Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BANK SOALAN PI TING1

Total questions: 100

Worksheet time: 2hrs 40mins

Name
Class
Date
1.

Akidah ialah .............. yang kukuh di dalam hati tentang kewujudan Allah taala

a)

kepercayaan

b)

kepatuhan

c)

kefahaman

2.

Maksud bersuci pada bahasa ialah membersihkan sesuatu dari .............................

a)

dosa

b)

kotoran

c)

tahi manusia

d)

maksiat

3.

Maksud solat dari segi bahasa ialah

a)

ISLAM

b)

AMALAN WAJIB

c)

DOA

d)

TUNTUTAN

4.

Pilih sambungan ayat yang betul bagi ayat di bawah:


لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ ۖ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ ۚ فَمَن يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ لَا انفِصَامَ لَهَا ۗ وَاللَّهُ ..................... (256

a)

عزيزٌ غفورٌ

b)

عليمٌ خبير

c)

سميعٌ عليمٌ

d)

على كلِّ شيئٍ قديرٌ

5.
Bilakah Nabi Muhammad S.A.W. dilahirkan?
a)
12 Rabiul Awal Tahun Gajah.
b)
11 Rabiul Awal Tahun Gajah.
c)
10 Rabiul Awal Tahun Gajah.
d)
9 Rabiul Awal Tahun Gajah.
6.

1) Dalil di atas merupakan dalil naqli bagi

a)

A. Islam agama yang benar dan diredhai Allah

b)

B. Kewajipan beriman kepada Allah yang bersifat Al-Khaliq

c)

C. Islam agama fitrah

d)

D. Allah sebagai pencipta sekalian makhluk

7.

Apakah sumber hukum KEDUA dalam Islam?

a)

Al-Quran

b)

Hadis

c)

Qiyas

d)

Ijma' Ulama

8.

Ini ialah potongan hadith tentang ikhlas. Yang manakah maksudnya?

a)

Sesungguhnya ikhlas itu niat dalam hati kita.

b)

Sesungguhnya tidaklah ikhlas seseorang jika tidak berniat.

c)

Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan atas niat.

9.

Ibadat terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu

a)

ibadat khusus

b)

ibadat umum

c)

ibadat wajib

d)

ibadat haram

10.

Terdapat ................. Makhraj huruf dan ada ...................... huruf hijaiyah.

a)

4 dan 20

b)

3 dan 29

c)

5 dan 28

d)

A) 6 dan 30

11.
Akhlak MAHMUDAH bermaksud
a)
Sifat dan tingkah laku terpuji yang terdapat pada diri seseorang yang bertepatan dengan nilai dan perakuan syarak
b)
Sifat dan tingkah laku keji yang terdapat pada diri seseorang yang berlawanan dengan nilai dan perkakuan syarak.
12.

..................... ialah perutusan nabi-nabi dan rasul-rasul yang membawa ajaran Allah s.a.w untuk disampaikan kepada manusia.

a)

As-sami'yat

b)

An-Nubuwwat

c)

asma' wa sifat

13.

Menghina al-quran merupakan perkara-perkara yang boleh ................ akidah umat Islam

a)

memantapkan

b)

merosakkan

c)

menguatkan

14.

...............ialah kalam Allah yang diturunkan kepada nabi Muhammad dan menjadi panduan seluruh manusia

a)

Hadis

b)

Al-Quran

c)

Sirah

15.

Apakah alat yang digunakan untuk tayammum?

a)

Tanah

b)

Roti

c)

Daun

16.

Ahmad sakit pada tangannya dan tidak boleh terkena air, bagaimana dia hendak berwudhuk?

a)

tidak perlu wudhuk

b)

bertayammum

c)

cuci tangan

17.

Menurut istilah, bersuci ialah membersihkan ......... dari najis dan kotoran.

a)

hati

b)

pakaian

c)

diri

d)

tempat

18.

Apakah hukum bersuci dari hadas dan najis?

a)

sunat

b)

wajib

c)

harus

d)

makruh

19.

Pilih jawapan yang betul bagi alat-alat untuk bersuci.

a)

tawas

b)

tin

c)

botol

d)

batu

20.

Berikut merupakan air mutlak kecuali....

a)

air salji

b)

air teh

c)

air hujan

d)

air mata air

21.

Air yang panas disebabkan cahaya matahari pada negeri yang berhawa panas yang disimpan dalam bekas daripada besi atau tembaga yang boleh berkarat merujuk kepada air ...............................

a)

mutlak

b)

musta'mal

c)

musyammas

d)

mutanajjis

22.

Solat mula difardukan pada malam

a)

ISRAK DAN MIKRAJ

b)

AWAL MUHARRAM

c)

NUZUL AL-QURAN

d)

LAILATULQADAR

23.

rukun solat ada ____ perkara.

a)

12

b)

15

c)

16

d)

13

24.

Perkara yang ke 3 dalam rukun solat ialah

a)

takbiratul ihram

b)

membaca doa iftitah

c)

rukuk serta tomakninah

d)

duduk tahiyat akhir

25.

Rukun Qolbi ialah

a)

wajib berniat dalam hati

b)

wajib melafazkan dengan lidah

c)

perbuatan dalam solat

d)

tertib

26.

Rukun QAULI ialah rukun yang

a)

wajib solat

b)

perbuatan wajib dalam solat

c)

wajib berniat ketika hendak solat

d)

wajib melafazkan dengan suara sekadar didengar telinga sendiri

27.

Berikut merupakan potongan ayat 201 surah al-Baqarah:


(201)وَمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ


Berdasarkan analisis anda, manakah penerangan yang benar berdasarkan ayat di atas?

a)

Memohon keberkatan daripada Allah di dunia dan akhirat dan dijauhkan daripada azab api neraka

b)

Memohon kepada Allah agar beroleh keampunan di dunia dan akhirat dan dilindungi daripada azab api neraka

c)

Memohon kepada Allah agar dikurniakan kebaikan di dunia dan akhirat dan dilindungi daripada azab api neraka

d)

Memohon kepada Allah agar dikurniakan ihsan di dunia dan akhirat serta dilindungi daripada azab api neraka

28.

فَأَزَلَّهُمَا الشَّيْطَانُ عَنْهَا فَأَخْرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيهِ ۖ وَقُلْنَا اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ ۖ وَلَكُمْ فِي الْأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَىٰ حِينٍ (36


Berdasarkan pengajaran ayat di atas, berikut ialah cara iblis menyesatkan manusia, kecuali

a)

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia

b)

Menghasut manusia supaya melaksanakan suruhan Allah

c)

Mengajak manusia supaya melakukan larangan Allah

d)

Menggalakkan amalan sesat

29.

Ketika berada di negara Sudan, Ahmad mengambil wuduk di sebuah masjid yang panas airnya. Apakah hukum wuduk Ahmad?

a)

Tidak sah

b)

Haram

c)

Makruh

d)

Harus

30.

Adik perempuan Abu yang berusia setahun telah membuang air kecil di atas lantai. Cadangkan cara penyucian yang sesuai berdasarkan pilihan jawapan di bawah:

a)

Buang najis. Sediakan satu bekas air tanah dan satu bekas air mutlak. Basuh tempat yang terkena najis dengan satu kali basuhan air tanah dan enam kali basuhan air mutlak.

b)

Buang najis. Renjis air pada tempat yang terkena najis.

c)

Buang najis. Basuh tempat yang terkena najis dengan mengalirkan air. Pastikan hilang dan suci daripada bau, rasa dan warna.

d)

Buang najis. Basuh tempat terkena najis tiga kali dengan air mutlak. Pastikan hilang dan suci daripada bau, rasa dan warna.

31.

Ketika berwuduk, Ahmad terlupa untuk berkumur, lalu dia menunaikan solat fardu Maghrib. Apakah hukum solat Ahmad?

a)

Tidak sah

b)

Sah

c)

Wajib mengambil semula wuduk dan solat semula

d)

Sunat mengambil semula wuduk dan solat semula

32.
Namakan salah seorang ibu susuan Nabi Muhammad S.A.W.?
a)
Zainab Binti Abdullah
b)
Khadijah Khuwailid
c)
Halimatus Saadiah
d)
Mariah Al-Qibt
33.
Siapakah nama isteri pertama Nabi Muhammad S.A.W.?
a)
Mariah Al-Qibtiah
b)
Khadijah Binti Khuwailid
c)
Siti Aisyah Binti Abu Bakar
d)
Zainab Binti Haris
34.
Bagaimanakah cara  kita menunjukkan kasih sayang kepada Rasulullah S.A.W.?
a)
Sentiasa berselawat ke atas junjungan Rasulullah S.A.W.
b)
Tidak mengingati Rasulullah S.A.W.
c)
Tidak mengamalkan sunnah Rasulullah.
d)
Sentiasa sibuk dengan urusan keduniaan.
35.
Rasulullah S.A.W. berkahwin dengan Saidatina Khadijah ketika usia baginda ___________?
a)
30 tahun
b)
35 tahun
c)
25 tahun
d)
40 tahun
36.
Pada usia berapakah Rasulullah S.A.W. wafat?
a)
60 tahun
b)
61 tahun
c)
62 tahun
d)
63 tahun
37.
Apakah nama perkampungan ibu susuan Nabi Muhammad S.A.W. tempat baginda diasuh?
a)
Perkampungan Bani Saad
b)
Perkampungan Bani Adi
c)
Perkampungan Bani Quraisy
d)
Perkampungan Bani Bakar
38.
Berapakah usia Nabi Muhammad S.A.W. ketika datuk baginda, Abdul Muttalib meninggal dunia?
a)
6 tahun
b)
7 tahun
c)
8 tahun
d)
9 tahun
39.
Siapakah nama ayahanda Nabi Muhammad S.A.W.?
a)
Ali Bin Abu Talib
b)
Uthman Bin Affan
c)
Abdullah Bin Abdul Muttalib
d)
Umar Bin AL-Khattab
40.
Siapakah nama anak lelaki Nabi Muhammad S.A.W. hasil perkongsian hidup baginda dengan isterinya bernama Mariah Al-Qibtiah?
a)
Zakaria
b)
Ibrahim
c)
Musa
d)
Hassan
41.

Sumber utama akidah Islam ialah x dan y . X dan Y ialah

a)

A. X : Al-Quran, Y : Ijmak

b)

B. X : As-Sunnah Y : Al-Qiyas

c)

C. X : Rukun Iman, Y : Rukun Islam

d)

D. X : Al-Quran, Y : Hadis

42.

Ayat ke 17 daripada Surah Al-Maidah ini menunjukkan bahawa

a)

A. Allah Maha Kaya dan Pemberi Rezeki

b)

B. Allah Maha Berkuasa terhadap langit dan bumi

c)

C. Allah Maha Mengetahui segala apa yang ada di langit dan di bumi

d)

D. Allah Maha Pencipta, Pemilik , Pentadbir dan Penguasa alam yang berhak disembah

43.

Kassim sedang mengembara di dalam hutan dan dia ingin beristinjak. Sekiranya tiada air mutlak yang boleh Kassim gunakan untuk beristinjak, apakah alat lain yang boleh dia gunakan?

a)

A. Daun kering yang gugur daripada pohon

b)

B. Tulang burung yang kering

c)

C. Batu sungai yang licin

d)

D. Air tadahan di dalam tempurung kelapa yang telah tercemar dengan najis kancil

44.

Solat secara berjemaah lebih afdhal daripada solat bersendirian dengan kelebihan ... darjat.

a)

25

b)

26

c)

27

d)

28

45.

Menghimpunkan dua solat fardhu dalam satu waktu. Pernyataan ini merujuk kepada maksud...

a)

Solat Jamak

b)

Solat Qasar

c)

Solat Fardhu

d)

Solat Jamak dan Qasar

46.

Puasa dari sudut bahasa bermaksud...

a)

Tidak makan dan minum

b)

Menahan diri

c)

Tidak melakukan perkara yang membatalkannya

d)

Menunaikan Rukun Islam

47.

Solat sunat yang dilaksanakan sebagai penutup bagi solat malam ialah solat...

a)

Solat Witir

b)

Solat Tarawih

c)

Solat Rawatib

d)

Solat Tahajud

48.

Bilangan rakaat bagi solat sunat witir.

a)

1 rakaat

b)

3 rakaat

c)

11 rakaat

d)

15 rakaat

49.

Apakah sumber hukum KEDUA dalam Islam?

a)

Al-Quran

b)

Hadis

c)

Qiyas

d)

Ijma' Ulama

50.

Berikut merupakan kitab hadis yang menjadi rujukan utama KECUALI...

a)

Sahih Al-Bukhari

b)

Sahih Muslim

c)

Sahih Abu Bakar

d)

Sunan Ibni Majah

51.

Yang manakah maksud hadis dari segi ISTILAH?

a)

Sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah sama ada berbentuk percakapan, perbuatan, pengakuan atau persetujuan dan sifat.

b)

Sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Adam sama ada berbentuk percakapan, perbuatan, pengakuan atau persetujuan dan sifat.

c)

Sesuatu yang disandarkan kepada Khalifah Abu Bakar sama ada berbentuk percakapan, perbuatan, pengakuan atau persetujuan dan sifat.

52.

Berdasarkan hadis di bawah, yang manakah SANAD?


Dari Muhammad yang diterima dari Abu Salamah yang diterimanya dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda; “Seandainya tidak memberatkan terhadap umatku, niscaya aku suruh mereka untuk bersiwak (menggosok gigi) setiap akan melakukan solat."

a)

Rasulullah SAW bersabda

b)

“Seandainya tidak memberatkan terhadap umatku, niscaya aku suruh mereka untuk bersiwak (menggosok gigi) setiap akan melakukan solat.

c)

Dari Muhammad yang diterima dari Abu Salamah yang diterimanya dari Abu Hurairah.

d)

Dari Muhammad yang diterima dari Abu Salamah yang diterimanya dari Abu Hurairah. bahawa Rasulullah SAW bersabda; “Seandainya tidak memberatkan terhadap umatku, niscaya aku suruh mereka untuk bersiwak (menggosok gigi) setiap akan melakukan solat.

53.

Berikut adalah peranan Hadis KECUALI....

a)

Menguatkan hukum yang terdapat dalam Al-Quran

b)

Menolak dalil dari Al-Quran

c)

Memperincikan isi kandungan Al-Quran

d)

Menjelaskan hukum yang tiada dalam Al-Quran

54.

Hadis QUDSI adalah _____________

a)

Makna dan lafaz daripada Allah

b)

Makna daripada Allah dan lafaz daripada Rasulullah

c)

Makna dan lafaz daripada Rasulullah

55.
AL-QURAN adalah _____________
a)
Makna dan lafaz daripada Allah
b)
Makna daripada Allah dan lafaz daripada Rasulullah
c)
Makna dan lafaz daripada Rasulullah
56.

Sesuatu perkara yang digalakkan untuk ditinggalkan dan mendapat pahala jika ditinggalkan

a)

wajib

b)

sunat

c)

makruh

d)

harus

57.

Hukum membaca Al Quran dengan bertajwid adalah ...............................

a)

wajib

b)

sunat

c)

harus

58.

Istilah-istilah di bawah adalah benar KECUALI ........................

a)

الجوف : Rongga

b)

اللسان : Lidah

c)

الحلق : Kerongkong

d)

الخيشوم : Dua bibir

59.

Sifat Iblis ialah...........................................

a)

Melakukan segala perintah Allah

b)

Tidak melanggar perintah Allah

c)

Tunduk hormat kepada Nabi Adam

d)

Bersifat sombong dan takabur

60.

Berikut adalah cara syaitan menyesatkan manusia kecuali

a)

Menghasut manusia meninggalkan suruhan Allah

b)

Menimbulkan perasaan was-was

c)

Menimbulkan perasaan riyak semasa beramal

d)

Mengajak manusia melakukan kebaikan

61.

Terdapat ........................jenis hukum dalam Islam

a)

4

b)

6

c)

5

d)

7

62.

Apakah gelaran Nabi Muhammad SAW?

a)

Al-Amin

b)

Abu Turab

c)

Saifullah

63.

Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada ___________ di _____________.

a)

1 Muharram Tahun Gajah, Madinah

b)

12 Muharram Tahun Gajah, Mekah

c)

1 Rabiulawal Tahun Gajah, Madinah

d)

12 Rabiulawal Tahun Gajah, Mekah

64.

Nabi mempunyai ____________ orang anak semasa perkahwinannya dengan Khadijah.

a)

6

b)

7

c)

8

65.

Nabi berketurunan______________.

a)

Bani Saad

b)

Bani Hashim

c)

Bani Umaiyah

66.

Sebelum berdagang ke Syam, Nabi SAW telah __________ pada umur baginda 20 tahun.

a)

Bertani

b)

Berdakwah

c)

Mengembala kambing

d)

Berkahwin

67.

Siapakah yang membantu baginda SAW berdagang ke Syam?

a)

Zaid

b)

Umar

c)

Ali

d)

Maisarah

68.

Nabi SAW telah dipilih untuk memberikan kata putus tentang peristiwa peletakan Hajarul Aswad selepas peristiwa banjir di Mekah kerana?

a)

Nabi SAW pandai berniaga

b)

Nabi berketurunan Bani Hashim

c)

Nabi adalah orang yang pertama memasuki pintu Bani Syaibah

d)

Nabi SAW adalah Rasul utusan Allah SWT.

69.

Nabi SAW telah menerima wahyu di _____________ pada usia baginda _________.

a)

Gua Thur …. 30 tahun

b)

Gua Hira’ ….. 40 tahun

c)

Jabal Nur …… 40 tahun

d)

Jabal Uhud …… 30 tahun

70.

Apakah wahyu pertama yang diturunkan dan intipatinya?

a)

Surah Al-Alaq ayat 1-5 ….. Arahan membaca

b)

Surah Al-Alaq ayat 1-10 ….. Arahan menulis

c)

Surah Al-Insan ayat 1-5 ….. Arahan membaca

d)

Surah Al- Ikhlas ayat 1-3 ….. mengesakan Allah

71.

Nabi telah berdakwah di Mekah selama __________ sebelum berhijrah ke Madinah dan berdakwah di sana selama ___________

a)

10 tahun…. 13 tahun

b)

13 tahun ….. 10 tahun

c)

10 tahun ….. 10 tahun

d)

13 tahun ….. 13 tahun

72.

Siapakah sahabat yang menemani Nabi SAW berhijrah ke Madinah?

a)

Ali

b)

Abu Bakar

c)

Uthman

d)

Umar al-Khattab

73.

Apakah Masjid pertama yang dibina Nabi SAW ketika sampai ke Yathrib

a)

Masjidil Haram

b)

Masjid Nabawi

c)

Masjid Quba’

d)

Masjid al-Aqsa

74.

Berikut adalah asas kepada pemerintahan Nabi SAW berteraskan wahyu di Madinah kecuali

a)

Mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar

b)

Membina masjid

c)

Menggubal piagam Madinah

d)

Berperang dengan Musyrikin Mekah

75.

Berikut adalah peperangan yang disertai Nabi dalam mempertahankan Madinah KECUALI

a)

Perang Jamal

b)

Perang Uhud

c)

Perang Khaibar

d)

Perang Badar

76.

Pilih pernyataan yang betul tentang hikmah berwudhu

a)

Membersihkan anggota yang terdiri daripada terdedah kepada kekotoran

b)

Menghapuskan dosa-dosa kecil

c)

Menghapuskan dosa-dosa besar

d)

Mendapat kemarahan Allah

77.

Amanah dari segi istilah ialah setiap sesuatu yang ________________ dalam urusan harta benda, kehormatan dan kerahsiaan

a)

dipertanggungjawabkan

b)

diabaikan

c)

dipermainkan

78.

Dalil berkaitan amanah, firman Allah SWT di dalam surah __________ :


إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا

a)

Yusuf : ayat 54

b)

An naml : ayat 39

c)

An nisa' : ayat 58

79.

3 kepentingan sifat amanah ada di pernyataan bawah kecuali :

a)

Tanda orang beriman

b)

Tidak dipercayai dan disenangi

c)

Mudah melintasi titian sirat

d)

Pengurusan baik dan lancar

80.

2 Cara mengamalkan sifat amanah terhadap masyarakat di pernyataan bawah kecuali:

a)

Menghormati jiran, guru, rakan, dan masyarakat sekeliling

b)

Menyertai program kemasyarakatan

c)

Memecah-belahkan keharmonian masyarakat

81.

2 Cara mengamalkan sifat amanah terhadap keluarga pada pernyataan bawah kecuali :

a)

Memusuhi adik-beradik

b)

Bertanggungjawab terhadap amanah keluarga

c)

Taat kepada ibu bapa

82.

Pilih ciri-ciri pelajar yang tidak amanah :

a)

Suka ponteng kelas

b)

Tidak melaksanakan tugasan yang diberikan oleh guru

c)

Berdisiplin dan menepati waktu

d)

Belajar dengan bersungguh-sungguh

83.

Orang yang mengkhianati amanah tergolong dalam kalangan orang _____________.

a)

Mukmin

b)

Munafiq

c)

Musyrik

84.

Nyatakan nama surah yang tidak diharuskan membaca Basmalah ketika memulakan bacaan?

a)

Surah an Nur

b)

Surah ad Dukhan

c)

Surah at Taubah

d)

Surah al Mulk

85.

Antara yang berikut yang manakah huruf izhar halqi

a)

ق,ط,ب,ج,د

b)

ء,ه,ع,ح,غ,خ

c)

ي,و,م,ن

d)

م,ب

86.

Berapakah jumlah huruf ikhfa' hakiki?

a)

12

b)

15

c)

9

d)

13

87.

Allah SWT ___________________ alam mengikut kehendak dan kebijaksanaan-Nya.

a)

membahagi

b)

mentadbir

c)

memimpin

d)

mengetahui

88.

لَّهُۥ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۗ bermakna _____________________ .

a)

Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat di sisiNya melainkan dengan izin-Nya

b)

Allah pelindung bagi orang yang beriman

c)

Dan taiadalah menjadi keberatan kepada Allah SWT menjaga kedua-duanya

d)

Dia meliputi segala yang ada di langit dan di bumi

89.

Islam ialah agama yang mementingkan ________________ dan keyakinan, bukan agama paksaan.

a)

kerohanian

b)

kesucian

c)

ketulusan

d)

kefahaman

90.

Tandakan kalimah-kalimah di bawah yang berkaitan dengan ا ل شمسية ?

a)

ٱلنَّارِ

b)

ٱلۡعَظِيمُ

c)

ٱلۡوُثۡقَىٰ

d)

ٱلظُّلُمَٰتِۗ

91.

Pilih kalimah di bawah yang menepati ا ل قمرية ?

a)

ٱلسَّمَٰوَٰتِ

b)

ٱلرُّشۡدُ

c)

ٱلۡأَرۡضَۖ

d)

ٱلۡوُثۡقَىٰ

92.

Orang yang berilmu menjadi pewaris para ________________.

a)

Pemimpin

b)

Pemerintah

c)

Nabi

d)

Guru

93.

Salah satu akibat tidak beradab ketika menuntut ilmu ialah _______________ mengingati ajaran guru.

a)

Teruk

b)

Susah

c)

Mudah

d)

Pecah

94.

Orang yang beradab ketika menutut ilmu hendaklah ber________________ dengan ilmu yang dipelajarinya.

a)

Amali

b)

Ingat

c)

Kesan

d)

Amal

95.

Berapakah bilangan rasul yang wajib diketahui?

a)

20

b)

15

c)

24

d)

25

96.

pengertian jihad ialah

a)

bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara

b)

menentang musuh

c)

menggunakan seluruh kemampuan yang dimiliki untuk menegakkan agama Allah

d)

menyertai peperangan

97.

Yang manakah ilmu Fardhu Kifayah?

a)

Ilmu Tauhid

b)

Ilmu Feqah

c)

Ilmu Akhlak

d)

Ilmu Ekonomi

98.

........ gelaran bagi Umar Al-Khattab

a)

As-Siddiq

b)

Saifullah

c)

Zinnura'in

d)

Al-Faruq

99.

Bagaimanakah Khalifah Umar meluaskan empayar islam?

a)

Membina kota pertahanan

b)

Menjatuhkan empayar Rom

c)

Melatih tentera islam

d)

Melantik panglima islam yang hebat

100.

Perkataan jahiliyyah berasal daripada perkataan jahala yang bermaksud _____________.

a)

Tidak tahu, bodoh

b)

Tidak peduli, cuai

c)

buta, tuli