wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Kesihatan

Total questions: 27

Worksheet time: 27mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud Talasemia?

a)

Penyakit kronik disebabkan oleh serangan terhadap jantung secara mendadak dan berterusan.

b)

Penyakit genetik yang melibatkan ketidaknormalan hemoglobin (hemoglobin disorder) secara genetik iaitu anak mendapat gen talasemia daripada ibu-bapa.

c)

Penyakit genetik yang melibatkan ketidaknormalan bentuk tulang secara genetik melalui ibu bapa

d)

Penyakit yang disebabkan oleh kegagalan buah pinggang berfungsi dengan baik akan pemakanan tidak seimbang.

2.

Pilih penyataan yang salah mengenai penyakit Talasemia

a)

Terbahagi kepada dua jenis iaitu Talasemia minor dan Talasemia major

b)

Rawatan penyingkiran zat besi dan kekerapan rawatan bergantung kepada tahap pengumpulan zat besi dalam badan.

c)

Hemoglobin yang tinggi dan sel darah merah pada pesakit boleh menyebabkan anemia

d)

Pembawa gen talasemia minor boleh dikesan melalui ujian darah

3.

Antara berikut yang manakah BUKAN tanda-tanda penyakit Talasemia?

a)

Pertumbuhan perlahan dan terbantut

b)

Kekejangan otot

c)

Jaundis

d)

Kecacatan tulang muka

4.

Talasemia Minor - kedua-dua ibu bapa yang mempunyai gen talasemia sepenuhnya kemungkinan melahirkan bayi berpenyakit talasemia.

a)

BETUL

b)

SALAH

5.

Manakah antara berikut BUKAN kesan Talasemia kepada keluarga

a)

Peruntukan kewangan untuk perbelanjaan kos perubatan

b)

Pemindahan sum-sum tulang

c)

Tekanan dan gangguan emosi

d)

Keluarga berpecah belah

6.

Berikan 1 kepentingan pengesanan awal dan rawatan pesakit Talasemia

(a)  

7.

Apakah itu suplemen?

a)

Makanan tambahan bagi melengkapkan diet

b)

Makanan yang diambil selepas makan

c)

Makanan yang berbentuk seperti ulam-ulaman

d)

Makanan yang dimakan 5 kali setiap hari

8.

Supplement hanya boleh dimakan dengan preskripsi...

a)

doktor

b)

nurse

c)

ahli farmasi

d)

diri sendiri

9.

Antara yang berikut, pilih 3 jawapan yang merupakan tujuan utama pengambilan suplemen?

a)

Meningkatkan imuniti badan

b)

Melengkapkan diet normal

c)

Menyingkirkan lemak dari dalam badan

d)

Menyingkirkan toksin dari dalam badan

10.

Apakah peranan Taurina?

a)

Menjana tenaga kepada tubuh badan

b)

Merawat sel kulit mati dengan pantas

c)

Melindungi sel darah merah

11.

Pengambilan suplemen ini mampu meningkatkan imuniti badan.

a)

Antibiotik

b)

Probiotik

c)

Multivitamin

d)

Antioksidan

12.

Pengambilan suplemen atas diagnosis sendiri digalakan.

a)
b)
13.

Antara berikut merupakan suplemen yang merbahaya kepada kesihatan kita KECUALI .......................

a)

Pil kurus

b)

Pil Tidur

c)

Pil Pemutih

d)

Vitamin C

14.

Antara berikut yang manakah bukan kesan buruk akibat pengambilan suplemen?

a)

Menyebabkan kesan advers iaitu tekanan darah rendah, serangan jantung dan mati mengejut

b)

Kerosakan organ dalaman seperti otak, buah pinggang dan hati

c)

Masalah mental apabila terlalu obses dengan produk kecantikan

d)

Menjadi lebih yakin pada diri sendiri

15.

Apakah makanan yang perlu diambil dalam kuantiti yang paling sedikit?

a)

Lemak, minyak dan gula

b)

Buah-buahan

c)

Sayur-sayuran

d)

Nasi, mee, roti, produk bijirin

16.

Manakah makanan yang tidak membekalkan tenaga?

a)
b)
c)
d)
17.

Apakah kepentingan pengambilan makanan yang mengandungi protein?

a)

membaiki tisu badan yang rosak dan membina sel baru untuk pertumbuhan

b)

sumber tenaga utama

c)

membantu mengekalkan suhu badan

d)

dapat melindungi organ badan seperti jantung dan ginjal

18.

Pengambilan suplemen secara berlebihan akan menyihatkan buah pinggang

a)

Betul

b)

Salah

19.

Apakah maksud CPR?

a)

Cardiopulmonary Pulse Respiratory

b)

Cardiography Pulmonary Respiratory

c)

Cardiopulmonary Resuscitation

d)

Cardiography Pulsitation Respiratory

20.

Pertolongan cemas merupakan tindakan awal yang perlu diambil oleh seseorang untuk......

a)

menyelamatkan nyawa mangsa dalam situasi mengejut serta memerlukan tindakan serta-merta dan pantas.

b)

menyelamatkan nyawa mangsa dalam situasi jantung terhenti secara tiba-tiba sahaja dan memerlukan tindakan segera.

c)

menyelamatkan nyawa mangsa dalam situasi mendadak pengsan sahaja dan memerlukan tindakan memanggil ambulans dengan segera.

d)

menyelamatkan nyawa mangsa dalam situasi kecemasan dan hanya doktor yang boleh menjalankan CPR ini.

21.

Mangsa yang memerlukan CPR kebiasaannya terdiri daripada..........

a)

pesakit yang tiada masalah jantung

b)

pesakit yang mengalami masalah perut

c)

pesakit yang mengalami masalah jantung secara tiba-tiba

d)

pesakit yang mengalami demam

22.

Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) terdiri daripada perkataan di bawah KECUALI.....

a)

Cardio (Jantung)

b)

Pulmonary (Paru-paru)

c)

Heart (Hati)

d)

Resuscitation (Pemulihan)

23.

Prinsip dan prosedur CPR terdiri daripada D.R.A.B.C + E iaitu semua di bawah KECUALI....

a)

Danger (BAHAYA)

b)

Responsible (BERTANGGUNGJAWAB)

c)

Airways (Laluan Pernafasan)

d)

Breathing (PERNAFASAN)

24.

Pilih salah satu prosedur ECC (External Cardiac Compression) yang BETUL.

a)

Periksa nadi mangsa. Jika tiada, biarkan sahaja.

b)

Letakkan kedua-dua tangan di atas perut mangsa agar selesa.

c)

Ulang langkah 1 dan 2 sehingga mangsa sedar.

d)

Luruskan kedua-dua lengan hingga paras bahu dengan mencondongkan badan ke depan.

25.

Murid - murid di sekolah boleh mempelajari teknik CPR secara tepat, betul dan berkesan melalui cara berikut KECUALI...

a)

mengikuti kursus CPR anjuran sekolah atau pihak luar

b)

menonton video di Youtube tanpa sebarang bimbingan ilmu dan guru

c)

mempelajari teknik CPR semasa menjadi ahli Bulan Sabit Merah Malaysia dan dianugerahkan sijil kelayakan

d)

mengambil jurusan perubatan dan mendalami ilmu CPR di tempat pengajian

26.

Salah satu prosedur CPR adalah mengesan nadi mangsa. Teknik mengesan nadi ini dapat dilaksanakan menggunakan perkara berikut KECUALI...

a)

memeriksa denyutan nadi di pergelangan tangan.

b)

memeriksa denyutan nadi di jantungnya menggunakan stetoskop.

c)

memeriksa denyutan nadinya di bahagian jantung menggunakan mikroskop.

d)

memeriksa denyutan nadi di bahagian leher.

27.

Anda mendapati rakan anda pengsan secara tiba - tiba semasa melaksanakan acara sukan di sekolah. Setelah mengesan kadar nadi dan pernafasannya, keadaannya kelihatan normal. Adakah anda perlu melakukan CPR terus kepadanya?

a)

Ya

b)

Tidak