Font size
WorksheetsKuiz 2 BCD3233 (Pedagogi dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak)
Total questions: 20
Worksheet time: 16mins
Berikut merupakan strategi yang sesuai diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, KECUALI:
Strategi pemusatan guru
Strategi pemusatan murid
Strategi pemusatan aktiviti
Strategi pemusatan bahan
Dalam pendekatan koperatif kanak-kanak akan ________________ dengan setiap ahli kumpulannya.
bersaing
bekerjasama
belajar
Pendekatan deduktif bermula dari _________________ ke _________________
spesifik, umum
umum, spesifik
mudah, susah
susah, mudah
Satu pernyataan yang telah dibuktikan berdasarkan pernyataan – pernyataan terdahulu. Penyataan ini merujuk kepada definisi ________________________.
inferens
konsep
hipotesis
teorem
Pendekatan __________________ merujuk kepada pembelajaran yang mendekatkan diri kanak-kanak dengan pengalaman sebenar secara langsung dan menyeronokkan.
kolaboratif
belajar sambil bermain
berkumpulan
visualais
Pendekatan _____________________ merujuk kepada pengajaran berkonsepkan matapelajaran digabungkan dengan latihan-latihan kemahiran yang boleh diaplikasikan di luar bilik darjah.
koperatif
kolaborasi
bertema
bersepadu
Prinsip utama bagi pendekatan __________________________ ialah, sebarang bentuk paparan yang ditunjukkan kepada kanak-kanak perlu jelas dan tidak mengelirukan, jarak tidak terlalu jauh dan tidak terlalu dekat dengan kanak-kanak, penerangan yang jelas dan tepat serta pencahayaan yang cukup terang dan mempunyai warna yang menarik perhatian kanak-kanak.
bertema
berasaskan projek
visualais
belajar sambil bermain
Latihan ini bertujuan memberi kemahiran kendiri, komunikasi, sosialisasi dan kemahiran asas berkaitan dengan pekerjaan dalam kehidupan. Pernyataan ini merujuk kepada ________________________.
Aktiviti luar bilik darjah
Latihan kemahiran kerja
Bengkel terlindung
Berikut merupakan kaedah yang sesuai dipraktikkan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, KECUALI:
Kaedah tunjuk cara
Kaedah simulasi
Kaedah latih tubi
Kaedah berkumpulan
Kaedah __________________ merujuk kepada pengajaran yang menunjukkan sesuatu situasi agar ia menyerupai situasi yang sebenar.
demonstrasi
latih tubi
simulasi
Kaedah projek merupakan pengajaran yang mengambil masa yang lama dan akan menghasilkan sesuatu produk.
Betul
Salah
Dalam kaedah ___________________, arahan yang dikeluarkan perlulah tepat, jelas dan sentiasa mengulanginya sebelum pembelajaran bermula.
memberi arahan
pemusatan guru
demonstrasi
Tujuan kaedah ____________________ ialah untuk menggalakkan kanak-kanak menggunakan imaginasi secara kreatif.
tunjuk cara
latih tubi
sumbang saran
pembentangan
Dalam kaedah eksplorasi-penemuan, kanak-kanak tidak dibenarkan menggunakan bahan atau peralatan seperti pisau, dapur untuk memasak, gunting dan sebagainya mengikut kesukaan mereka.
Betul
Salah
Berikut merupakan faktor yang mempengaruhi pemilihan teknik pengajaran, KECUALI:
Buku latihan
Objektif pengajaran
Bahan bantu mengajar
Jumlah kanak-kanak
Dalam teknik ______________________________, guru bertindak sebagai pemerhati dan pembimbing dengan bertanyakan soalan berdasarkan watak yang dilakonkan dan mengaitkannya dengan kehidupan sebenar kanak-kanak.
drama
eksperimen
main peranan
Berikut merupakan kebaikan teknik bercerita, KECUALI:
meningkatkan kemahiran mendengar
mengembangkan imaginasi kanak-kanak
meningkatkan kosa kata kanak-kanak
mendorong kepada tingkah laku negatif
Manakah antara berikut BUKAN merupakan perkara yang perlu diambil perhatian oleh guru sebelum proses perlaksanaan teknik bercerita?
Melaksanakan set induksi yang menarik supaya kanak-kanak akan memberi perhatian kepada penceritaan
Berinteraksi dengan kanak-kanak seperti membenarkan pertanyaan soalan
Menggunakan suara yang jelas dan intonasi yang sesuai dengan cerita/situasi
Menyediakan suasana yang selesa
Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru bertanyakan soalan kepada kanak-kanak tentang kefahaman mereka mengenai sesuatu pembelajaran dan kanak-kanak akan memberikan tindak balas yang sepatutnya. Penyataan ini merujuk kepada teknik ______________________.
main peranan
sumbang saran
soal jawab
perbincangan
Menurut Orlich, et al. 2007, teknik perbincangan menggalakkan seseorang menyumbangkan idea dan pendapat secara sistematik.
Betul
Salah
