaran memasarkan karya syarikat ke luar negara
Jenis bank manakah yang bertindak sebagai penanggung jaminan terbitan syer oleh syarikat awam berhad?
Bank Pusat
Bank Operasi
Bank Saudagar
Bank Perdagangan
Antara yang berikut, sumber manakah yang sesuai dibiayai melaui sewa beli oleh sebuah kilang perabot?
I. Kilang
II. Jentera
III. Kenderaan
IV. Premis Pejabat
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Apakah kelemahan sumber pembiayaan dalaman kepada usahawan?
Tertakluk kepada terma dan syarat
Memerlukan penjamin dan cagaran
Menghadapi kos seperti faedah atas pinjaman
Sukar menambahkan modal dalam masa yang singkat
Pilihan prosedur yang betul bagi mendapatkan sumber pembiayaan.
A
B
C
D
Maklumat di atas berkaitan dengan kos yang ditanggung oleh sebuah kilang yang menghasilkan bingkai gambar.
Hitungkan kos tetap kilang tersebut.
RM 6 600.00
RM 9 000.00
RM 9 600.00
RM 12 000.00
Mengapakah usahawan membuat analisis operasi kewangan perniagaan menggunakan titik pulang modal?
Untuk mengetahui modal kerja perniagaan
Untuk mengetahui kedudukan asset, liabiliti, dan ekuiti pemilik
Untuk mengetahui untung kasar dan untung bersih perniagaan
Untuk mengetahui sama ada jumlah hasil dapat menampung jumlah kos
Syarikat manakah yang memperolehi margin untung bersih yang tinggi?
A
B
C
D
Maklumat di atas ini berkaitan dengan maklumat kewangan Syarikat Sapreme Berhad pada akhir tahun 2018.
Hitungkan peratusan pulangan atas modal Syarikat Sapreme Berhad.
9.1%
10.8%
15.2%
16.7%
Maklumat berikut berkaitan dengan seorang usahawan.
Apakah ciri keperibadian yang ada pada Dato’ Seri Dr. Hajah Vida?
Fleksibel
Kreatif dan inovatif
Semangat yang tinggi
Berani mengambil risiko
Rajah berkaitan dengan elemen campuran pemasaran di kedai rambut.
Apakah yang diwakili oleh X?
Memilih kedudukan berhampiran dengan kampus UiTM
Memberi nasihat kepada pelanggan tentang fesyen yang sesuai dengan penampilan pelanggan
Tukang gunting yang mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang fesyen dan rambut
Pemberian diskaun diberikan kepada pelajar yang mempunyai kad pelajar
Gambar di atas menunjukkan beberapa keperluan harian yang dijual di sebuah kedai runcit.
Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan barang tersebut?
I. Berisiko tinggi
II. Berisiko rendah
III. Dapat dijual dengan cepat
IV. Mengambil masa lama untuk dijual
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis perniagaan.
Akta manakah yang berkaitan dengan penubuhan perniagaan tersebut?
Akta Syarikat 2016
Akta Koperasi 1993
Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012
Borang manakah yang perlu diisi oleh usahawan untuk mendapatkan lesen perniagaannya?
Borang A
Borang PNA42
Borang D
Borang SSM
Apakah maksud rancangan perniagaan?
Satu dokumen bertulis yang menentukan hala tuju dan strategi perniagaan.
Satu dokumen bertulis yang menerangkan perniagaan yang hendak dijalankan
Satu dokumen bertulis yang menerangkan risiko kritikal yang akan dihadapi oleh perniagaan dipasaran.
Satu dokumen bertulis yang menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk membangunkan perniagaan.
Penyata manakah yang digunakan untuk meramal dan mengetahui anggaran perolehan dan penggunaan wang tunai perniagaan bagi suatu tempoh perakaunan?
Proforma kunci kira-kira
Proforma penyata pendapatan
Proforma penyata aliran tunai
Proforma penyata penerimaan dan pembayaran tunai
Antara berikut, yang manakah perlu dimiliki oleh seorang usahawan yang berjaya?
I. Membina jenama produk
II. Mempunyai semangat berpasukan
III. Mengelakkan risiko perniagaan
IV. Kurang berfokus
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan objektif Syarikat Baju Abadi.
Nyatakan ciri-ciri SMART yang ada dalam pernyataan objektif tersebut.
Boleh diukur dan spesifik
Munasabah dan jangka masa
Boleh diukur dan jangka masa
Munasabah dan boleh diukur
Maklumat berikut telah diberikan oleh akauntan syarikat untuk menentukan bilangan unit raket yang perlu dikeluarkan.
Berapakah unit raket badminton yang perlu dikeluarkan sepanjang tahun untuk mencapai titik pulang modal (TPM)?
1200
2400
4080
8160
Antara yang berikut, manakah merupakan faktor dalaman yang mempengaruhi perubahan matlamat sesebuah perniagaan?
Perpaduan kaum
Politik yang stabil
Ekonomi yang melambung
Sumber kewangan yang banyak
Pilih pernyataan yang berkaitan dengan unsur faktor dalaman organisasi.
I. Syarikat Berjaya memperkenalkan teknologi baharu dalam operasi pengeluaran
II. Undang-undang baharu yang diluluskan akan meningkatkan kos operasi syarikat
III. Keadaan ekononi melesit telah memberi kesan kepada jualan syarikat
IV. Para pekerja syarikat diberikan latihan untuk meningkatkan kemahiran
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Berdasarkan rajah di atas, apakah peranan pihak di peringkat X dalam organisasi?
Apakah peranan pihak di peringkat X dalam organisasi?
Mengawal pekerja di bahagian operasi
Mengagihkan sumber-sumber organisasi
Bertanggungjawab melaksanakan aktiviti khusus
Menentukan hala tuju jangka panjang organisasi
Apakah langkah yang perlu diambil oleh organisasi untuk meningkatkan keupayaan sumber manusia organisasi?
Meningkatkan pembayaran gaji
Membawa masuk teknologi baharu
Meningkatkan bilangan kakitangan
Mengadakan latihan dan pembangunan
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri objektif dalam perniagaan.
Apakah ciri objektif tersebut?
Spesifik (specific)
Munasabah (realistic)
Boleh dicapai (attainable)
Jangka masa (time frame)
Strategi promosi jualan manakah yang membolehkan pengguna mengetahui kualiti sesuatu barang sebelum membuat keputusan pembelian?
Peraduan
Kupon Percuma
Jualan murah
Sampel
