Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PERTENGAHAN SEMESTER MPU1113

Total questions: 30

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Sultan yang bertanggungjawab mengasaskan kesultanan baharu bagi negeri Selangor pada abad ke-18 ialah...

(a)  

2.

Tandakan Negeri-Negeri Selat.

a)

Johor

b)

Pulau Pinang

c)

Terengganu

d)

Singapura

e)

Melaka

3.

Penduduk diminta membayar 1/10 daripada hasil ekonomi mereka kepada kerajaan British dan tuntutan ini telah menimbulkan kemarahan penduduk. Pada Julai 1831, _____________ telah mengetuai penentangan di _____________.

(a)  

4.

3 Faktor kejayaan Jeoun mendapat menang mudah menakluki Tanah Melayu ialah:

a)

Tentera bantuan dari London dan India lewat

b)

Orang Melayu membantu orang Jepun menentang British

c)

Tentera Jepun mempunyai persediaan lengkap termasuk intipan

d)

Prince of Wales dan Repulse ditenggelamkan oleh Jepun

e)

Jepun naik basikal dan membunuh penduduk di Pantai Timur Tanah Melayu

5.

Tiga kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu ialah terhadap __________, _________________ dan _______________ yang telah memberikan kesan positif dan negatif kepada masyarakat Tanah Melayu.

(a)  

6.

Tandakan jawapan-jawapan yang BETUL:

Matlamat utama Jepun memerintah Tanah Melayu bercirikan sistem ketenteraan ialah untuk:

a)

mengahwini wanita-wanita Melayu

b)

memasuki istana orang Melayu

c)

memulihkan keadaan awam

d)

mengusir semua tali barut Jepun

e)

memonopoli sumber ekonomi di Tanah Melayu

7.

Rancangan ini diperkenalkan dengan tujuan menyekat makanan anggota komunis yang sebelum ini mendapat bekalan dari kampung-kampung di pinggir hutan. Apakah nama rancangan tersebut?

(a)  

8.

Akhbar-akhbar berikut diterbitkan pertama kali di Singapura. Tandakan jawapan-jawapan yang betul.

a)

Warta Malaya

b)

Utusan Melayu

c)

Al-Ikhwan

d)

Al-Imam

e)

Majlis

9.

Persatuan (a)   memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu dengan mewujudkan "Melayu Raya" dan melaksanakan dasar anti-British. Ia telah diharamkan oleh Jepun kerana berhubungan dengan Komunis.

10.

Tandakan semua ciri-ciri untuk Persatuan Orang Cina Peranakan.

a)

Memperjuangkan perihal kebudayaan dan kesenian peribumi Sabah.

b)

Dianggotai oleh orang Cina yang dilahirkan di Negeri-Negeri Selata (NNS) dan Cina Peranakan warganegara British.

c)

Golongan berpendidikan Melayu yang berideologi radikal, menyertainya.

d)

Menggalakkan keturunan mereka mendapat pendidikan tinggi dan teknikal.

e)

Ditubuhkan pada tahun 1915.

11.

(a)   adalah hak mendapat kerakyatan di sesebuah negara berdasarkan kelahiran negara itu.

12.

Tandakan pernyataan-pernyataan yang BENAR tentang Persekutuan Tanah Melayu.

a)

Sembilan buah Negeri Melayu, Pulau Pinang, Melaka dan Singapura terlibat dalam Persekutuan.

b)

Golongan kiri menubuhkan pusat tenaga rakyat (PUTERA) pada 1947 dan bekerjasama dengan AMCJA lalu mengemukakan cadangan baharu yang mengandungi 10 perkara iaitu 'Perlembagaan Rakyat'.

c)

Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu (PTM) diisytiharkan secara rasmi.

d)

Sultan dikembalikan semula hak dan kuasa ke atas negeri masing-masing atas nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Undangan Negeri

e)

Syarat kewarganegaraan diketatkan di antaranya ialah seorang pemohon mestilah lahir dan bermastautin selama lapan tahun di Tanah Melayu.

13.

Yang Dipertua pertama parti politik ini ialah Hj. Ahmad Fuad bin Hassan. Parti ini memperjuangkan kemerdekaan tanah air dengan menjadikan agama Islam sebagai asas masyarakat dan kerajaan.

(a)  

14.

Tandakan semua individu yang terlibat dalam delegasi Rundingan Kemerdekaan di London pada tahun 1956, yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman.

a)

Kolonel H.S Lee

b)

Dato' Bahaman

c)

Tun Dr. Ismail Abdul Rahman

d)

Dato' Bukit Siguntang

e)

Dato' Nik Ahmad Kamil

15.

Di dalam proses pembentukan Persekutuan Malaysia, jawatankuasa ini diketuai oleh Lord Landsowne. Ia membentuk satu perlembagaan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, Laporan Suruhanjaya Cobbold dan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM). Perkara utama dalam perlembagaan ini ialah agama Islam, bahasa Melayu, kawalan imigresen, pendidikan dan perwakilan bagi Sabah, Sarawak dan Brunei. Jawatankuasa ini ialah (a)   .

16.

Tandakan semua permintaan-permintaan Brunei sekiranya Malaysia mahu mereka menyertai Persekutuan Malaysia.

a)

Memegang autonomi hal-hal kewangan pada peringkat awal.

b)

Memperjuangkan persamaan hak dan kempen "Malaysia untuk orang Malaysia".

c)

Menuntut 10 buah kerusi Parlimen.

d)

Membentuk United Opposition Front.

e)

Menguasai semua hasil minyak.

17.

Reaksi negara ini terhadap pembentukan Malaysia ialah mereka menentang gagasan Malaysia kerana menganggap penubuhannya merupakan satu rancangan British untuk mengekalkan pengaruh. Negara tersebut ialah (a)  

18.

Tandakan semua intipati-intipati yang ada di dalam Perlembagaan Tanah Melayu yang dipersetujui untuk kemerdekaan Tanah Melayu.

a)

Ketua Kerajaan ialah Perdana Menteri yang dilantik dalam kalangan ahli Dewan Rakyat.

b)

Persekutuan ditadbir berdasarkan Demokrasi Berparlimen.

c)

Kewarganegaraan diperkemaskan.

d)

Brunei dan Singapura tidak dimasukkan ke dalam Malaysia.

e)

Kadar cukai terendah diberikan kepada semua warganegara.

19.

Tun (a)   adalah presiden pertama Persatuan Cina Malaya (MCA).

20.

Manakah antara berikut adalah merupakan faktor penubuhan Malaysia?

a)

Memberikan kewarganegaraan kepada buruh-buruh asing yang dibawa masuk ke Tanah Melayu.

b)

Mengisytiharkan Singapura keluar dari Tanah Melayu secara rasmi.

c)

Menjaga kepentingan hak kaum bumiputera di semua wilayah terbabit.

d)

Perkongsian faedah ekonomi

e)

Memberikan kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura.

21.

(a)   merangkumi undang-undang utama persekutuan, ketertinggian Perlembagaan, pindaan Perlembagaan, dan Perlembagaan negeri dan persekutuan.

22.

Tandakan semua peranan Perlembagaan.

a)

Memelihara perpaduan kaum

b)

Mengekalkan riwayat bangsa

c)

Mengelakkan penyalahgunaan kuasa

d)

Memberi keistimewaan kepada warganegara

e)

Mengelakkan kebencian dalam kalangan kaum yang pelbagai.

23.

Permuafakatan dan persetujuan yang dicapai antara pemimpin Melayu, Cina dan India sebelum mencapai kemerdekaan dipanggil (a)   .

24.

Tandakan justifikasi yang BETUL bagi Artikel 153, tentang kedudukan istimewwa orang Melayu, bumiputera dan kaum-kaum lain.

a)

Bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa kebangsaan memandangkan bahasa Melayu ialah bahasa penduduk asal negara ini, iaitu orang Melayu.

b)

Orang Melayu yang merupakan orang asal negara ini diberikan keistimewaan dalam aspek pendidikan, ekonomi, pentadbiran dan pemilikan lesen-lesan tanpa meminggirkan hak-hak kaum lain.

c)

Orang Melayu yang merupakan son of the soil Tanah Melayu, akan terus menjadi pewaris kepada tampuk sistem pemerintahan beraja ini.

d)

Orang Melayu diberikan sedikit perhatian bagi menggalakkan penglibatan dalam sektor yang boleh menaikkan taraf hidup mereka setanding dengan kaum-kaum yang lain.

e)

Orang Melayu diberikan keistimewaan ini atas sebab mereka merupakan kaum yang tertinggal dalam banyak bidang semasa penjajahan British dahulu.

25.

"Memegang tegun prinsip-prinsip yang objektif, tidak berpihak-pihak dan tidak memilih-milih" dan "Menolak prinsip mempolitikkan dan memilih kasih akan hak asasi manusia" adalah prinsip-prinsip Malaysia berhubung (a)   .

26.

Tandakan mana-mana Perkara dalam Perlembagaan yang SALAH padanannya.

a)

Perkara 10 Kebebasan Beragama

b)

Perkara 12 Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan

c)

Perkara 11 Kesamarataan dalam pelajaran

d)

Perkara 9 Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak

e)

Perkara 13 Hak untuk harta

27.

Yang di-Pertuan Agong ke-Lima Belas Malaysia berasal dari negeri (a)   .

28.

Tandakan semua peranan Majlis Agama Islam di setiap negeri di Malaysia.

a)

Menasihati apa-apa perkara yang diajukan oleh Majlis Raja-Raja, atau kerajaan negeri.

b)

Bertindak secara bersama dalam menentukan hal-hal berkaitan dengan agama Islam di Persekutuan.

c)

Menasihati raja mengenai hal ehwal agama Islam.

d)

Mengawal atau menyekat apa-apa iktikad dalam kalangan orang Islam.

e)

Mentadbir urusan-urusan hal perundangan Islam di peringkat negeri.

29.

Terdapat empat cara pemerolehan kewarganegaraan Malaysia iaitu kuat kuasa undang-undang, pendaftaran, (a)   dan percantuman wilayah.

30.

Kerajaan negara ini boleh melucutkan kewarganegaraan individu tersebut atas sebab-sebab yang berikut iaitu

a)

menetap selama tujuh tahun daripada 10 tahun penetapannya di negara ini.

b)

individu tersebut menunjukkan dia tidak taat setia melalui percakapan atau perbuatannya.

c)

dia berniat menjadi pemastautin di negara ini.

d)

individu itu telah menjadi warganegara asing

e)

dia menderhaka terhadap kerajaan semasa peperangan dengan berniaga atau menjalankan urusan dengan musuh negara.