NEW
Font size
WorksheetsLATIHAN PENANDA WACANA
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Salina pernah beberapa kali mengalami kerugian dalam menjual kuih-muih di Serdang. ____________ , perkara ini tidak melemahkan semangatnya untuk berusaha lebih gigih.
Oleh itu
Selepas itu
Di samping itu
Walau bagaimanapun
Suhaimi dibenarkan melancong ke negera Jepun ______ ___ dia berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya.
malah
supaya
kerana
sekiranya
Peperiksaan PT3 semakin hampir. ( ) Nazrul membuat latihan ulang kaji dengan lebih rajin.
Bukan sahaja
Oleh sebab itu
Kalau begitu
Namun begitu
Persekitaran yang kotor akan menyebabkan pelbagai penyakit, ( ) kita mestilah menjaga kebersihan persekitaran.
dalam pada itu
walau bagaimanapun
oleh sebab itu
dengan itu
Zurina sudah belajar bersungguh-sungguh. ( ) dia masih gagal dalam perperiksaannya.
Jika demikian
Namun
Jika sekiranya
Tambahan pula
Jika orang sekaya dia pun tidak mampu membeli kereta mewah itu, _______ kita.
apakan lagi
apalah lagi
apa jua
apatah lagi
Setelah bersusah payah selama lapan tahun, _______ dia berjaya menjadi usahawan yang disegani.
akhirnya
dengan yang demikian
oleh itu
dengan itu
Petang semalam hujan agak lebat. _______ , kami tetap menjalani latihan bola sepak.
Selain itu
Sementara itu
Dalam pada itu
Namun begitu
Saifudin ingin mengulangkaji pelajaran. ______ , peperiksaan semakin hampir.
Selain itu
Namun demikian
Dengan ini
Lebih-lebih lagi
Kakak tidak berasa kecewa ______ tidak lulus dalam ujian memandu.
oleh itu
walaupun begitu
meskipun
namun
Pak Cik Jusoh sudah berusia 88 tahun. ___________ , dia masih berupaya untuk mengusahakan kebun sayur-sayurannya.
Namun demikian
Di samping itu
Sekalipun
Walhal
Neelofa seorang pelakon yang terkenal. ____________, dia juga menjalankan perniagaan tudung yang mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.
Lagipun
Dalam pada itu
Dengan itu
Lantaran itu
Dia tidak menghadiri latihan bola sepak pada petang itu _______________ telah dimaklumkan oleh ketua pasukan.
sungguhpun
oleh itu
selain itu
namun demikan
Sudah satu jam Tina menunggu Rita di perpustakaan, tetapi rakannya itu tidak datang. ______________ dia pulang ke rumah.
Kalau begitu
Lepas itu
Akhirnya
Di samping itu
Abang Irfan membuka sebuah restoran. ________________ dia juga berniaga pakaian.
Dengan itu
Lantaran itu
Lagipun
Dalam pada itu
Kita tidak digalakkan keluar dari rumah seorang diri _____________ pada waktu malam.
Jadi
Justeru
Lebih-lebih lagi
Biarpun demikian
Azlan pergi ke rumah datuknya di Ipoh, ________________ dia terus ke rumah pak ciknya di Setiawan.
oleh itu
lebih-lebih lagi
lepas itu
dengan itu
Acara penyampaian hadiah baru sahaja berakhir. _______________, selesailah temasya sukan Sekolah Seri Perdana pada tahun ini.
Dalam pada itu
Dengan itu
Seterusnya
Di samping itu
Alam sekitar kita semakin tercemar. ___________________ kita haruslah sentiasa menjaga kebersihan dan mengawal pengeluaran asap kenderaan.
Oleh itu
Lepas itu
Dengan itu
Tambahan pula
Budak itu sangat malas dan suka berkawan dengan budak-budak yang nakal. ____________________, dia gagal dalam peperiksaannya.
Lebih-lebih lagi
Namun demikian
Oleh kerana itu
Oleh sebab itu
Pagi-pagi lagi emak sudah mengemas rumah dan mencuci pakaian. _______________, dia memasak di dapur.
Kemudian
Oleh itu
Di samping itu
Selain itu
Saya pernah bertemu muka dengan Jesica. ___________________, saya faham akan sikapnya.
Jadi
Justeru
Kalau begitu
Tambahan pula
________________ sudah lewat malam, dia akan pergi juga memanggil doktor kerana keadaan bapanya semakin tenat.
Justeru
Oleh itu
Kendatipun
Tambahan pula
Untuk berjaya dengan cemerlang, kita mestilah sentiasa menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru di kelas. _____________ kita juga mestilah rajin mengulang kaji pelajaran.
Di samping itu
Oleh sebab itu
Oleh yang demikian
Walau bagaimanapun
Para peserta tidak mahu mengikut laluan itu. _______________ itulah satu-satunya jalan untuk sampai ke tempat tersebut.
Walau bagaimanapun
Kalau begitu
Tambahan lagi
Lebih-lebih lagi
Azlina gagal mendapat sebarang tempat dalam pertandingan itu. _______________ dia tidak pernah kecewa dan berputus asa.
Oleh itu
Lantaran itu
Namun begitu
Selepas itu
Jamil belum menghantar borang penyertaan pertandingan mengarang ______________ tarikh tutup semakin hampir,
justeru
lagipun
namun
walhal
Akmal seorang pemuda yang cacat. ______________ dia tidak pernah mengharapkan belas kasihan daripada orang lain,
Kalau begitu
Lebih-lebih lagi
Oleh sebab itu
Sungguhpun demikian
Bapa Hanif tiada di rumah. ________________ dia terpaksa membantu emaknya memetik bunga melur di kebun.
Oleh itu
Selain itu
Selepas itu
Semenjak itu
Maisarah tidak jadi mengikut kakaknya ke Kuala Lumpur. _____________________ , dia mengikut rombongan sekolahnya ke Melaka.
Sebaliknya
Namun begitu
Oleh yang demikian
Walau bagaimanapun
