wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2020 SK GELANG PATAH TMK TAHUN 6

Total questions: 50

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.

Gambar menunjukkan sebuah penyaman udara .


Apakah aturcara yang ada pada alat ini ?

a)

Menentukan berat muatan

b)

Menyelaraskan suhu bilik berdasarkan isyarat daripada pengguna

c)

Menentukan suhu yang sesuai untuk menyimpan makanan

d)

Menentukan aktiviti harian manusia

2.

Gambar menunjukkan simbol yang digunakan dalam carta alir .


Apakah nama simbol di atas ?

a)

Terminal

b)

Garis alir

c)

Pilihan

d)

Penyambung

3.

Apakah yang dimaksudkan dengan carta alir?

a)

Satu set pernyataan yang menyerupai bahasa atur cara komputer

b)

Satu urutan langkah-langkah untuk menyelesaikan suatu masalah atau melaksanakan suatu tugasan

c)

Satu set arahan yang mengikut urutan yang mengarahkan komputer membuat sesuatu

d)

Gambar rajah yang menggunakan simbol-simbol geometri untuk menunjukkan langkah-langkah algoritma

4.

Baca penyataan di bawah.


Satu urutan langkah-langkah untuk menyelesaikan suatu masalah atau melaksanakan suatu tugasan.


Pernyataan di atas merujuk kepada ....

a)

Algoritma

b)

Pseudokod

c)

Carta Alir

d)

Proses

5.

Gambar menunjukkan ketuhar gelombang mikro


Apakah jenis komputer yang terdapat dalam alat ini yang mempunyai atur cara komputer?

a)

Komputer Benam

b)

Komputer Tangan

c)

Komputer Tablet

d)

Komputer Atas Meja

6.

Rajah 2 menunjukkan satu simbol yang digunakan dalam carta alir .


Apakah nama simbol ini ?

a)

Terminal

b)

Proses

c)

Pilihan

d)

Penyambung

7.

Apakah yang dimaksudkan dengan pseudokod?

a)

Satu set arahan mengikut urutan yang mengarahkan komputer membuat sesuatu

b)

Satu urutan langkah-langkah untuk menyelesaikan suatu masalah atau melaksanakan suatu tugasan

c)

Gambar rajah yang menggunakan simbol-simbol geometri untuk menunjukkan langkah-langkah algoritma

d)

Satu set pernyataan yang menyerupai bahasa atur cara komputer

8.

Apakah fungsi set arahan dalam satu atur cara?

a)

Membantu melaksanakan aktiviti harian dengan teratur

b)

Membangunkan atur cara komputer melalui pengekodan

c)

Untuk membenarkan akses kepada komputer

d)

Untuk menyenggara perisian dan perkakasan komputer

9.

Antara yang berikut, manakah merupakan perisian pengaturcaraan?

a)

Microsoft Office

b)

Scratch

c)

Paint

d)

Real Player

10.

Mengapakah kita harus menguji atur cara selepas mengekod sesuatu atur cara?

a)

Bagi melihat paparan atur cara

b)

Bagi mendengar audio dari atur cara

c)

Bagi melihat pergerakan objek

d)

Bagi mengetahui sama ada atur cara mempunyai ralat

11.

Apakah nama simbol di atas ?

a)

Terminal

b)

Proses

c)

Pilihan

d)

Penyambung

12.

Antara berikut, yang manakah bukan merupakan langkah untuk membangunkan projek pengaturcaraan?

a)

Menghasilkan dokumentasi

b)

Menyenggara perisian komputer

c)

Mereka bentuk atur cara

d)

Menguji atur cara

13.

Atur cara komputer dihasilkan dengan menggunakan bahasa ....

a)

komputer

b)

pengaturcaraan

c)

mesin

d)

isyarat

14.

Gambar menunjukkan salah satu fitur yang terdapat dalam aplikasi Scratch.


Apakah fitur yang ditunjukkan di kawasan berwarna putih dalam gambar di atas?

a)

Stage 

b)

Bar Menu

c)

Sprite List

d)

Scripts Area

15.

Gambar menunjukkan satu contoh blok yang digunakan dalam aplikasi Scratch.


Apakah fungsi blok di atas?

a)

Untuk mengubah visual objek

b)

Untuk memasukkan bunyi

c)

Untuk memasukkan pergerakan objek

d)

Untuk melaksanakan arahan atur cara

16.

Pilih "Ya" atau "Tidak" sekiranya berikut merupakan Alatan Digital.


1) Televisyen Pintar

2) Komputer

a)

YA

b)

TIDAK

17.

Berikut merupakan perkakasan harian yang digunakan tukang masak . Adakah ia merupakan Alatan Bukan Digital ?

a)

YA

b)

TIDAK

18.

Apakah saterika seperti rajah di atas merupakan ....

a)

Alatan Digital (mengandungi aturcara)

b)

Alatan Bukan Digital (tidak mengandungi aturcara)

19.

Rajah di atas merupakan ...

a)

Alatan Bukan Digital ( tidak menggunakan aturcara)

b)

Alatan Digital (menggunakan aturcara)

20.

Pilih "Ya" atau "Tidak" sekiranya berikut merupakan Alatan Bukan Digital .


1) Stapler

2) Kasut Roda

a)

YA

b)

TIDAK

21.

Apakah fungsi atur cara bagi gambar rajah di atas ?

a)

Membolehkan penentuan suhu yang sesuai untuk menyimpan makanan.

b)

Membolehkan pergerakan dan membuat pembersihan di kawasan yang ditentukan

c)

Membolehkan hantar maklumat dan hubungi rakan yang tinggal berjauhan.

22.

Membolehkan pengesanan berat muatan, menentukan cara basuhan, tempoh bilasan dan masa putaran.


Apakah jenis perkakasan bagi fungsi di atas ..

a)

Peti Sejuk

b)

Mesin Basuh Elektronik

c)

Jam Penggera Digital

d)

Pendingin Hawa

23.

Rajah berikut digunakan untuk menunjukkan carta alir yang disambung ke bahagian lain .


Apakah nama bagi simbol di atas ..

a)

GARIS ALIR

b)

INPUT / OUTPUT

c)

PENYAMBUNG

d)

PROSES

24.

Mengapakah atur cara komputer dimasukkan ke dalam sesetengah perkakasan di rumah kita?

a)

Untuk memudahkan penggunaannya.

b)

Untuk membolehkannya berfungsi mengikut apa yang ditetapkan.

c)

Untuk mengelakkan perkakasan cepat rosak.

d)

Untuk menjadi panduan penggunaan kepada pengguna.

25.

______________ adalah proses untuk menghasilkan atur cara komputer.

a)

Carta Alir

b)

Algoritma

c)

Pseudokod

d)

Pengaturcaraan Komputer

26.

Aktiviti harian yang manakah berkaitan dengan atur cara komputer ?


1 - Meminjam buku kepada rakan.

2 - Membeli kuih di gerai.

3 - Membayar bil di kios elektrik.

4 - Mencuci pakaian di dobi layan diri.

a)

1 dan 2

b)

1 dan 4

c)

2 dan 3

d)

3 dan 4

27.

Apakah maksud algoritma ?

a)

Rajah yang menggunakan simbol geometri untuk menunjukkan langkah dalam algoritma.

b)

Satu set pernyataan yang menyamai bahasa atur cara komputer dengan menggunakan bahasa biasa.

c)

Satu set urutan langkah untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

d)

Satu set arahan mengikut urutan yang mengarahkan komputer untuk membuat sesuatu.

28.

Bilakah aliran pilihan tunggal diperlukan semasa membina carta alir ?

a)

Situasi yang perlukan kita membuat pilihan.

b)

Situasi bila sesuatu masalah tidak dapat diselesaikan.

c)

Situasi penyelesaian masalah secara tertib.

d)

Situasi melibatkan urutan yang sama.

29.

Yang manakah menunjukkan pseudokod yang betul ?

a)
b)
c)
30.

Apakah yang dilakukan setelah proses uji atur cara selesai ?


1 - Mengenal pasti situasi

2 - Membaiki ralat yang berlaku

3 - Menghasilkan dokumentasi

4 - Membentuk algoritma dan carta alir

a)

1 dan 2

b)

1 dan 4

c)

2 dan 3

d)

3 dan 4

31.

Simbol terminal digunakan untuk menunjukkan permulaan (MULA) atau penamatan (TAMAT) sesuatu carta alir .

a)

BETUL

b)

SALAH

32.

Simbol penyambung digunakan untuk menunjukkan aktiviti membaca, menyimpan, memaparkan dan mencetak data.

a)

BETUL

b)

SALAH

33.

Simbol pilihan digunakan untuk menunjukkan aktiviti pemprosesan dalam carta alir.

a)

BETUL

b)

SALAH

34.

Simbol proses digunakan untuk menunjukkan pilihan "YA" atau "TIDAK" dalam carta alir.

a)

BETUL

b)

SALAH

35.

Simbol garis alir digunakan untuk menghubungkan simbol dalam carta alir bagi menunjukkan aliran penyelesaian masalah atau aktiviti.

a)

BETUL

b)

SALAH

36.

Simbol input/output digunakan untuk menunjukkan carta alir yang disambungkan ke bahagian lain.

a)

BETUL

b)

SALAH

37.

Jenis kawalan aliran dalam atur cara yang ditunjukkan di atas adalah secara ......

a)

urutan

b)

pilihan

c)

menegak

d)

mendatar

38.

Izzuddin bercadang membeli pensel. Jika ada wang baki dia bercadang untuk membeli pemadam.


Berdasarkan situasi di atas, apakah jenis kawalan aliran yang boleh digunakan ?

a)

Urutan

b)

Pilihan

c)

Menegak

d)

Mendatar

39.

MULA

Berjalan ke tempat perhimpunan.

Berbaris.

Nyanyi lagu Negaraku.

TAMAT


Maklumat di atas berkaitan dengan ...

a)

Atur cara

b)

Carta alir

c)

Pseudokod

d)

Algoritma

40.

Antara berikut yang manakah BUKAN fungsi mesin fotostat ?

a)

Menghantar emel

b)

Mengimbas dokumen

c)

Membuat salinan dokumen

d)

Mencetak dokumen mengikut arahan yang diberikan

41.

Berdasarkan situasi di bawah, yang manakah sesuai dipilih sebagai tajuk set arahan aktiviti ?


Pendaftaran

Ambil nombor giliran

Berjumpa doktor

Ambil ubat

Pulang

a)

Pinjaman buku di pusat sumber

b)

Berjumpa doktor di hospital

c)

Beratur membeli makanan

d)

Mencuci pakaian

42.

Berdasarkan rajah di atas bahagian manakah yang menunjukkan carta ini carta alir pilihan tunggal ?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

43.

COBOL , Basic , C adalah contoh bahasa pengaturcaraan .....

a)

generasi pertama

b)

generasi kedua

c)

generasi ketiga

44.

Antara algoritma di bawah, yang manakah mempunyai alian pilihan tunggal ?

a)

Ayah menghadiahan sebuah kapal terbang mainan kepada Muzaffar sempena hari jadinya semalam.

b)

Salmah akan pulang ke kampung jika majikannya meluluskan permohonan cuti.

c)

Cik Fatimah memberi makanan kepada kucing kesayangannya.

45.

[ Danial ingin menggoreng telur ]


Anatar berikut yang manakah urutan aktiviti paling tepat ?

a)

Tuangkan minyak, pecahkan telur, panaskan kuali, tunggu hingga telur masak, angkat telur ke piring.

b)

Panaskan kuali, tuangkan minyak, pecahkan telur, tunggu hingga telur masak, angkat telur ke piring.

c)

Pecagkan telur, tuangkan minyak, panaskan kuali, tunggu telur hingga masak, angkat telur ke piring.

46.

Antara peralatan di bawah, yang manakah TIDAK mempunyai set arahan komputer ?

a)

Komputer Tablet

b)

Telefon Pintar

c)

Pemain DVD

d)

Basikal

47.

Perisian Scratch adalah perisian jenis .....

a)

perisian utiliti

b)

perisian sistem

c)

perisian aplikasi

d)

perisian pemperosesan perkataan

48.

Perisian Scratch memudahkan pengguna membangunkan produk yang bercirikan multimedia. Produk-produk berikut adalah seperti berikut, kecuali .....

a)

blog

b)

games

c)

klip video

d)

penceritaan interaktif

49.

Berikut merupakan langkah-langkah dalam menghasilkan projek pengaturcaraan .


1 . Memahami Situasi

2 . Menghasilkan algoritma, pseudokod dan carta alir

3 . Mengekod atur cara

4 . _______________

5 . Mendokumentasi


Apakah langkah yang keempat ?

a)

Kemasan

b)

Menguji

c)

Menilai

d)

Prosesan

50.

Langkah menghasilkan projek pengaturcaraan bagi

1) Memahami Situasi

adalah pengaturcara perlu memahami situasi atau masalah yang ingin diselesaikan. Kemudian, tentukan input, output, dan proses yang dikehendaki.

a)

SALAH

b)

BETUL