WorksheetsRETORIK
Total questions: 23
Worksheet time: 12mins
- Mementingkan bukti dan alasan
- Bermula dengan usul atau gagasan
- Bertujuan untuk mendapatkan sokongan
Pernyataan di atas ialah ciri retorik
pemerian
pemujukan
pendedahan
penghujahan
Yang manakah ciri yang paling penting tentang retorik pemujukan ?
Perlu pengulangan pernyataan
Banyak menggunakan ayat penyata
Keberkesanannya bergantung pada bukti yang dikemukakan
Bertujuan untuk mempengaruhi khalayak supaya bertindak seperti yang dikehendaki
Stegosaurus ialah dinosaur herbivor yang hidup pada penghujung zaman jurasik kira-kira 160 juta tahun dahulu. dinosaur ini mempunyai kepala yang kecil dan berjalan dengan menggunakan empat kaki. Terdapat dua deretan plat yang bertulang pada bahagian belakangnya. Di hujung ekornya pula terdapat empat batang duri yang sangat berbahaya. Ukuran badannya boleh mencapai 9 meter panjang dan beratnya lebih kurang 3000 kilogram.
Petikan di atas menepati retorik
pemerian
penceritaan
pendedahan
penghujahan
Yang manakah pernyataan yang menepati retorik penghujahan?
Penulis mengemukakan pendapatnya tentang sesuatu perkara.
Penulis menyatakan pendapat atau pendirian dan meminta pembaca menerimanya.
Penulis mengemukakan pendapat atau usul dengan alasan yagn kukuh agar pembaca turut menyetujuinya.
Penulis mengemukakan sesuatu pendapat dengan memberikan gambaran yang lengkap supaya pandangannya jelas kepasa pembaca.
Yang manakah wacana yang menepati retorik pemerian ?
I Banglo itu dihias dengan indah. Barangan antik pula tersusun dengan kemas. Perabotnya yang mewah ditambah dengan warna dindingnya yang lembut menambahkan seri banglo itu.
II Pencemaran sungai itu berpunca daripada sikap pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab. Tindakan mereka membuang kotoran di sungai mengakibatkan air sungai menjadi kotor dan membahayakan penggunanya.
III Sudah beberapa lama kereta model tahun 1950-an itu tidak digunakan. Kereta milik pengurus kilang itu berdebu dan kotor. Bahagian dalamnya basah kerana dimasuki air hujan. Kereta itu tidak diperlukan lagi oleh pemiliknya.
IV Ketiga-tiga orang remaja itu amat rapat. Mereka bertekad untuk menemui Idris, sahabatnya yang telah terpisah sejak sekian lama. Ke sana Ke sini mereka mencarinya tetapi gagal. Akhirnya, hajat mereka tercapai setelah mendapat bantuan pihak akhbar.
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
- Memindahkan idea atau maklumat daripada penulis kepada pembaca
- Memberikan takrif,atau contoh,atau perbandingan,atau sebab ,atau akibat tentang sesuatu maklumat
- Menyingkap,memaparkan,atau menghuraikan sesuatu maklumat secara objektif
Pernyataan di atas menepati retorik
pemerian
pemujukan
pendedahan
penghujahan
Yang manakah definisi retorik yang paling tepat?
Kaedah penaakulan tentang sesuatu persoalan pokok.
Cara mempengaruhi khalayak bagi menyetujui sesuatu gagasan.
Seni pemakaian yang indah,menarik,dan efektif dalam menyatakan sesuatu idea
Cara menyatakan pandangan, menginterprestasikan sesuatu persoalan, dan menganalisis sesuatu masalah
I : Kolam ikan hanya untuk mengindahkan taman. Dia mahu bersama-sama dengan anak dan isterinya menikmati redup petang di laman sambil minum-minum.
II : Di tepi kolam ada meja kecil dengan ukiran ringkas awan ala-Nias. Di bawahnya terdapat bangku coklat yang berkaki tiga.
Yang manakah padanan yang betul bagi jenis retorik I dan II?
I : Penceritaan II: Pemerian
I: Pemerian II: Penceritaan
I: Pemerian II:Pendedahan
I: Pendedahan II: Pemerian
- mengikut prinsip logik dengan penaakulan yang tepat
- bukti dikemukakan untuk menyokong idea
- bertujuan untuk mendapatkan sokongan daripada khalayak
Pernyataan di atas merujuk kepada ciri retorik
pemerian
pemujukan
pendedahan
penghujahan
Untuk tujuan yang manakah retorik pendedahan sesuai digunakan ?
I Menjelaskan konsep 1 Malaysia
II Memperhebat kempen kitar semula
III Menghuraikan simptom selesema HINI
IV Menerangkan teknik menjawab soalan peperiksaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Rumah Ammar merupakan banglo dua tingkat. Ruang tamu di tingkat bawah dihiasi dengan set sofa kayu yang berukiran penuh. Susun atur perabot di ruang ini menarik dan eksklusif
Petikan di atas jelas memperlihatkan ciri retorik
pemerian
pemujukan
penceritaan
pendedahan
P
*Penulis mentakrifkan dan memberikan contoh ketika menyampaikan maklumat
*Penulis memindahkan maklumat dengan berkesan
*Penulis tidak memberikan ulasannya ketika menyampaikan maklumat
P dalam rajah di atas merujuk kepada retorik
pemerian
pemujukan
pendedahan
penceritaan
*Penulis memberikan penerangan secara jelas
*Penulis memberikan sebab yang kukuh
*Penulis mahu pembaca supaya sependirian dengannya
Maklumat di atas menepati ciri retorik
pemerian
pemujukan
pendedahan
penghujahan
*Menerangkan sesuatu perkara secara terperinci dan objektif
*Menggunakan takrifan dan bandingan agar audiens memahami konsep
*Mengupas apa-apa yang pro,kontra,baik,dan buruk tentang perkara yang diutarakan
Pernyataan di atas adalah tentang retorik
pemerian
pemujukan
pendedahan
penghujahan
Rubiah : Cuaca sekarang ini amat tidak menentu. Sukar diduga. Ada kalanya panas, terlalu terik,kemudiah hujan,sejuk.
Mei Ling : Ha, itulah kesan pemanasan global.Suhu dunia meningkat akibat perbuatan manusia sendiri.Pembangunan terlalu pesat.
Raju: Itulah sebabnya, kita mesti jaga hutan kita. Kalau hutan masih banyak,pokok boleh menyerap karbon dioksida. Suhu lebih stabil.
Yang manakah padanan yang betul antara pertuturan Rubiah, Mei Ling,dan Raju dengan retorik ujarannya?
Pertuturan Rubiah : penceritaan Pertuturan Mei Ling : penghujahan Pertuturan Raju: pendedahan
Pertuturan Rubiah : pendedahan Pertuturan Mei Ling : pemerian Pertuturan Raju : pemujukan
Pertutuarn Rubiah : penghujahan Pertuturan Mei Ling :Penceritaan Pertuturan Raju : pemerian
Pertuturan Rubiah : Pemerian Pertuturan Mei Ling : pendedahan Pertuturan Raju : Penghujahan
Maksud seni penggunaan bahasa dalam retorik merangkumi hal yang berikut, kecuali
penggunaan bahasa yang kompleks
teknik penyampaian yang menarik
penggunaan bahasa yang kreatif
teknik mempengaruhi audiens
Sejak dahulu lagi, tumbuh-tumbuhan dan organ haiwan telah diproses untuk dijadikan ubat tradisional. Sebahagiannya, dihasilkan sebagai ubat untu dimakan dan sebahagian yang lain dihasilkan dalam bentuk cecair atau minyak yang boleh disapukan pada bahagian anggota badan.
Maklumat di atas menepati ciri retorik
pemerian
penceritaan
pendedahan
penghujahan
*Menyarankan sesuatu
*Memberikan bukti yang jelas
*Bertujuan untuk menyakinkan orang lain
Pernyataan di atas menepati ciri retorik
penghujahan
pendedahan
pemujukan
pemerian
Yang manakah padanan yang tidak benar tentang retorik pemujukan dan retorik penghujahan ?
Retorik pemujukan : Mempengaruhi pembaca atau pendengar dengan memanipulasi emosi
Retorik penghujahan : Mengubah pendirian pembaca atau pendengar melalui bukti dan fakta
Retorik pemujukan :mempropagandakan keistimewaan sesuatu perkhidmatan secara rasional
Retorik penghujahan : Mengemukakan dan mempertahankan hujah secara intelek
Retorik pemujukan : Matlamat akhirnya pembaca atau pendengar bertindak sendiri terhadap saranan yang dikemukakan
Retorik penghujahan : Matlamat akhirnya pembaca atau pendengar yakin akan isu yang dibahaskan
Retorik pemujukan : Digunakan untuk menggalakkan pengguna, misalnya membeli barangan tempatan
Retorik penghujahan : Digunakan untuk membimbing para peserta kursus,misalnya kursus menternak lintah
Pernyataan yang manakah yang tidak benar tentang retorik?
Mementingkan penggunaan diksi yang tepat
Digunakan dalam komunikasi lisan dan tulisan
Tidak memperlihatkan penggunaan tatabahasa yang betul
Mengutamakan persembahan yang baik untuk menyampaikan idea
Air merupakan kurniaan Tuhan yang amat berharga bukan sahaja kepada manusia malah juga kepada semua hidupan di dunia ini. Air meliputi tiga perempat daripada permukaan bumi ini. Walaupun bekalan air adalah banyak tetapi kita kerap kekurangan bekalan air bersih. Gejala ini berpunca daripada sikap manusia sendiri yang melakukan kegiatan yang boleh mencemarkan air. Kita harus akur dengan hakikat ini dan perlu berusaha untuk menjaga air denagn sebaik-baiknya.
Pernyataan di atas menepati ciri retorik
pemerian
pemujukan
pendedahan
penghujahan
Pernyataan yang manakah yang menjelaskan konsep retorik?
Cara penulis menyampaikan idea agar ia mudah difahami
Cara penulis memilih idea untuk digunakan dalam lisan dan penulisan
Cara penulis menjelaskan persoalan yang ingin disampaikan dalam wacana
Cara penulis menggunakan bahasa yang berkesan dan sesuai dengan tujuan wacana itu diujarkan
Pernyataan yang manakah yang tidak benar tentang retorik pemerian dan retorik pendedahan ?
Kedua-dua retorik ini bersifat objektif
Kedua-dua retorik ini tidak bersifat peribadi
Kedua-dua retorik ini berbentuk lisan dan tulisan
Kedua-dua retorik ini bersifat mempengaruhi audiens
