wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KESALAHAN AYAT SIRI 2

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Pilih jawapan yang tepat bagi setiap kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa dalam ayat di bawah.


Orang awam tidak dibenarkan masuk ke pusat pembinaan projek itu di atas sebab-sebab keselamatan.

a)

awam - ramai

di atas - atas

b)

ke - ke dalam

sebab-sebab - faktor-faktor

c)

masuk - jejak

pusat - tapak

d)

pusat - tapak

di atas - atas

2.

Pilih jawapan yang tepat bagi setiap kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa dalam ayat di bawah.


Semua peserta-peserta telah menghadiri kursus peningkatan prestasi di pusat peranginan itu yang dikendalikan oleh pemidato yang tersohor.

a)

Semua peserta-peserta - Semua peserta

pemidato - penceramah

b)

kursus - ceramah

di - ke

c)

Semua peserta-peserta - Peserta-peserta

prestasi - pencapaian

d)

di - dalam

tersohor - terkenal

3.

Pilih jawapan yang tepat bagi setiap kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa dalam ayat di bawah.


Dia berasa ganjil ketika berada dalam majlis yang penuh adat istiadat yang orang kenamaan hadiri.

a)

ketika - apabila

kenamaan - terkenal

b)

ganjil - kekok

orang kenamaan hadiri - dihadiri oleh orang kenamaan

c)

berada - bersama

adat istiadat - protokol

d)

Dia - Beliau

orang kenamaan hadiri - dihadiri orang kenamaan

4.

Pilih jawapan yang tepat bagi setiap kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa dalam ayat di bawah.


Pemain yang sangat lincah itu dikawal hebat oleh pihak lawan tiap kali dia menerima bola.

a)

lincah - licik

tiap - tiap-tiap

b)

dikawal - dipantau

oleh - bagi

c)

hebat - ketat

tiap - setiap

d)

lincah - licik

dikawal hebat oleh pihak lawan - pihak lawan kawal hebat

5.

Pilih jawapan yang tepat bagi setiap kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa dalam ayat di bawah.


Semenjak keluarganya berpindah, tiada siapa pun yang mewarisi rumah tersebut sehingga kawasan sekitarnya ditumbuhi semak-samun.

a)

tiada - tidak

siapa - sesiapa

b)

mewarisi - menduduki

sehingga - sampai

c)

siapa - sesiapa

mewarisi - menduduki

d)

Semenjak - Apabila

ditumbuhi - dipenuhi

6.

Pilih jawapan yang tepat bagi setiap kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa dalam ayat di bawah.


Barang-barang yang menjadi bahan simpanan pihak pendakwa ada di pihak pembela kes tersebut.

a)

Barang-barang - Perkara-perkara

ada - disimpan

b)

simpanan - bukti

di - pada

c)

menjadi - merupakan

pembela - peguam

d)

di - pada

pembela - peguam

7.

Pilih jawapan yang tepat bagi setiap kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa dalam ayat di bawah.


Kelima penari Kumpulan Seri Kebudayaan Negeri Terengganu yang sedang membuat persembahan itu berwajah putih.

a)

penari - pekerja

yang - dengan

b)

Kelima - Kelima-lima

membuat - menyampaikan

c)

Kelima - Kelima-lima

berwajah - berkulit

d)

sedang - akan

berwajah - berkulit

8.

Pilih jawapan yang tepat bagi setiap kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa dalam ayat di bawah.


Para-para ilmuan itu sedang bersidang di dalam dewan seminar itu.

a)

Para-para - Para

seminar - ceramah

b)

ilmuan - cendekiawan

di dalam - di

c)

Para-para - Para

di dalam - dalam

d)

Para-para - Para

ilmuan - cendekiawan

9.

Pilih jawapan yang tepat bagi setiap kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa dalam ayat di bawah.


Oleh sebab kekurangan masa, mereka tidak sempat membincangkan lain-lain perkara dalam mesyuarat pada hari ini.

a)

sebab - kerana

perkara - agenda

b)

kekurangan - kesuntukan

lain-lain perkara - perkara-perkara lain

c)

sebab - kerana

lain-lain perkara - perkara lain-lain

d)

sempat - berpeluang

dalam - di dalam

10.

Pilih jawapan yang tepat bagi setiap kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa dalam ayat di bawah.


Semua persatuan diarahkan demi mengadakan mesyuarat agung dan membuat pilihan ahli jawatankuasa baharu sebelum akhir bulan Mei.

a)

diarahkan - diminta

demi - untuk

b)

mengadakan - membuat

sebelum - semasa

c)

persatuan - pertubuhan

baharu - baru

d)

demi - untuk

pilihan - lantikan

11.

Pilih jawapan yang tepat bagi setiap kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa dalam ayat di bawah.


Perlawanan bola sepak di antara pasukan Rumah Belian dengan Rumah Ramin terpaksa digantungkan kerana hujan turun dengan lebat.

a)

Perlawanan - Pertandingan

di antara - antara

b)

pasukan - kumpulan

kerana - sebab

c)

di antara - antara

digantungkan - dtangguhkan

d)

digantungkan - ditangguhkan

kerana - apabila

12.

Pilih jawapan yang tepat bagi setiap kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa dalam ayat di bawah.


Jabatan Meteorologi menganggarkan bahawa cuaca di pantai timur Semenanjung Malaysia mendung, manakala di lain-lain kawasan cuacanya cerah.

a)

menganggarkan - meramalkan

lain-lain kawasan - kawasan-kawasan lain

b)

Meteorologi - Kaji Cuaca

pantai timur - timur pantai

c)

bahawa - tentang

kawasan - tempat

d)

menganggarkan - meramalkan

manakala - walaupun

13.

Pilih jawapan yang tepat bagi setiap kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa dalam ayat di bawah.


Gaji yang diperoleh oleh saya setiap bulan dibelanjakan secara berhemah dan bakinya disimpan di dalam bank.

a)

Gaji - Pendapatan

diperoleh oleh saya - saya peroleh

b)

diperoleh oleh saya - saya peroleh

berhemah - berhemat

c)

berhemah - berjimat

di dalam - di

d)

dibelanjakan - digunakan

dan - manakala

14.

Pilih jawapan yang tepat bagi setiap kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa dalam ayat di bawah.


Sayembara Pidato Antarabangsa yang pihak kerajaan anjurkan merupakan satu usaha murni menaik taraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

a)

Sayembara - Peraduan

pihak kerajaan anjurkan - dianjurkan oleh pihak kerajaan

b)

pihak kerajaan anjurkan - dianjurkan oleh pihak kerajaan

menaik taraf - memartabatkan

c)

menaik taraf - memartabatkan

sebagai - iaitu

d)

Sayembara - Pertandingan

pihak kerajaan anjurkan - anjuran pihak kerajaan

15.

Pilih jawapan yang tepat bagi setiap kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa dalam ayat di bawah.


Siswazah yang memiliki kemahiran tertentu selain daripada kelulusan akademik mempunyai peluang yang lebih baik dalam perlawanan untuk mendapatkan pekerjaan.

a)

Siswazah - Graduan

dalam - di dalam

b)

selain daripada - selain dari

kelulusan - kelayakan

c)

selain daripada - selain

perlawanan - persaingan

d)

untuk - bagi

mendapatkan - memohon

16.

Pilih jawapan yang tepat bagi setiap kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa dalam ayat di bawah.


Sekolah Menengah Bantuan St. Joseph timbul sebagai juara setelah berjaya mengungguli beberapa kategori-

kategori yang dipertandingkan.

a)

juara - johan

beberapa kategori-kategori - kategori-kategori

b)

timbul - muncul

beberapa kategori-kategori - beberapa kategori

c)

setelah - apabila

mengungguli - memenangi

d)

mengungguli - memenangi

beberapa kategori-kategori - beberapa kategori

17.

Pilih jawapan yang tepat bagi setiap kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa dalam ayat di bawah.


Demi untuk kesinambungan demokrasi berperlembagaan, upacara mengangkat sumpah oleh Perdana Menteri

baharu telah berlangsung di Istana Negara lewat petang semalam.

a)

Demi untuk - Demi

berlangsung - diadakan

b)

kesinambungan - kelangsungan

telah - akan

c)

Demi untuk - Demi

upacara - majlis

d)

upacara - majlis

Istana Negara - Negara Istana

18.

Pilih jawapan yang tepat bagi setiap kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa dalam ayat di bawah.


Pembayaran secara digital seperti elektronik dompet (e-wallet) semakin luas digunakan dan pada suatu masa nanti akan mewujudkan trend pembelian tanpa wang.

a)

Pembayaran - Pembelian

pada - di

b)

elektronik dompet - dompet elektronik

trend - gaya

c)

elektronik dompet - dompet elektronik

wang - tunai

d)

luas - berkembang

pada - di

19.

Pilih jawapan yang tepat bagi setiap kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa dalam ayat di bawah.


Kerja pembetulan lif yang Syarikat Indah Alam selenggarakan itu dijangka siap pada 15 Mei 2007.

a)

Kerja - Projek

pada - semasa

b)

pembetulan - pembaikian

Syarikat Indah Alam selenggarakan - diselenggarakan oleh Syarikat Indah Alam

c)

Kerja - Projek

pembetulan - pembaikian

d)

dijangka - diramal

pada - apabila

20.

Pilih jawapan yang tepat bagi setiap kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa dalam ayat di bawah.


Laila Nabila memang tulus hatinya bila menyerahkan bayi yang baru dikeluarkan kepada sepupunya yang tidak mempunyai anak walaupun telah berkahwin selama 10 tahun.

a)

tulus - ikhlas

bila - apabila

b)

bila - apabila

baru - baharu

c)

tulus - luluh

dikeluarkan - dilahirkan

d)

bila - apabila

dikeluarkan - dilahirkan