wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sains T1 | Bab 7 Udara (Pencemaran Udara)

Total questions: 10

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Apakah bahan pencemar udara yang menyebabkan jerebu?

a)

Asap

b)

Debu

c)

Karbon Dioksida

d)

Klorofluorokarbon (CFC)

2.

Tandakan pada pernyataan yang betul mengenai cara-cara untuk mengawal dan mengurangkan pencemaran udara.

a)

Menggunakan bahan bebas klorofluorokarbon (CFC)

b)

Menggunakan pengangkutan awam

c)

Melakukan pembakaran terbuka

d)

Mengamalkan kitar semula dan guna semula barangan

3.

Pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan kehadiran sebarang bahan pencemar dalam udara.

a)

Benar

b)

Palsu

4.

Berikut merupakan punca bahan pencemar udara, Klorofluorokarbon (CFC) boleh terhasil, KECUALI

a)

Alat pendingin udara

b)

Peti sejuk

c)

Semburan aerosol

d)

Ekzos kenderaan

5.

Antara kesan buruk pencemaran udara ialah ia boleh menyebabkan sakit kepala, kerencatan akal atau membawa maut. Apakah bahan pencemar yang menjadi punca kepada penyakit ini?

a)

Karbon monoksida

b)

Karbon dioksida

c)

Sulfur dioksida

d)

Zarah plumbum

6.

Tandakan gas-gas yang boleh menyebabkan hujan asid:

a)

Karbon monoksida

b)

Karbon dioksida

c)

Sulfur dioksida

d)

Nitrogen dioksida

7.

Berikut merupakan langkah-langkah mencegah dan mengawal pencemaran udara melalui undang-undang, KECUALI

a)

Denda kepada perokok yang merokok di kawasan larangan

b)

Denda kepada individu yang melakukan pembakaran terbuka

c)

Galakan menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi kereta

d)

Denda kepada pemandu kenderaan yang ekzosnya mengeluarkan asap berlebihan

8.

Selain menjadi penyebab pencemaran bau, membuang sampah di merata-rata tempat juga boleh menyebabkan pencemaran udara.

a)

Benar

b)

Palsu

9.

Gas yang berlebihan yang boleh menyebabkan kesan rumah hijau ialah:

a)

Karbon monoksida

b)

Karbon dioksida

c)

Sulfur dioksida

d)

Nitrogen dioksida

10.

Pencemaran udara boleh juga berpunca daripada aktiviti pertanian dan perladangan. Apakah langkah yang sesuai melalui sains dan teknologi yang boleh digunakan untuk mencegah dan mengawal pencemaran udara daripada aktiviti ini?

a)

Menggunakan kaedah penggunaan pestisid untuk mengawal haiwan perosak

b)

Menggunakan kaedah kawalan biologi untuk mengawal haiwan perosak

c)

Tidak membenarkan kilang dibangunkan di kawasan perumahan

d)

Menggalakkan penggunaan baja kimia untuk pertanian