WorksheetsKuiz Reka Bentuk Landskap (PSV T3)
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Seni menghias suatu pemandangan yang boleh dilihat yang melibatkan ruang di luar rumah yang meliputi elemen semula jadi dan buatan manusia ialah...
Reka bentuk dalaman
Seni arca
Reka bentuk landskap
Reka bentuk produk
Satu paradigma bagi penyatuan sesebuah projek reka bentuk yang selalunya dianggap sebagai tema juga dikenali sebagai...
konsep
elemen lembut
elemen keras
proses
Antara berikut yang manakah merupakan elemen lembut dalam reka bentuk landskap?
Tumbuhan
Bangku simen
Tiang lampu
Pemijak kaki
Antara berikut, yang manakah BUKAN fungsi tumbuhan dalam reka bentuk landskap?
Melembutkan garisan keras
Menghasilkan tekstur yang menarik
Menghasilkan bunyi
Menambahkan warna
Yang berikut yang manakah BUKAN merupakan contoh landskap keras?
Arca
Bangku simen
Bonsai
Lampu
Fungsi air dalam reka bentuk landskap merangkumi semua pernyataan berikut KECUALI...
Menghasilkan bunyi
Menyejukkan persekitaran
Tempat rekreasi seperti memancing dan bersampan
Merupakan elemen keras dan bersifat tetap
Apakah langkah pertama dalam proses reka bentuk landskap?
Menentukan tema dan fungsi landskap
Membuat lakaran tapak landskap
Membuat lukisan perspektif pelbagai sudut
Mengkaji keadaan fizikal bentuk muka bumi
Salah satu landskap semula jadi ialah...
Bukit
Air pancut
Pintu gerbang
Batu pemijak
Jannah ialah seorang pereka landskap. Jannah ingin mengetahui karakter, aktiviti yang disukai dan bahan yang disukai atau tidak disukai oleh seorang pelanggan. Jannah perlu...
Menghasilkan pelan konsep
Menghasilkan model 3D
Membuat pembangunan program
Membuat analisis pelanggan
Konsep ini mempunyai susunan yang teratur dan tema umum taman ialah kawasan teduhan, air dan taman syurga. Konsep yang dijelaskan ialah...
Konsep Islam
Konsep Taman Melayu
Konsep Bali
Konsep Jepun
Konsep Taman Melayu mempunyai semua ciri yang berikut KECUALI...
Pokok dalam taman ini berunsurkan pokok herba
Binaan wakaf atau gazebo dalam taman ini mempunyai ukiran bermotifkan flora
Taman ini mempunyai pagar atau dinding yang diperbuat daripada batu
Taman ini mempunyai laman yang bersifat terbuka
Taman yang mempunyai tanglung batu, kolam, batu pemijak kaki dan seni Zen biasanya berkonsepkan...
Konsep Jepun
Konsep Islam
Konsep Bali
Konsep Inggeris
Saya baru sahaja melawat suatu taman yang dipenuhi bunga yang berwarna-warni. Semasa di sana, saya duduk di atas bangku simen dan meneliti arca di tengah-tengah taman ini. Apakah konsep reka bentuk landskap taman tersebut?
Konsep Inggeris
Konsep Jepun
Konsep Bali
Konsep Islam
Apakah tujuan penghasilan model landskap yang berbentuk 3D?
Menguji ruang, skala unsur dan elemen landskap yang digunakan
Membuat penyelidikan dan persediaan maklumat seperti tujuan dan lokasi
Meneliti kedudukan dan keadaan di sekeliling tapak yang dipilih
Mengalisis dan menyusun tugasan
Konsep taman tropika yang diaspirasikan daripada suatu pulau di Indonesia biasanya mempunyai...
arca moden
patung Buddha
seni Zen
bunga yang berwarna-warni
