Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pembersihan dan pembekalan air

Total questions: 19

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Senarai berikut menunjukkan beberapa peringkat loji rawatan air.

P - Penggumpalan

Q - Penyaringan

R - Penurasan

S - Pengklorinan

Susun abjad mengikut turutan proses rawatan air yang betul.

a)

Q, P, R, S

b)

P, Q, R, S

c)

S, P, R, Q

2.

Pada peringkat penggumpalan, kapur mati ditambah untuk

a)

mengurangkan kealkalian air

b)

mengurangkan keasidan air

c)

menggumpalkan zarah-zarah terampai

d)

membunuh mikroorganisma

3.

Apakah fungsi alum dalam rawatan air?

a)

Membunuh mikroorganisma.

b)

Mencegah pereputan gigi.

c)

Menggurangkan keasidan air.

d)

Menggumpalkan zarah-zarah terampai.

4.

Apakah fungsi pendidihan?

a)

Membunuh mikroorganisma.

b)

Memisahkan bendasing terampai.

c)

Menyingkirkan bendasing terampai bahan terlarut dan membunuh mikroorganisma.

5.

Apakah fungsi pengklorinan?

a)

Membunuh mikroorganisma.

b)

Memisahkan bendasing terampai.

c)

Menyingkirkan bendasing terampai bahan terlarut dan membunuh mikroorganisma.

6.

Apakah fungsi penurasan?

a)

Membunuh mikroorganisma.

b)

Memisahkan bendasing terampai.

c)

Menyingkirkan bendasing terampai bahan terlarut dan membunuh mikroorganisma.

7.

Apakah fungsi proses pengoksidaan dalam loji rawatan air?

a)

Menambahkan kandungan oksigen di dalam air untuk menyingkirkan bau dan rasa yang kurang menyenangkan.

b)

Supaya zarah-zarah lumpur bergumpal dan tenggelam.

c)

Membunuh mikroorganisma di dalam air.

8.

Apakah proses pembersihan air selepas proses pengenapan?

a)

Penurasan

b)

Penapisan

c)

Pengoksidaan

d)

Penggumpalan

9.

Namakan kaedah pembersihan air berikut.

a)

Pendidihan

b)

Penyulingan

c)

Penurasan

d)

Pengklorinan

10.

Namakan kaedah pembersihan air berikut.

a)

Pendidihan

b)

Penyulingan

c)

Penurasan

d)

Pengklorinan

11.

Dalam rajah di atas, di manakah klorin ditambahkan?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

12.

Pilih pernyataan (atau pernyataan-pernyataan) yang benar berkaitan proses pembersihan air untuk pembekalan. (Jawapan lebih dari satu)

a)

Kapur mati ditambah untuk mengurangkan keasidan air

b)

Tujuan alum ditambahkan ialah untuk menggumpalkan zarah-zarah lumpur

c)

Natrium fluorida ditambah untuk membunuh mikroorganisma

d)

Proses penapisan dijalankan untuk menyingkirkan bendasing bersaiz besar seperti ranting kayu dan daun

13.

K, L, M dan N merupakan peringkat-peringkat yang terlibat dalam sistem pembersihan air.

K: Penggumpalan

L: Pengklorinan

M: Pengenapan

N: Penapisan


Antara berikut, yang manakah urutan yang betul?

a)

K, L, M, N

b)

K, M, N, L

c)

N, K, M, L

d)

N, M, K, L

14.

Nyatakan 3 Jenis larutan

(a)  

15.

3 Faktor-faktoryang mempengaruhi kadar keterlarutan?

(a)  

16.

Vicki telah menjalankan suatu aktiviti untuk mengkaji beberapa kaedah pembersihan air. Dia menggunakan air sungai yang keruh sebagai sampel kajiannya.


SAMPEL A: Dituras

SAMPEL B: Dididih

SAMPEL C: Disuling

SAMPEL D: Dicampurkan dengan klorin


Sampel manakah yang akan jernih?

(a)  

17.

Vicki telah menjalankan suatu aktiviti untuk mengkaji beberapa kaedah pembersihan air. Dia menggunakan air sungai yang keruh sebagai sampel kajiannya.


SAMPEL A: Dituras

SAMPEL B: Dididih

SAMPEL C: Disuling

SAMPEL D: Dicampurkan dengan klorin


Sampel manakh yang masih mengandungi bahan terampai?

(a)  

18.

Vicki telah menjalankan suatu aktiviti untuk mengkaji beberapa kaedah pembersihan air. Dia menggunakan air sungai yang keruh sebagai sampel kajiannya.


SAMPEL A: Dituras

SAMPEL B: Dididih

SAMPEL C: Disuling

SAMPEL D: Dicampurkan dengan klorin


Sampel manakah bertukar kepada air tulen?

(a)  

19.

Vicki telah menjalankan suatu aktiviti untuk mengkaji beberapa kaedah pembersihan air. Dia menggunakan air sungai yang keruh sebagai sampel kajiannya.


SAMPEL A: Dituras

SAMPEL B: Dididih

SAMPEL C: Disuling

SAMPEL D: Dicampurkan dengan klorin


Mikroorganisma di dalam sampel manakah yang dibuang?

(a)