WorksheetsSains Kertas 1
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
Rajah 1 menunjukkan sejenis interaksi antara dua organisma.
Apakah jenis interaksi itu?
Komensalisme
Mutualisme
Parasitisme
Persaingan
Rajah 2 menunjukkan dua jenis haiwan.
Bagaimanakah dua haiwan itu memastikan kemadirian spesies masing-masing?
Bertelur banyak
Melindungi telur dengan lapisan berlendir
Menyembunyikan telur di bawah batu
Menyerang pemangsa yang menghampiri telur
Rajah 3 menunjukkan satu siratan makanan di sebuah ladang.
Apakah yang akan berlaku sekiranya bilangan tikus bertambah?
Bilangan ular akan berkurang
Bilangan pokok jagung akan berkurang
Pokok jagung dapat menghasilkan buah yang banyak
Bilangan burung akan bertambah
Rajah 4 menunjukkan satu penyiasatan tentang proses fotosintesis. Dua tumbuhan berpasu diletakkan di luar rumah dan disiram dengan air. Tumbuhan K tidak dapat menjalankan fotosintesis tetapi tumbuhan L dapat menjalankan fotosintesis.
Apakah yang diperlukan oleh tumbuhan K untuk menjalankan proses
fotosintesis?
Air
Cahaya matahari
Karbon dioksida
Klorofil
Jadual 1 menunjukkan masa yang diambil oleh objek yang sama tinggi untuk tumbang apabila ditolak dengan daya yang sama.
Carta palang manakah yang mewakili kestabilan objek?
Rajah 5 menunjukkan satu penyiasatan tentang organ pernafasan seekor pepatung.
Bahagian abdomen seekor pepatung dimasukkan ke dalam air. Didapati pepatung tersebut mati selepas 10 minit. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan pemerhatian ini?
Pepatung itu akan mati selepas 10 minit
Pepatung itu tidak dapat berenang di dalam air
Pepatung itu bernafas melalui peparu
Pepatung itu bernafas melalui spirakel di bahagian abdomen
Rajah 6 menunjukkan alat pengukur untuk mengukur garis lengkung.
Aktiviti manakah yang paling sesuai dilakukan dengan menggunakan alat pengukur itu?
Mengukur diameter bola keranjang
Mengukur ketebalan pokok
Mengukur lilitan batang pokok
Mengukur panjang tingkap
Jadual 2 menunjukkan jarak penyebaran biji benih daripada pokok induknya.
Antara yang berikut, carta palang yang manakah mewakili persaingan antara anak pokok dengan pokok induknya?
Rajah 7 menunjukkan satu spesies haiwan yang terancam.
Apakah sebab utama yang mengakibatkan bilangan spesies haiwan itu semakin berkurang?
Tumpahan minyak
Kenaikan suhu air laut
Ribut taufan
Kehilangan tempat untuk bertelur
Rajah 9 menunjukkan satu litar eletrik.
Bagaimanakah mentol-mentol dapat menyala dengan lebih terang?
Menyambungkan mentol-mentol secara selari
Menambahkan bilangan mentol
Menggunakan wayar yang lebih panjang
Menambahkan bilangan suis dalam litar
Rajah di bawah menunjukkan tiga jenis tanah yang digunakan dalam satu penyiasatan.
Carta palang manakah yang menunjukkan isi padu air yang betul di dalam silinder selepas 200 ml air dituangkan ke dalam setiap jenis tanah?
Rajah di bawah menunjukkan seorang pemanah menarik anak panah.
Apakah perubahan tenaga yang terlibat apabila pemanah itu melepaskan anak panah?
Tenaga kinetik → tenaga kimia → tenaga keupayaan
Tenaga kimia → tenaga keupayaan → tenaga kinetik
Tenaga kimia → tenaga kinetik → tenaga keupayaan
Tenaga keupayaan → tenaga kinetik → tenaga bunyi
Rajah di bawah menunjukkan sebuah kapal terbang.
Pernyataan manakah yang menerangkan daya M yang bertindak pada permukaan kapal terbang itu?
Daya M dapat mempercepat kelajuan kapal terbang
Bentuk aerodinamik kapal terbang dapat meningkatkan daya M
Daya M ialah rintangan udara di sepanjang permukaan kapal terbang
Daya M wujud pada arah yang sama dengan arah gerakan kapal terbang
Rajah dibawah menunjukkan sebatang straw diletakkan di dalam sebuah gelas yang berisi air. Amani mendapati straw itu kelihatan bengkok.
Mengapakah pemerhatian ini terjadi?
Cahaya dibiaskan
Cahaya tidak boleh menembusi objek legap
Cahaya dipantulkan
Cahaya bergerak lurus
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘daya’?
Daya ialah jarak yang dilalui oleh objek
Daya ialah tahap kepanasan atau kesejukan sesuatu objek
Daya ialah cepat atau lambat sesuatu objek bergerak
Daya ialah tarikan atau tolakan yag bertindak ke atas sesuatu objek
Rajah di bawah menunjukkan satu aktiviti.
Antara berikut aktivti manakah yang melibatkan daya yang sama seperti aktiviti di atas?
Memaku dinding
Mengemop lantai
Menolak troli
Membuka laci
Azmil mendapati mentol yang digunakan dalam penyiasatannya semakin malap. Apakah yang harus dilakukan oleh Azmil supaya mentol itu lebih cerah?
Gantikan dengan mentol yang lebih besar
Gantikan wayar penyambung
Gantikan suis
Tambahkan bilangan sel kering
Rajah 13 menunjukkan sejenis jeruk.
Apakah yang menyebabkan jeruk boleh tahan lebih lama?
Suhu tinggi telah membunuh kebanyakan bakteria
Air daripada makanan telah disingkirkan
Botol tidak mengandungi udara
Mempunyai keasidan dan kepekatan gula yang tinggi
Rajah di bawah menunjukkan Rizwan sedang bermain karom.
Apakah yang boleh dilakukan oleh Rizwan supaya buah karom bergerak dengan lebih mudah di atas papan karom?
Tabur tepung asid borik di atas papan karom
Letak pelapik anti gelincir dibawah papan karom
Jemur buah karom di bawah kipas
Tuang gris di atas papan karom
Maklumat di bawah menunjkkan urutan perubahan keadaan tenaga bagi satu alat yang sering digunakan dalam kehidupan seharian.
Antara yang berikut, dalam alat manakah perubahan keadaan tenaga ini
berlaku?
Suzy membawa bersama kameranya semasa mengikut aktiviti berakit di sebatang sungai. Dia menyimpan kamera itu di dalam sebuah beg dan mendapati kameranya tidak basah. Apakah jenis bahan yang digunakan untuk membuat beg itu?
Kapas
Kayu
Kulit
Kain sintetik
Maklumat di bawah menerangkan ciri buruj Q.
- Segugusan bintang yang membentuk corak menyerupai seorang pemburu dengan pedang
- Menunjukkan arah Kutub Utara
Biduk
Belantik
Pari
Skorpio
Rajah di bawah menunjukkan sejenis makanan yang diawet secara pemasinan.
Apakah yang menyebabkan ikan itu tahan lebih lama?
Terdapat perisa tambahan yang ditambah pada ikan itu
Garam yang ditambah menyingkirkan air daripada ikan
Terdapat kelembapan dalam ikan
Tiada udara di dalam ikan tersebut
Rajah di bawah menunjukkan pengurusan bahan buangan secara terancang.
Apakah P dalam rajah di atas?
Dibakar secara terbuka
Dihantar ke kilang pemprosesan untuk dikitar semula
Dihantar ke tapak pelupusan sampah untuk dilupuskan
Dibuang ke dalam sungai
Rajah di bawah menunjukkan beberapa makanan yang diawet secara pengetinan.
Apakah yang menyebabkan makanan itu tahan lebih lama?
Tiada udara di dalam tin
Tiada air di dalam tin
Terdapat bahan-bahan semulajadi di dalam tin
Terdapat perisa tambahan di dalam tin
Apakah sifat sepunya bagi cecair dan gas?
Mempunyai jisim
Mempunyai isi padu yang tetap
Mempunyai bentuk yang tetap
Boleh dimampatkan
Ain menghadapi kesukaran mendengar degupan jantung Fatimah. Alat manakah yang sesuai digunakan untuk mengatasi masalahnya?
Kaleidoskop
Mikroskop
Stetoskop
Periskop
Maklumat yang berikut adalah tentang planet Z.
- Planet kedua dari Matahari
- Kebanyakan udaranya ialah karbon dioksida
- Suhu permukaannya boleh mencapai sehingga 480℃
Utarid
Zuhrah
Zuhal
Marikh
Rajah di bawah menunjukkan bayang-bayang sebatang tiang yang terbentuk pada waktu berlainan.
Bayang-bayang manakah yang terbentuk pada pukul 5 petang?
J
K
L
M
Rajah di bawah menunjukkan empat kumpulan makanan.
Antara yang berikut, yang manakah fungsi utama makanan dalam kumpulan R ?
Mencegah penyakit
Membantu tumbesaran
Membantu menjaga kesihatan
Memberi tenaga
Rajah di bawah menunjukkan perkembangan teknologi dalam bidang pengangkutan udara.
Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan urutan yang betul tentang perkembangan teknologi dalam bidang pengangkutan udara?
Y, W, Z, X
Y, W, X, Z
W, Z, Y, X
W, Y, Z, X
Pernyataan berikut ialah maklumat tentang tiga planet dalam Sistem Suria.
P - Planet yang paling dekat dengan Matahari
Q - Planet yang paling cantik
R - Planet yang paling jauh dan sejuk dalam Sistem Suria
A
B
C
D
Rajah di bawah menunjukkan tiga reka cipta dalam teknologi moden.
Apakah persamaan tentang reka cipta dalam teknologi moden di atas?
Memudahkan perjalanan
Menyebabkan pencemaran udara
Meningkatkan kualiti kesihatan manusia
Menjimatkan masa
Rajah di bawah menunjukkan tayar kereta yang pancit.
Mesin manakah yang paling sesuai untuk menjadikan kerja menukar tayar lebih mudah?
Rajah di bawah menunjukkan beberapa kotak berisi barang yang perlu dimasukkan ke dalam lori oleh dua orang pekerja.
Apakah cara yang terbaik yang boleh digunakan untuk menjadikan kerja itu lebih mudah?
Menggunakan roda dan gandar
Menggunakan satah condong
Menggunakan kren
Menggunakan tuas
Rajah di bawah menunjukkan sekaki payung bazar.
Apakah yang perlu dilakukan untuk meningkatkan kestabilan payung bazar itu?
Menambah bilangan kaki payung
Merendahkan kedudukan kanopi payung
Meninggikan kedudukan kanopi payung
Menggantikan kaki payung itu dengan logam yang lebih kuat
Antara yang berikut yang manakah menunjukkan urutan peringkat kejadian gerhana Matahari yang betul?
A
B
C
D
Rajah dibawah menunjukkan lengan manusia.
Apakah P, Q dan R?
P - Beban, Q - Daya, R - Fulkrum
P - Fulkrum, Q - Daya, R - Beban
P - Beban, Q - Fulkrum, R - Daya
P - Daya, Q - Beban, R - Fulkrum
Rajah 25 menunjukkan empat kaedah yang digunakan oleh manusia untuk membajak.
Pilih urutan yang betul tentang perkembangan teknologi itu.
X, Y, W, Z
X, W, Y, Z
Y, X, W, Z
W, X, Y, Z
Rajah dibawah menunjukkan seorang pekerja sedang mengangkat batubata ke tingkat atas bangunan.
Apakah mesin ringkas yang boleh digunakan untuk lebih memudahkan kerja yang ditunjukkan di atas?
Skru
Baji
Gear
Takal
