NEW
Font size
WorksheetsKEUSAHAWANAN UES3012
Total questions: 20
Worksheet time: 5hrs 0mins
Apakah definisi bagi Etika Keusahawanan?
A. Merupakan nilai yang merangkumi peraturan yang baik atau sebaliknya dalam sesuatu etika keusahawanan. Ia merupakan piawaian perlakuan atau nilai moral yang diterima umum oleh masyarakat , agama dan negara berkaitan aktiviti keusahawanan
B. Seseorang yang menceburi perniagaan hanya untuk mendapatkan keuntungan semata-mata tetapi tidak menunjukkan keinginan untuk memperkembangkan perniagaan.
C. Seseorang yang menjalankan perniagaan yang mementingkan keuntungan di samping memberi sumbangan sosial kepada masyarakat dan negara
D. Adalah aktiviti sebagai seorang usahawan yang menjalankan inovasi, kewangan dan perniagaan dalam usaha untuk mengubah dan menghasilkan satu inovasi pada barangan dan perkhidmatan dalam ekonomi
................ adalah aktiviti sebagai seorang usahawan yang menjalankan inovasi, kewangan dan perniagaan dalam usaha untuk mengubah dan menghasilkan satu inovasi pada barangan dan perkhidmatan dalam ekonomi.
A. Usahawan
B. Peniaga
C. Etika Keusahawanan
D. Keusahawanan
Seseorang yang menjalankan perniagaan yang mementingkan keuntungan di samping memberi sumbangan sosial kepada masyarakat dan negara
A. Usahawan
B. Peniaga
C. Etika Keusahawanan
D. Keusahawanan
Ferra telah menamatkan pengajian dari universiti tempatan. Beliau tidak memperolehi sebarang pekerjaan selama 10 bulan. Ferra mempunyai keinginan untuk membuka industri pengeluaran sabun mandi herba di Pontian, Johor. Berdasarkan pengetahuan yang anda telah pelajari, pilih ciri -ciri keusahawanan yang perlu ada pada seorang usahawan.
A. Tidak berani mengambil risiko
B. Bijak menyelesaikan masalah
C. Mudah berputus asa
D. Tidak Berdisiplin
Suatu kebolehan untuk menjangka apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Dalam menjadi seorang usahawan yang berjaya, salah satu ciri yang perlu ada adalah memiliki sifat……………….. Usahawan yang mempunyai sifat ini adalah seorang yang pandai merancang, menganalisis dan mempunyai sikap merebut peluang yang ada di depan mata.
Berdasarkan penyataan berikut, sila kenalpasti sifat yang perlu ada pada seorang usahawan yang berjaya.
A. Rajin Berusaha
B. Berpandangan Jauh
C. Kecekapan Masa
D. Kerjasama Dalam Pasukan
Soalan – Soalan lazim yang ditanyakan dalam konsep Real-Win-Worth adalah seperti berikut, KECUALI :
A. Is it TRUE?
B. Is it WORTH DOING?
C. Is it REAL
D. Can we WIN?
Berdasarkan soalan “Is it WORTH DOING”, pada pendapat anda soalan tersebut adalah berkaitan dengan :
A. Mengetahui ciri-ciri kelebihan pada produk syarikat
B. Konsep yang jelas mengenai produk jualan
C. Risiko yang dapat dihadapi oleh peniaga
D. Syarikat mempunyai keunggulan
Milikan tunggal merupakan satu kaedah perniagaan yang hanya dimiliki oleh seorang individu sahaja. Perniagaan dikawal sepenuhnya oleh pemilik. Berikut merupakan malumat bagi proses pendaftaran perniagaan milikan tunggal:
I. Mengisi Borang A
II. Mengisi Borang Carian nama
III. Mendapatkan Borang D setelah pendaftaran diluluskan
IV. Menyerahkan Borang di Kaunter Pendaftaran Perniagaan
Susun proses pendaftaran perniagaan milikan tunggal mengikut urutan yang betul.
A. I, II, III, IV
B. II, IV, I, III
C. II, I, IV, III
D. I, IV, II, III
Antara yang berikut, yang manakah maklumat yang berkaitan dengan KEKURANGAN dalam menjalankan perniagaan milikan tunggal ?
A: Diuruskan secara berseorangan dan pemilik menganggung semua beban kerja
B: Bebas meguruskan perniagaan
C: Pemilik perlu membayar cukai pendapatan dan cukai syarikat
D: Mudah ditubuhkan dan memerlukan modal yang kecil
Nyatakan nama agensi yang bertanggungjawab untuk mendaftarkan perniagaan di Malaysia.
A. Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC)
B. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
C. Sektor Keusahawanan MARA
D. TEKUN Nasional
Perkongsian merupakan satu kaedah perniagaan kerjasama antara dua atau lebih individu untuk menjalankan perniagaan bersama berdasarkan syarat-syarat yang telah dipersetujui bersama. Antara yang berikut, yang manakah maklumat berkenaan dengan KELEBIHAN untuk membuka perniagaan jenis perkongsian?
I. Kerugian dalam perniagaan dapat dikongsi bersama
II. Cukai lebih rendah kerana hanya perlu membayar cukai pendapatan individu sahaja
III. Sukar untuk berkongsi kepakaran dan kemahiran
IV. Pemilik menanggung liabiliti sepenuhnya
A. II & III
B. III & IV
C. I & III
D. I & II
………… merupakan satu kaedah perniagaan barang atau perkhidmatan yag mana sebuah syarikat induk (francaisor) memberi hak kepada syarikat lain (francaisi) untuk memasarkan keluaran francaisor.
A. Perkongsian
B. Francais
C. Milikan Tunggal
D. Syarikat Awam
~ Institut yang memastikan barang bermutu dan selamat menepati piawai
~ Menyediakan latihan kepada usahawan
~ Menetapkan piawai dan kualiti produk dan perkhidmatan di Malaysia
Maklumat di atas adalah bentuk sokongan atau latihan yang disediakan oleh agensi sokongan dan latihan. Pada pendapat anda, agensi yang manakah sepadan dengan bentuk sokongan dan latihan yang dinyatakan di atas?
A. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
B. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
C. Malaysian Digital Economy Corporation
D. Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia
Antara yang berikut, yang manakah jawapan yang tepat bagi menjelaskan fungsi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ?
I. Agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan
II. Membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam
III. Melahirkan dan membangunkan usahawan melalui pembiayaan mikro kredit yang mudah di akses
IV. Mengawalselia pematuhan perundangan korporat dan pendaftaran perniagaan
A. I, II, & III
B. I, II & IV
C. II & III
D. I & IV
“Status halal ke atas produk-produk di pasaran tidak boleh dipandang ringan oleh pengguna-pengguna Islam khususnya. Sebelum pindaan kepada Akta Perihal Dagangan 2011, terdapat banyak kes-kes penipuan label halal yang telah dilakukan oleh peniaga atau pengeluar produk halal yang mendakwa produk mereka halal, namun hakikatnya tidak sebegitu. Hal ini kerana kebanyakan pengusaha makanan atau penjual di Malaysia melihat industri halal ini sebagai satu peluang perniagaan yang berkredibiliti di mana sebarang produk yang dilabel sebagai halal akan dilihat sebagai mempunyai kredibiliti di mata pengguna”
Merujuk kepada penyataan di atas, agensi yang manakah bertanggungjawab dalam mengendalikan kes berkenaan dengan penyalahgunaan label halal?
A. Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM)
B. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
C. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
D. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Mary berhasrat untuk memperkenalkan produk keluaran syarikat beliau Mary Reffa Beauty bagi produk kecantikan dan kesihatan untuk dijual di pasaran. Namun begitu, Mary tidak boleh meneruskan niat untuk menjual produk tersebut tanpa diiktiraf dan dinilai oleh sebuah agensi yang bertanggungjawab untuk menjalankan ujian makmal ke atas produk beliau. Tujuan ujian adalah untuk memastikan produk tersebut selamat digunakan bagi menjamin kualiti dan keselamatan ubat-ubatan, kosmetik dan suplemen kesihatan sebelum dijual di pasaran.
Nyatakan nama agensi yang bertanggungjawab membuat penilaian ke atas produk keluaran syarikat Mary Reffa Beauty.
A. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
B. Food Safety Information System of Malaysia (FOSIM)
C. Pendaftaran Produk Ubat-Ubatan Dengan KKM & Notifikasi Kosmetik (NPRA)
D. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Antara yang berikut, pilih FUNGSI yang tepat bagi Sektor Keusahawanan Mara (MARA) terhadap usahawan.
A. Melahirkan dan membangunkan usahawan melalui pembiayaan mikro kredit yang mudah di akses
B. Berperanan dalam aspek kesejahteraan hidup seperti pendidikan, kesihatan, sosial dan budaya, hidup dalam persekitaran yang selesa dan dinamik, serta mengangkat martabat usahawan ke tahap yang lebih tinggi
C. Membudaya, mewujud, meningkat dan mengukuhkan usahawan Bumiputera melalui latihan, galakan perniagaan, khidmat nasihat dan kerjasama strategik.
D. Mengenalpasti, membangun dan menjadi pemudah cara untuk perlaksanaan inisiatif-inisiatif di bawah bidang keberhasilan utama ekonomi atau “National Key Economic Area” (NKEA)
Berdasarkan soalan “Can We Win?”, pada pendapat anda soalan tersebut lebih tertumpu kepada aspek berkenaan :
A. Mengetahui ciri-ciri kelebihan pada produk syarikat
B. Konsep yang jelas mengenai produk jualan
C. Risiko yang dapat dihadapi oleh peniaga
D. Syarikat mempunyai keunggulan
“Walaupun telah melalui zaman yang serba canggih, manusia tetap mempunyai masalah. Sebenarnya, penyelesaian untuk setiap masalah mewujudkan peluang perniagaan. Perniagaan yang dijalankan kini adalah daripada masalah-masalah yang dihadapi oleh msyarakat terdahulu.”
Penjanaan idea perniagaan yang manakah sesuai bagi penyataan di atas?
A. Keperluan Pelanggan
B. Permintaan Pasaran
C. Masalah Sedia Ada
D. Mengkaji selidik barang sedia ada
Berikut adalah kaedah yang digunakan dalam penjanaan idea perniagaan, KECUALI:
A. Perlu ada masalah sedia ada
B. Keperluan pelanggan
C. Permintaan pelanggan
D. Mengkaji selidik barang yang belum ada
