wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Sajak Pesan Ibu Beribu-Ribu

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Berikan tema yang sesuai berdasarkan sajak tersebut .

a)

Anak meluahkan kekesalannya tidak mendengar nasihat ibunya yang menyebabkan anaknya rindu akan nasihat ibunya yang bernas itu

b)

Ibunya terus memberi nasihat kepada anaknya demi kebaikan.

c)

Pesanan dan nasihat seorang anak kepada ibu kesayangannya supaya tidak tersalah memilih jalan hidup.

d)

Pesanan dan nasihat seorang ibu kepada anak kesayangannya supaya tidak tersalah memilih jalan hidup.

2.

Setiap ibu dibumi ini tidak akan membiarkan anak mereka menghadapi kesusahan dan kebahayaan dengan sedia berkorban demi anak-anak mereka.


Pilih persoalan yang betul berdasarkan petikan diatas.

a)

Kepentingan nasihat dan pesanan ibu

b)

Kemuliaan seorang ibu

c)

Ketabahan menghadapi dugaan hidup

d)

Kebijaksanaan dalam pemilihan kawan

3.

Pilih satu gaya bahasa yang betul berdasarkan petikan di bawah .


Pilihlah kawan yang mulia hati ,

tolaklah kawan pementing diri .

a)

Anafora

b)

Metafora

c)

Responsi

d)

Epifora

4.

Pilih pengajaran yang betul berdasarkan petikan di bawah .


Ibu penyajak menasihati agar memilih kawan yang benar-benar memiliki sikap berbudi pekerti dan sentiasa bersopan-santun .

a)

Kita mestilah menghormati ibu dan mengikut pesanan ibu yang sentiasa berfikir demi kebaikan dirinya serta keluarga .

b)

Kita mestilah berhati-hati memilih kawan yang berbudi pekerti mulia dan bersopan-santun.

c)

Kita perlulah bijak menyesuaikan diri dan menjaga diri dengan baik apabila berada di luar rumah .

d)

Kita mestilah menghormati ibu dan mengikut pesanan ibu yang sentiasa berfikir tentang kepentingan dirinya .

5.

Pilih satu maksud yang betul tentang gaya bahasa repitisi .

a)

Pengulangan kata pada awal baris

b)

Pengulangan kata pada akhir baris

c)

Pengulangan kata pada baris yang sama

d)

Singkatan kata

6.

Pilih satu maksud rangkap sajak pertama yang terdapat dalam rangkap tersebut.

a)

Penyajak berkata bahawa setiap manusia dilahirkan oleh ibunya.

b)

Penyajak berkata bahawa setiap anak harus mendengar setiap nasihat yang dikatakan oleh ibunya.

c)

Penyajak berkata bahawa setiap tindakan kita pasti ditegur oleh ibu.

d)

Penyajak berkata bahawa setiap anak harus mengikuti segala kehendak dan aturan yang ditetapkan oleh ibunya.

7.

Pilih satu bentuk yang terdapat dalam rangkap keempat sajak.

a)

Sajak terdiri daripada lima rangkap.

b)

Bilangan suku kata dua hingga tiga belas suku kata sebaris.

c)

Bilangan kata ialah tiga hingga empat patah perkataan.

d)

Rima akhir syair adalah sama.

8.

pilih pernyataan yang benar berdasarkan sajak tersebut

a)

penyajak menangis pada suatu senja kerana kekasihnya ditangkap polis

b)

ibu penyajak melarangnya keluar dari rumah kerana bimbang ditimpa bencana

c)

penyajak yakin bahawa semua nasihat ibunya memberikan kebaikan kepadanya

d)

ibu penyajak sering berpesan kepadanya agar jangan memilih kawan

9.

Pilih gaya bahasa yang betul berdasarkan rangkap kedua sajak .

I ) Sinkope

II ) Responsi

III ) Kata Ganda

IV ) Anafora

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I , III dan IV

10.

mengapakah ibunya sering berpesan kepada penyajak supaya menjaga diri?

a)

menjaga hati penyajak

b)

mendorong penyajak supaya berjaya dalam pelajaran

c)

mengelakkkan penyajak berkawan dengan orang lain

d)

menghindarkan penyajak daripada ditimpa bahaya dan masalah