wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz 02_Jenis Ayat

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Pilih ayat yang betul.


I. Maruah diri hendaklah dijaga tidak kira di mana jua kita berada.

II. Kakak menempa sepasang baju kebaya untuk dipakai di majlis hari jadinya.

III.Orang tua itu mengopek buah kelapa dengan menggunakan sebatang parang.

IV. Bekas tapak rumah setinggan itu akan dibina pangsapuri 16 tingkat.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

Pilih ayat yang betul.


I. Gerobok lama itu dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan-makanan.

II. Berbagai-bagai jenis bunga dijual di kedai Cik Elliana.

III. Pelbagai-bagai buah-buahan boleh di beli di pasaraya itu.

IV. Pelbagai jenis makanan dihidangkan dalam majlis pada malam itu.

a)

I dan II

b)

II dan IV

c)

I, II dan III

d)

I, III dan IV

3.

Pilih ayat yang betul.


I. Buatlah apa-apa yang kamu suka.

II. Saya tidak akan pergi ke mana-mana sebelum awak sampai.

III. Awak boleh datang ke rumah saya pada bila-bila yang awak suka.

IV. Saya tidak akan biarkan siapa masuk ke bilik ini.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I, II dan III

d)

II, III dan Iv

4.

Pilih ayat yang betul.


I. Oh, ambil penumbukku ini!

II. Wah, cantiknya baju yang awak pakai hari ini!

III. Aduhai, kasihannya kanak-kanak malang itu!

IV. Cis, berani kamu menumbuk anak kesayanganku!

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I, II dan IV

d)

II, III dan IV

5.

Pilih ayat yang betul.


I. Emak membeli beberapa keping petai.

II. Encik Kamal mempunyai beberapa buah kereta.

III. Raju makan beberapa keping roti sebelum pergi ke sekolah.

IV. Helen dan adiknya membeli beberapa buah pisau di kedai Pak Joe.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

I, III dan IV

6.

Pilih ayat yang sama maksud.


Diana menyelesaikan kerja yang diberikan oleh Cikgu Ali dalam masa setengah jam sahaja.

a)

Semua kerja yang diberikan oleh Cikgu Ali setengah jam yang lepas telah disiapkan oleh Diana.

b)

Kerja setengah jam itu akan diselesaikan oleh Diana seperti yang diarahkan oleh Cikgu Ali.

c)

Dalam masa setengah jam, kerja yang diberi oleh Cikgu Ali dapat disiapkan oleh Diana.

d)

Kerja yang diberi oleh Cikgu Ali telah setengah jam yang lalu disiapkan oleh Diana.

7.

Pilih ayat yang sama maksud.


Pemuda itu dilanggar motosikal semasa dia hendak melintas jalan raya.

a)

Jalan raya yang dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan yang membabitkan pejalan kaki dengan motosikal.

b)

Jalan raya yang dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan yang membabitkan pejalan kaki dengan motosikal.

c)

Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia terlanggar motosikal.

d)

Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia dilanggar motosikal.

8.

Pilih ayat yang sama maksud.


Zaman remaja merupakan satu tempoh kehidupan yang diselubungi oleh harapan, cabaran dan ketegangan yang tertentu.

a)

Masalah ketegangan telah menyebabkan remaja tiada harapan dan cabaran dalam kehidupan.

b)

Harapan, cabaran dan ketegangan merupakan masalah yang biasa dalam tempoh kehidupan alam remaja.

c)

Remaja diselubungi cabaran dan harapan kerana ketegangan dalam kehidupan.

d)

Zaman remaja mesti menghadapi pelbagai harapan dan cabaran yang menyebabkan kerungsingan.

9.

Pilih ayat yang sama maksud.


Akhlak yang baik merupakan manifestasi jiwa yang murni.

a)

Jiwa yang murni ialah gambaran perlakuan yang mulia .

b)

Jiwa yang murni sebati dengan akhlak yang sempurna.

c)

Kemurnian jiwa sentiasa bersama akhlak yang sempurna.

d)

Kemurnian jiwa tidak seiring dengan perlakuan yang sempurna.

10.

Pilih ayat yang sama maksud.


Dalam era ledakan maklumat dan revolusi teknologi, keperluan untuk menuntut ilmu sebanyak yang mungkin sudah menjadi begitu penting.

a)

Ilmu tidak sepenting ledakan maklumat untuk menjadi orang yang berjaya.

b)

Ilmu pengetahuan sangat penting dalam era ledakan maklumat dan perubahan teknologi.

c)

Teknologi maklumat tidak terlalu mementingkan ilmu pengetahuan yang banyak.

d)

Revolusi teknologi dan ledakan maklumat adalah sama dengan ilmu pengetahuan.