Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ MASYARAKAT DAN PERPADUAN

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Prinsip Rukun Negara ini menekankan kesetiaan rakyat kepada ketua negara dan negeri masing-masing sekaligus melahirkan rakyat yang menghormati simbol-simbol kedaulatan negara dan berani mempertahankan negara daripada sebarang ancaman kuasa luar. Prinsip yang dimaksudkan ialah...

a)

Kepercayaan kepada Tuhan

b)

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

c)

Keluhuran Perlembagaan

d)

Kedaulatan Undang-Undang

2.

Antara berikut, yang manakah BUKAN merupakan usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan bagi memperkukuhkan perpaduan di Malaysia?

a)

Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara

b)

Galeri Seni

c)

Pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1970-1990

d)

Dasar Kebudayaan Negara

3.

Pengasingan kaum dari segi tempat tinggal, pendidikan dan pekerjaan berlaku pada zaman British kerana Britsh seolah-olah melaksanakan konsep...

a)

gabung dan perintah

b)

pecah dan perintah

c)

kelompok dan perintah

d)

susun dan perintah

4.

Berikut merupakan sikap yang perlu dibuang dalam diri rakyat Malaysia bagi mengelakkan perpecahan dan perbalahan antara kaum, KECUALI...

a)

prejudis

b)

stereotaip

c)

etnosentrik

d)

altruistik

5.

Khairiah hidup berjiran dengan Ah Chong yang berbangsa Cina. Ada satu perkara yang menyebabkan Khairiah kurang selesa iaitu Ah Chong memelihara anjing di rumahnya. Bagaimanakah cara yang paling sesuai untuk Khairiah menyelesaikan masalah ini?

a)

Mengadu kepada pihak polis.

b)

Memberitahu jiran-jiran yang lain.

c)

Memarahi Ah Chong.

d)

Berbincang dengan Ah Chong mengenai hal tersebut.

6.

Mei Ling berbangsa Cina dan merupakan seorang yang suka memasak. Dia selalu memberitahu jirannya, Syuhadah bahawa masakan Cina adalah sedap. Pada pendapatnya, masakan Cina ialah masakan yang sangat baik untuk kesihatan kerana menggunakan herba berbanding masakan lain. Apakah yang boleh dikaitkan dengan pendapat Mei Ling?

a)

Individualisitik

b)

Etnosentrik

c)

Rasis

d)

Prejudis

7.

Berikut merupakan antara adat resam dan budaya masyarakat orang India yang perlu diambil tahu oleh masyarakat lain KECUALI...

a)

ramai dalam kalangan orang India yang tidak makan daging lembu

b)

ada dalam kalangan orang India yang mandi dengan minyak

c)

tidak boleh memberi orang India buah oren sebagai hadiah

d)

ramai orang India memasak di dalam periuk yang diperbuat daripada tanah liat

8.

Antara pernyataan berikut, yang manakah sering dikaitkan sebagai masalah-masalah perpaduan negara selepas merdeka?

I. Pemisahan tempat tinggal

II. Pengasingan sistem pendidikan

III. Fahaman dan tumpuan politik

IV. Perbezaan warna kulit

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I, II dan IV

d)

I, II dan III

9.

Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak pemerintah untuk mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia?

I. Pengenalan Dasar Ekonomi Baru

II. Pembentukan Dasar Nasional

III. Pengisytiharan Dasar Pendidikan Negara

IV. Percantuman pelbagai parti dalam Barisan Nasional

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

III dan IV

d)

I, II, III dan IV

10.

Berikut merupakan antara tujuan pengenalan Rukun Negara, iaitu...

I. mencapai perpaduan yang erat dalam kalangan masyarakat

II. memelihara cara hidup autokratik

III. membentuk masyarakat yang adil supaya kemakmuran dinikmati bersama secara adil dan saksama

IV. membentuk masyarakat bersifat liberal, terutama terhadap kebudayaan masing-masing

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

II dan IV