NEW
Font size
WorksheetsKuiz Tatabahasa (Antonim & Sinonim)
Total questions: 45
Worksheet time: 34mins
Puan Mira berharap percutian ke Pulau Perhentian itu dapat menenangkan fikirannya.
Perkataan sinonim untuk menenangkan ialah
membersihkan
mententeramkan
menjelaskan
mengosongkan
Halim akan mengunci semua pintu apabila dia tinggal bersendirian di rumah.
Perkataan seerti bagi bersendirian ialah
berseorangan
bersebelahan
berjauhan
berkenalan
Amira menjemput sepupunya di kampung datang ke Kuala Lumpur semasa cuti sekolah yang akan tiba tidak lama lagi.
Perkataan seerti bagi menjemput ialah
membawa
menyuruh
mengajak
menghantar
Ketua kampung berjanji akan memaklumkan masalah penduduk kampung kepada pihak atasan secepat mungkin.
Perkataan sinonim bagi memaklumkan ialah
melaporkan
menghuraikan
menghantar
memberitahu
Alisha tidak sabar untuk pulang ke kampung kerana dia teringin makan masakan neneknya.
Perkataan seerti bagi teringin ialah
bercadang
berteman
berhasrat
berhasil
Anak lembu itu mengunyah rumput yang diberi oleh tuannya dengan perlahan-lahan.
Perkataan mengunyah sinonim dengan
menggigit
menelan
menjilat
memamah
Tiupan angin yang lembut di tepi pantai di tepi pantai itu sungguh menyegarkan.
Perkataan berlawan bagi lembut ialah
kasar
kencang
kesat
ketat
Perjalanan yang jauh itu sungguh meletihkan.
Perkataan berlawan bagi jauh ialah
lambat
perlahan
dekat
sekejap
Air sungai yang jernih itu menjadi bekalan kepada penduduk kampung.
Perkataan berlawan bagi jernih ialah
malap
suram
keruh
kelam
Penduduk di pinggir bandar itu sering diganggu oleh bunyi bingit dari tapak pembinaan.
Perkataan berlawan bagi bingit ialah
lemah
kaku
diam
sunyi
Wajah Puan Sharifah kelihatan tenang sahaja apabila menerima berita yang sedih itu.
Perkataan berlawan bagi tenang ialah
gelisah
kalut
diam
kacau
Bendera Jalur Gemilang berkibar dengan megah di hadapan bangunan tersebut.
Perkataan berlawan bagi megah ialah
layu
perlahan
lesu
lembab
Jangan biarkan air bertakung untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes.
Perkataan berlawan bagi mencegah ialah
melepaskan
menjauhkan
menghalang
membiarkan
Cikgu Taufik menasihati kami agar menghindarkan diri daripada budak-budak yang nakal itu.
Perkataan berlawan bagi menghindarkan ialah
mendekatkan
menghulurkan
melemparkan
menjauhkan
Adam menguatkan ikatan tali kasutnya agar tidak terurai apabila berlari nanti.
Perkataan berlawan bagi menguatkan ialah
mengeluarkan
mengetatkan
melonggarkan
membuangkan
Abang tidur dengan nyenyak di ruang tamu kerana dia sangat penat.
Perkataan berlawan bagi nyenyak ialah
lena
diam
mati
jaga
Masa yang terluang harus dimanfaatkan dengan melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah.
Perkataan berlawan bagi dimanfaatkan ialah
diambil
digunakan
disia-siakan
diilhamkan
Buah-buahan yang bersih itu disimpan di dalam peti sejuk.
Perkataan berlawan bagi bersih ialah
busuk
kotor
buruk
segar
Banyak kebaikan yang diperoleh oleh murid-murid yang menyertai program itu.
Perkataan berlawan bagi kebaikan ialah
kejahatan
manfaat
keburukan
kesulitan
Orang ramai menafikan kebakaran itu berpunca daripada litar pintas.
Perkataan berlawan bagi menafikan ialah
mengiakan
menyetujui
merasakan
mencurigai
Tingkap bilik Ai Lin terbuka sejak malam tadi.
Perkataan berlawan bagi terbuka ialah
tersingkap
tertutup
tersekat
terkopek
Karangan yang ditulis oleh Haris sangat panjang.
Perkataan berlawan bagi panjang ialah
tinggi
banyak
besar
pendek
Zara sangat sayang akan anak patung yang dihadiahkan oleh kakaknya.
Perkataan berlawan bagi perkataan sayang ialah
benci
rindu
suka
geram
Kain batik itu dicelup dengan pewarna asli.
Perkataan berlawan bagi perkataan asli ialah
contoh
tulen
palsu
tiruan
Ayah melarang kami mandi di tasik itu kerana airnya sangat dalam.
Antonim bagi perkataan dalam ialah
cetek
luar
jauh
singkat
Anak-anak yatim itu dilayan dengan baik di majlis itu.
Perkataan berlawan bagi perkataan dilayan ialah
dipaksa
ditinggal
diabai
dijaga
Semua murid hendaklah mematuhi peraturan ketika berada di perpustakaan agar tidak mengganggu pengguna lain.
Perkataan berlawan bagi perkataan mematuhi ialah
mengikut
mengekori
melanggar
membelakangi
Cikgu Amiza gemar memakai baju yang berwarna merah hati.
Perkataan berlawan bagi perkataan gemar ialah
jemu
suka
mahu
jarang
Kereta yang dipandu dengan laju itu telah melanggar sebatang pokok sebelum terbabas ke dalam parit.
Perkataan berlawan bagi perkataan laju ialah
lambat
lembap
deras
perlahan
Golongan muda disarankan menyertai kursus yang disediakan oleh kerajaan untuk menghindari gejala sosial.
Perkataan berlawan bagi perkataan muda ialah
tua
lama
mudi
belia
Datuk semakin sihat selepas mendapatkan rawatan di hospital secara berkala.
Perkataan berlawan bagi perkataan sihat ialah
lemah
sakit
segar
letih
Semangat kejiranan tidak diamalkan sepenuhnya oleh warga kota berbanding di kampung yang mempunyai semangat kejiranan yang tinggi.
Perkataan berlawan bagi perkataan kota ialah
mukim
desa
daerah
ceruk
Peraturan ketat akan dikenakan terhadap pengguna jalan raya untuk mengelakkan kemalangan terutama pada musim perayaan.
Perkataan berlawan bagi perkataan ketat ialah
besar
keras
longgar
sempit
Adik berasa gayat apabila berada di tempat yang tinggi, lebih-lebih lagi apabila menaiki kapal terbang.
Perkataan berlawan bagi perkataan tinggi ialah
jauh
rendah
pendek
curam
Ayah berasa terkilan kerana tidak sempat berada di sisi datuk sewaktu datuk menghembuskan nafasnya yang terakhir pada malam tadi.
Perkataan berlawan bagi perkataan terkilan ialah
seronok
lapang
puas hati
ceria
Ibu selalu menasihati kami agar tidak makan makanan yang terdedah kerana dikhuatiri dijangkiti kuman.
Perkataan berlawan bagi perkataan terdedah ialah
tertutup
tersimpan
tersorok
tersembunyi
Kawasan itu tidak selamat untuk didiami kerana kerap berlaku banjir kilat, lebih-lebih lagi selepas kerja-kerja penggondolan bukit di tempat itu.
Perkataan berlawan bagi perkataan selamat ialah
bencana
payah
susah
bahaya
Hukuman berat akan dikenakan terhadap pelajar yang melanggar peraturan sekolah supaya mereka insaf dan menjadi insan yang berguna.
Perkataan yang berlawan bagi perkataan berat ialah
ringan
mudah
lembut
senang
Aina menjemput kawan-kawannya menghadiri majlis hari jadinya yang akan diadakan pada hari Sabtu nanti.
Perkataan seerti bagi perkataan menjemput ialah
menghantar
menyuruh
memaksa
mempelawa
Hakimi dikekalkan sebagai ketua murid Tahun Enam Terra setelah mendapat persetujuan daripada murid-murid yang lain.
Perkataan seerti bagi perkataan dikekalkan ialah
diarahkan
dijadikan
dimaklumkan
ditetapkan
Datuk menceritakan pengalaman pahit manisnya pada zaman dahulu kepada kami.
Perkataan seerti bagi perkataan dahulu ialah
lama
lampau
sekarang
kini
Mikail menjalinkan hubungan yang erat dengan Iman sejak kecil lagi.
Perkataan seerti bagi perkataan erat ialah
rapat
renggang
teguh
terpisah
Semua murid Tahun Enam Cempaka memberi perhatian semasa guru sedang mengajar.
Perkataan seerti bagi perkataan perhatian ialah
renungan
tumpuan
sokongan
penelitian
Selepas beberapa tahun merantau, akhirnya abang kembali ke pangkuan keluarganya.
Perkataan seerti bagi perkataan kembali ialah
dekat
menanti
tinggal
pulang
Zahir tidak sedar daripada tidur walaupun jam locengnya berbunyi beberapa kali.
Perkataan seerti bagi perkataan sedar ialah
terkejut
terjaga
terbuka
tertidur
