wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Unit 15: Patuhi Peraturan Sekolah

Total questions: 28

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Amy membawa surat cuti sakit daripada doktor selepas tidak hadir ke sekolah selama tiga hari untuk diserahkan kepada guru kelasnya.

a)

BETUL

b)

SALAH

2.

Apakah kesan sekiranya TIADA peraturan sekolah?

a)

suasana sekolah menjadi aman

b)

persekitaran sekolah kotor dan sampah merata-rata

c)

keselamatan terjamin

d)

tiada masalah kecurian berlaku

3.

Berikut adalah kepentingan peraturan sekolah, kecuali

a)

Membentuk akhlak murid yang terpuji dan berdisiplin

b)

Mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan hidup warga sekolah

c)

Tiada perpaduan antara kaum

d)

Melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas

4.

Antara yang berikut, yang manakah contoh peraturan sekolah yang betul?

a)

Penampilan yang kemas dan lengkap

b)

Hadir ke sekolah lewat

c)

Tidak menghormati warga sekolah

d)

Membuli rakan

5.

Berikut merupakan akibat melanggar peraturan sekolah, kecuali

a)

Diminta berjumpa dengan launselor untuk sesi kaunseling

b)

Dilibatkan dalam program dan ceramah yang berkaitan dengan pembentukan sahsiah

c)

Digantung atau dibuang sekolah

d)

Sekolah tidak mengambil sebarang tindakan salah laku

6.

Apakah kesan sekiranya kita tidak mematuhi peraturan sekolah?

a)

Nama baik keluarga terjaga

b)

Dihormati orang

c)

Dikenakan hukuman

d)

Berasa gembira dan bangga

7.

Ahmad _______________kerana tidak mematuhi peraturan sekolah.

a)

disayangi

b)

dihukum

c)

dipuji

d)

digemari

8.

Ismail diminta berjumpa dengan kaunselor untuk sesi kaunseling akibat______________.

a)

melanggar peraturan sekolah

b)

mematuhi peraturan sekolah

c)

mengikut arahan guru

d)

membersihkan persekitaran sekolah

9.

Pelajar_______menghisap rokok.

a)

Dibenarkan

b)

Tidak dibenarkan

10.

__________menconteng dinding-dinding sekolah.

a)

Tidak dibenarkan

b)

Dibenarkan

11.

Murid mestilah mematuhi peraturan_________.

a)

Pasaraya

b)

Sekolah

c)

Kilang

d)

Perhentian rehat

12.

Fazlini memarahi pekerja kantin kerana makanan yang dibelinya tidak sedap.

a)

BETUL

b)

SALAH

13.

Jazron tidak pernah meminta kebenaran guru ketika memasuki bilik guru untuk menghantar buku latihan.

a)

BETUL

b)

SALAH

14.

Varma menconteng meja ketika ketiadaan guru di dalam kelasnya.

a)

BETUL

b)

SALAH

15.

Beng Chong melarang kawannya yang ingin meminum air dari pili makmal sains.

a)

BETUL

b)

SALAH

16.

Peraturan menjaga kebersihan kawasan sekolah harus dipatuhi untuk mengelakkan kes demam denggi.

a)

BETUL

b)

SALAH

17.

Murid harus memulangkan buku yang telah dipinjam di pusat sumber sebelum tarikh pinjaman buku itu tamat.

a)

BETUL

b)

SALAH

18.

Arahan ketua pengawas harus dipatuhi kerana mereka dilantik khas oleh guru agar memastikan semua peraturan sekolah dipatuhi oleh murid-muurid yang lain.

a)

BETUL

b)

SALAH

19.

Ranjit menconteng dinding sekolah walaupun ditegur oleh rakannya.

a)

BETUL

b)

SALAH

20.

Antara berikut yang manakah BUKAN NILAI yang dipelajari dalam UNit 15 Patuhi Peraturan Sekolah Pendidikan Moral Tingkatan 1?

a)

Toleransi

b)

Baik Hati

c)

Kebebasan

d)

Bertanggungjawab

21.

Antara berikut yang manakah BUKAN objektif yang anda akan pelajari dalam unit 15 ini?

a)

Akibat jika peraturan sekolah dilanggar

b)

Peraturan sekolah

c)

Kesan Jika tiada peraturan di sekolah.

d)

Peraturan diri sendiri

22.

Apakah kesan yang anda jangkakan jika perkara seperti ini berlaku?

a)

Masalah disiplin akan bertambah

b)

Murid lelaki akan berasa sangat gembira

c)

Ketrampilan murid lelaki tidak kemas dan rapi

d)

Kurang bebanan tugas Guru disiplin

23.

Berdasarkan pernyataan di bawah manakah yang SALAH bagi Kesan Jika Tiada Peraturan Sekolah?

a)

Persekitaran Sekolah: Kotor dan sampah merata-rata

b)

Kesihatan: Warga sekolah mengidap penyakit kerana persekitaran yang kotor

c)

Disiplin: Perasaan tidak selamat dan rasa risau kerana tiada penguatkuasaan undang-undang

d)

Pembelajaran dan Pengajaran: Tidak berkesan dan terganggu dengan sikap murid yang tidak akur akan arahan guru.

24.

Antara gambar di bawah manakah yang tidak menepati peraturan potongan rambut di sekolah?

a)
b)
c)
d)
25.

Yang manakah merupakan kesan AKIBAT melanggar peraturan sekolah?

a)

Diminta berjumpa kaunselor untuk sesi kaunseling

b)

Membentuk akhlak murid yang terpuji dan berdisiplin

c)

Berlaku pergaduhan, vandalisme, kecurian, buli dan pelbagai salah laku yang mengganggu kesejahteraan hidup warga sekolah.

d)

Perasaan tidak selamat dan rasa risau kerana tiada penguatkuasaan undang-undang.

26.

Antara kenyataan berikut yang manakah merupakan perbuatan yang TIDAK mematuhi peraturan sekolah anda ?

a)

Tidak menyiapkan tugasan sekolah

b)

Potongan rambut mengikut arahan sekolah

c)

Cara berpakaian yang kemas dan lengkap

d)

Sentiasa datang awal ke sekolah

27.

Antara kenyataan berikut yang manakah BUKAN merupakan SEBAB anda mematuhi peraturan sekolah?

a)

Menghormati guru

b)

Menghargai masa

c)

Mempunyai hala tuju

d)

Mengampu guru

28.

Antara kenyataan berikut yang manakah BUKAN kepentingan peraturan sekolah ?

a)

Memupuk perpaduan antara kaum.

b)

Membentuk akhlak murid yang terpuji dan berdisiplin

c)

Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berakhlak mulia.

d)

Berada di sekolah lebih awal sebelum waktu PdPc bermula.