wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pengenalan Usrah (Aku dan Usrah, perlu ke?)

Total questions: 15

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Usrah bermaksud keluarga, jawapan yang manakah menunjukkan pengertian usrah lain yang paling tepat?

a)

Sekumpulan individu yang diikat dengan kesatuan aqidah.

b)

Kumpulan manusia yang saling berkenalan antara satu sama lain.

c)

Sekumpulan manusia yang membina ukhuwwah

d)

Satu kumpulan yang menjalankan perkongsian ilmu.

2.

Matlamat usrah yang paling TEPAT ialah...

a)

Memupuk semangat berdakwah secara sendirian di dalam usrah

b)

Mengetahui ideologi-ideologi barat secara mendalam

c)

Meningkatkan kefahaman tentang ajaran Islam yang syumul.

d)

Berkongsi isu semasa, masalah atau pengalaman kepada

3.

Tanggungjawab saya sebagai ahli usrah adalah seperti berikut kecuali....

a)

Hadir awal atau tepat pada waktunya

b)

Menyatakan sebab ketidakhadiran pada awal waktu sebelum usrah.

c)

Membawa buku catatan

d)

Hadir tanpa persediaan dan hanya mendengar

4.

Pilih pernyataan yang SALAH tentang usrah

a)

Kumpulan kecil yang dibentuk untuk mendalami Islam

b)

Salah satu wasilah tarbiyah yang biasa dijalankan dalam bentuk halaqoh

c)

Tempat untuk bersembang-sembang secara kosong.

d)

Bertujuan membina keluarga Islam yang besar

5.

Apakah yang anda akan lakukan jika sahabat seusrah anda tidak hadir ke usrah?

a)

Mengabaikannya sahaja kerana ada kawan lain yang menegurnya

b)

Menyerahkan kepada naqibah secara sepenuhnya

c)

Malas untuk mengambil tahu tentangnya

d)

Menelifon atau wassap untuk mengetahui keaadannya.

6.

Nyatakan adab-adab yang perlu diamalkan dalam usrah

a)

Bagi perhatian semasa naqibah/ ahli usrah melontarkan pandangan

b)

Membelakangi ahli usrah lain yang sedang bercakap

c)

Tidak meminta izin jika ingin mencelah percakapan ahli usrah yang lain

d)

Buat perbincangan lain sewaktu naqibah bagi pengisian

7.

Aimi x dapat hadir ke usrah kerana demam, apakah tindakan yang sewajarnya dilakukan oleh ahli usrah?

a)

Memulau Aimi kerana manja (debe weh)

b)

Menziarahi Aimi dan membawanya ke klinik

c)

Tidak mendoakan kesembuhan Aimi

d)

Mengetahui sebab ketidakhadiran tetapi tidak memaklumkan kepada naqibah

8.

Berikut merupakan langkah terbaik bagi mengeratkan ukhuwwah sesama ahli usrah di fasa pkpp kecuali...

a)

Bertanyakan khabar melalui ws @ call

b)

Sentiasa respon terhadap perbincangan atau usrah di dalam group

c)

Reply status bagi memulakan perbualan

d)

Berdiam diri dan tidak melibatkan diri dalam group usrah

9.
a)

1,3,2

b)

1.2.3

c)

2,3,1

d)

2,1,3

10.

Berikut adalah tiga rukun usrah kecuali...

a)

Takaful

b)

Tafahum

c)

Tabayyun

d)

Taaruf

11.

Berikut ialah proses taaruf sesama ahli usrah, kecuali...

a)

Makan bersama-sama

b)

Tegur semasa usrah, tapi tidak bertegur sapa di luar usrah

c)

Keluar bersama-sama

d)

Berkongsi masalah dan meminta pandangan penyelesaian

12.

Budaya yang diamalkan di dalam usrah ialah seperti berikut kecuali...

a)

Memberi salam dan bersalam-salaman

b)

Nasihat-menasihati

c)

Mengajak ke arah kebaikan

d)

Mengabaikan dan melewatkan tuntutan untuk hadir ke usrah

13.

Rukun usrah iaitu takaful (saling melengkapi) adalah seperti berikut, kecuali..

a)

Sentiasa bertanya khabar sesama sendiri

b)

ziarah-menziarahi

c)

Saling berdendam antara satu sama lain.

d)

menolong di antara satu sama lain

14.

Sekiranya naqibah saya lupa untuk membuat usrah, saya akan....

a)

Melihat group usrah, selepas itu biar je

b)

Jom call naqibah atau tanya dia kat group

c)

Buat kerja lain, ada assignment ni!

d)

Tidak peduli, lagi happy kalau tiada usrah

15.

Saya rasa saya perlu pergi usrah untuk...

a)

Membina hubungan yang rapat dengan kawan baru

b)

Memenuhi kehadiran yang ditetapkan

c)

Menghilangkan rasa bosan daripada terkurung aje dalam bilik

d)

Membina semula Islam di dalam hati saya