Font size
WorksheetsSains Hayat - Luak Palong
Total questions: 50
Worksheet time: 50mins
Apakah definisi mikroorganisma?
Kuman kecil yang berbahaya
Hidupan seni yang boleh dilihat dengan mata kasar
Benda hidup yang sangat kecil dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar
Haiwan paling kecil di dunia ini
Sebagai benda hidup, mikroorganisma boleh menjalani proses hidup berikut.....
Bertumbuh
Bergerak
Bernafas
Bermain
Tidur
Rajah menunjukkan keadaan roti selepas dibiarkan selama 2 minggu. Apakah inferens tentang keadaan yang berlaku ke atas roti tersebut?
Mikroorganisma bernafas
Mikroorganisma bertumbuh
Mikroorganisma bergerak
Mikroorganisma adalah benda hidup
Mikroorganisma X biasanya ditemui di dalam air kolam mahupun di dalam longkang. Apakah mikroorganisma X?
Protozoa
Bakteria
Virus
Alga
Terdapat pelbagai kegunaan mikroorganisma di dalam kehidupan kita. Berikut merupakan padanan yang betul bagi kegunaan mikroorganisma kecuali....
Yis digunakan dalam pembuatan roti
Bakteria digunakan dalam pembuatan keju dan yogurt
Yis digunakan sebagai bahan di dalam pembuatan tapai
Bakteria digunakan dalam pembuatan tempe
Penyakit cacar air atau lebih dikenali sebagai "chicken pox" mudah berjangkit dari seseorang ke seseorang yang lain. Apakah cara yang terbaik bagi mengelakkan penyakit ini berjangkit?
Berjumpa doktor untuk mendapatkan ubat penghalang jangkitan
Kuarantinkan pesakit
Basuh tangan dengan kerap
Mandi dengan cecair antiseptik
Rajah menunjukkan eksperimen yang dilakukan oleh sekumpulan murid untuk menyiasat proses hidup mikroorganisma. Mereka telah menggunakan campuran air suam, yis dan gula di dalam kelalang kon tersebut. Apakah fungsi gula dalam penyiasatan ini?
Membekalkan nutrien kepada mikroorganisma
Membolehkan mikroorganisma bergerak balas
Mempercepatkan pengembangan belon
Menambah kuantiti udara di dalam kelalang kon
Negara sedang menghadapi ancaman wabak Covid 19 yang membimbangkan. Antara berikut merupakan tindakan yang perlu diambil bagi mencegah penularan penyakit ini KECUALI .......
Basuh tangan menggunakan "hand sanitizer" selepas menyentuh permukaan sesuatu
Tinggal di rumah dan tidak perlu ke mana-mana
Berpindah ke negara lain yang lebih selamat
Memakai "mask" atau topeng pelindung diri
Alya mendapati bahawa jika kuantiti yis bertambah, maka saiz doh yang dihasilkan turut bertambah.
Apakah yang dimanipulasikan oleh Alya dalam penyiasatan ini?
Saiz doh
Kuantiti tepung
Kuantiti yis
Kuantiti gula
Alat yang digunakan untuk memerhatikan mikroorganisma ialah ...............
Teleskop
Periskop
Mikroskop
Kaleidoskop
Rajah menunjukkan interaksi antara haiwan.
Apakah yang digambarkan dalam situasi tersebut?
Kerjasama interspesies untuk mendapatkan makanan
Kerjasama intraspesies untuk mendapatkan makanan
Persaingan interspesies untuk mendapatkan makanan
Persaingan intraspesies untuk mendapatkan makanan
Rajah menunjukkan seekor haiwan.
Apakah kelebihan haiwan tersebut berdasarkan cara hidupnya?
Mudah untuk mendapatkan pasangan ketika musim mengawan
Mudah untuk mendapatkan makanan
Sukar mendapat jangkitan penyakit sekiranya terdapat haiwan lain di dalam kawanannya yang terkena penyakit
Apabila berjaya memburu seekor haiwan ia tidak perlu bersaing dengan haiwan yang lain
Rajah menunjukkan hubungan antara seekor burung dan seekor buaya.
Antara berikut yang manakah merupakan hubungan yang memberikan kesan yang sama dengan situasi ini?
Buran dan umang-umang
Ikan jerung dan ikan remora
Kucing dan sengkenit
Kancil dan buaya
Rajah berikut menunjukkan situasi antara haiwan dan tumbuhan.
Apakah bentuk simbiosis yang ditunjukkan?
Mutualisme
Parasitisme
Komensalisme
Interspesies
Encik Fadri merupakan seorang penternak ikan keli. Baliau memiliki 10 buah kolam ikan keli. Setiap kolam mengandungi kira-kira 1000 ekor ikan keli. Rajah menunjukkan saiz seekor ikan keli yang diternak oleh Encik Fadri di kolamnya.
Cadangkan cara yang perlu dilakukan oleh Encik Fadri bagi manambahkan purata saiz ikan kelinya.
Menambahkan bilangan ikan keli di setiap kolam
Menjaga kualiti air di kolamnya
Mengecilkan saiz setiap kolamnya
Mengurangkan kuantiti ikan di setiap kolam
Antara berikut yang manakah merupakan cara yang betul untuk mengurangkan persaingan antara tumbuhan?
K dan L
K dan M
L dan N
M dan B
Rajah menunjukkan sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai pokok langsuyar yang tumbuh pada sebatang pokok lain.
Apakah yang akan berlaku kepada kedua-dua tumbuhan tersebut?
Pokok langsuyar hidup subur manakala pokok yang ditumpanginya akan mati
Pokok langsuyar hidup subur tanpa menjejaskan pokok yang ditumpanginya
Kedua-dua pokok akan mati kerana berlaku persaingan yang cukup hebat
Pokok langsuyar akan layu kerana gagal mendapatkan nutrien daripada batang pokok
Berikut merupakan faktor persaingan tumbuhan kecuali......
Tumbuhan bersaing untuk mendapatkan ruang
Tumbuhan bersaing untuk mendapatkan udara
Tumbuhan bersaing untuk mendapatkan nutrien
Tumbuhan bersaing untuk mendapatkan cahaya matahari
Rajah menunjukkan dua bekas yang mengandungi anak benih kacang hijau P dan Q. Anak benih itu dibiarkan selama tiga hari. Didapati anak benih P tumbuh lebih subur berbanding Q.
Berikan sebab (inferens) berdasarkan pemerhatian itu
Kerana anak benih P tiada persaingan berbanding Q
Kerana anak benih Q banyak persaingan ruang
Kerana anak benih Q lebih banyak persaingan berbanding P
Kerana anak benih P kurang persaingan ruang berbanding Q
Apakah definisi bagi haiwan yang telah pupus?
Haiwan yang sangat sedikit bilangannya di muka bumi
Haiwan yang diancam kepupusan
Haiwan yang berasal dari zaman purba
Haiwan yang sudah tidak wujud lagi di dunia ini
Azizi bersama keluarganya bergerak dari Jeli Kelantan ke Gerik di Perak melalui Jalan Raya Timur Barat. Dalam perjalanan tersebut dia mendapati terdapat banyak longgokan kayu balak di tepi jalan walaupun terdapat papan tanda hutan simpanan di kawasan tersebut. Apakah tindakan yang perlu diambil oleh beliau?
Berhenti di situ dan manjalankan kempen terhadap orang yang lalu di situ
Memarahi pemandu lori balak
Membiarkan sahaja perkara tersebut
Melaporkan kepada pihak berkuasa
"Kesuburan pokok dipengaruhi oleh kuantiti baja yang dibekalkan."
Nyatakan satu hipotesis berdasarkan pernyataan ini.
Semakin bertambah kesuburan pokok semakin bertambah kuantiti baja
Kuantiti baja mempengaruhi kesuburan pokok
Jika kuantiti baja bertambah maka kesuburan pokok bertambah
Jika bertambah kesuburan pokok maka sebenarnya bertambah kuantiti baja yang digunakan
Antara berikut, yang manakah dapat membantu mengelakkan spesies yang terancam daripada menjadi pupus?
Hutan tertentu diisytiharkan sebagai hutan simpan
Semua spesies diistiharkan sebagai spesies yang dilindungi
Aktiviti pertanian dipertingkatkan
Lebih banyak barang yang diperbuat daripada haiwan dikeluarkan
Maklumat berikut menunjukkan empat jenis haiwan.
P : Semut
Q : Babun
R : Gajah
S : Helang
Haiwan manakah di atas yang tinggal secara berkumpulan?
R dan P sahaja
Q, R dan S sahaja
P dan R sahaja
P,Q dan R sahaja
Antara berikut , yang manakah bukan kepentingan pencaran biji benih atau buah kepada kemandirian spesies tumbuhan?
Mengelakkan anak-anak benih daripada dimakan oleh haiwan
Mengurangkan persaingan antara pokok induk dengan anak-anak pokok
Memastikan anak-anak pokok boleh mendapat keperluan asas mencukupi
Memberi peluang kepada anak-anak benih supaya dapat bertumbuh di tempat baharu
Sejenis buah mempunyai ciri-ciri berikut:
- Bau wangi
- Kulit yang berwarna cerah
- Isi yang manis dan berair
Apakah agen pencaran biji benih buah ini?
Mekanisma letupan
Haiwan
Angin
Air
Mengapakah kebanyakan biji benih berada di dalam buah ?
Mudah dipencarkan oleh haiwan yang memakan buahnya
Supaya kelihatan cantik
Sukar dipencarkan oleh haiwan yang memakan buahnya
Biji benih mudah dihadam
Apakah yang akan berlaku jika beberapa spesies haiwan dan tumbuhan menjadi pupus?
Spesies yang lain juga akan diancam kepupusan
Hal ini akan memastikan kemandirian spesies yang lain
Manusia tidak akan dipengaruhi oleh kepupusan spesies tersebut
Tidak akan membawa apa-apa kesan terhadap spesies lain
Sisa-sisa makanan yang tidak dihadam akan dikeluarkan sebagai ................
air kencing
peluh
tinja
angin
Aktiviti yang manakah menyebabkan kadar pernafasan paling cepat?
Mengapakah kadar pernafasan semasa aktiviti cergas lebih tinggi?
Badan perlu bergerak lebih aktif
Badan memerlukan lebih banyak udara
Peparu lebih banyak menyedut gas karbon dioksida
Waktu rehat adalah lebih baik berbanding waktu menjalankan aktiviti
Rajah menunjukkan organ perkumuhan manusia. Apakah nama organ tersebut?
Hati
Jantung
Perut
Ginjal
Apakah maksud Fotosintesis?
Proses tumbuhan bergerak
Proses tumbuhan membuat makanan sendiri
Proses tumbuhan membiak
Proses tumbuhan membina hidup sendiri
Bahan kumuh yang manakah dihasilkan oleh ginjal?
Air Kencing
Karbon dioksida
Oksigen
Peluh
Apakah gerak balas yang berlaku ke atas badan kita apabila menghadapi situasi rangsangan persekitaran yang sejuk ?
Menutup telinga
Hidung menjadi tersumbat
Badan menggigil
Suhu badan meningkat secara tiba-tiba
CARA IKAN PAUS MELINDUNGI DIRI DARIPADA CUACA SEJUK
BERHIBERNASI
BERMIGRASI
BERBULU TEBAL
BERBONGGOL
SETIAP RANTAI MAKANAN BERMULA DENGAN...........
BELALANG
TUMBUHAN
HAIWAN
BELUNCAS
BERIKUT MERUPAKAN BAHAN KUMUH YANG DIHASILKAN MANUSIA KECUALI ............
PELUH
AIR KENCING
NAJIS
WAP AIR
TIDUR YANG LAMA SEPANJANG MUSIM SEJUK ADALAH DEFINISI BAGI...
HIBERNASI
MIGRASI
POPULASI
ANTARA HAIWAN BERIKUT YANG MANAKAH BERBULU TEBAL.........
ANJING LAUT
MUSANG KUTUB
BADAK SUMBU
KUDA
Apakah maksud jerumun?
Sangkar
Sarang tumbuhan kering
tempat penetasan penyu
tempat mengeram ayam
Apakah maksud pencaran
kebolehan melakukan kerja
cara memastikan kemandirian spesies
cara untuk membawa biji benih jauh daripada induknya
cara untuk menanam pelbagai jenis tumbuhan di suatu habitat
Mengapakah salamander dan katak mempunyai dua organ pernafasan?
Kerana senang bernafas
Kerana salamander dan katak hidup di darat dan di air
Kerana salamader dan katak boleh menukar organ pernafasannya
Kerana boleh menyedut lebih banyak oksigen
Maklumat di bawah ini menunjukkan bagaimana haiwan P memastikan kemandirian spesiesnya
Bertelur dengan banyak Menyembunyikan telurnya
kelawar
Labah-labah
Burung
Rama- rama
ANTARA BERIKUT YANG MANAKAH BUKAN CARA HAIWAN MELINDUNGI DIRI DARIPADA MUSUH?
SISIK KERAS
BERTANDUK
BERGETAH
MEMUTUSKAN ANGGOTA BADAN
HAIWAN INI MENYEMBUNYIKAN TELURNYA DI....
TEMPAT TERSOROK
DALAM TANAH
DALAM AIR
ATAS POKOK
