wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sistem Perundangan

Total questions: 20

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Komponen Parlimen terdiri daripada Yang Dipertuan Agong, Dewan Rakyat dan

a)

Dewan Undangan Negeri

b)

Dewan Negara

c)

Kabinet

2.

Siapakah yang melantik Setiausaha Dewan Rakyat dan Dewan Negara adalah atas nasihat Perdana Menteri ?

a)

Sultan

b)

Yang Dipertuan Agong

c)

Kabinet

3.

Berapakah bilangan Ahli Dewan Parlimen pada masa sekarang?

a)

122

b)

222

c)

322

4.
Yang manakah benar berkaitan hak individu terhadap harta?
I. Harta seseorang perlu diwartakan
II. Harta seseorang boleh diambil untuk negara
III. Harta seseorang tidak boleh digunakan secara paksa
IV. Harta tidak boleh diambil sewenang-wenangnya tanpa pampasan
a)
A. I dan II
b)
B. I dan IV
c)
C. II dan III
d)
D. III dan IV
5.
Yang manakah terletak di bawah Senarai Bersama dalam pembahagian kuasa perundangan?
a)
A. Pendidikan
b)
B. Perumahan
c)
C. Pertanian dan perhutanan
d)
D. Panggung wayang dan tempat hiburan awam
6.
Yang manakah antara berikut merupakan peranan Peguam Negara dalam Mahkamah Khas Raja-Raja?
a)
A. Menjadi pemerhati
b)
B. Menjadi peguam bela
c)
C. Memulakan pendakwaan
d)
D. Mencabar keputusan mahkamah
7.
Yang manakah merupakan bidang kuasa Speaker Dewan Rakyat?
I. Menyediakan laporan lengkap perbahasan Dewan
II. Mengeluarkan penyata rasmi bagi persidangan dan prosedur
III. Mengenakan tindakan disiplin terhadap ahli yang tidak mematuhi peraturan dewan
IV. Menghubungi Suruhanjaya Pilihan Raya jika timbul kekosongan kerusi Dewan Rakyat
a)
A. I dan II
b)
B. I dan IV
c)
C. II dan III
d)
D. III dan IV
8.
Yang manakah kesalahan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya yang boleh dipecat oleh Yang di-Pertuan Agong tanpa melalui tribunal?
I Menjadi ahli Dewan Undangan Negeri
II Menjadi Penasihat Persatuan Pesara Tentera
III Memegang jawatan Pengerusi Belia Felda Malaysia
IV Memegang jawatan Ketua Pengarah Imigresen Malaysia
a)
A I dan II
b)
B I dan IV
c)
C II dan III
d)
D III dan IV
9.
Yang manakah kuasa Yang di-Pertuan Agong terhadap badan perundangan?
a)
A. Melantik Peguam Negara
b)
B. Melantik Perdana Menteri
c)
C. Memperkenankan Rang Undang-Undang
d)
D. Menjaga hak istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak
10.
Yang manakah peristiwa yang menyebabkan seseorang ahli Dewan Rakyat mengambil tindakan mengosongkan kerusinya?
a)
A. Dilantik sebagai Menteri Besar
b)
B. Dituduh terlibat dalam perlakuan rasuah
c)
C. Hilang kepercayaan daripada Perdana Menteri
d)
D. Dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara
11.
Yang manakah kes sivil yang dibicarakan di Mahkamah Syariah?
a)
A. Khalwat
b)
B. Mengamalkan ajaran sesat
c)
C. Tidak berpuasa di bulan Ramadhan
d)
D. Pembahagian atau tuntutan harta sepencarian
12.
Yang manakah padanan yang benar tentang klasifikasi perundangan?
I Undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen
II Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri di Sarawak
III Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri di Semenanjung
a)
A. II- Ordinan, I - Enakmen, III - Akta
b)
B. II-Ordinan, III- Enakmen, I - Akta
c)
C. I- Ordinan, II - Enakmen, III-Akta
d)
D. III-Ordinan, II-Enakmen, I-Akta
13.
I. Proses kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara
II. Dipersetujui secara kolektif oleh Jemaah Menteri
III. Kementerian merangka dasar Rang Undang-undang
Susun perkara-perkara di atas mengikut urutan yang betul dalam proses penggubalan undang-undang negara.
a)
A. III,II,I
b)
B. I, III, II
c)
C. III, I, II
d)
D. II, I, III
14.

Yang manakah tugas badan perundangan?

a)

Menggubal undang-undang negara

b)

Melaksanakan undang-undang negara

c)

Mentafsirkan perlembagaan Persekutuan

d)

Menentukan kesahihan undang-undang negara

15.

Yang manakah benar tentang mesyuarat pemilihan Yang di-Pertuan Agong ?

a)

Semua ahli Majlis Raja-Raja tidak terlibat dalam pemilihan.

b)

Pemilihan dibuat berdasarkan tawaran kepada raja yang layak.

c)

Calon mestilah mendapat majoriti 7 undi daripada ahli Majlis Raja-Raja.

d)

Keputusan pemilihan akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di Parlimen.

16.

Antara yang berikut, yang manakah tugas Yang di-Pertuan Agong ?

I Melantik Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

II Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

III Melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan.

IV Memperkenan atau tidak permintaan pembubaran Parlimen.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

17.

Yang manakah benar tentang bidang kuasa Dewan Negara ?

a)

Menangguh rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat.

b)

Menolak rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat.

c)

Membuat pindaan ke atas rang undang-undang.

d)

Memulakan perbahasan rang undang-undang.

18.

Yang manakah benar tentang jawatan Setiausaha Dewan Negara ?

a)

Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

b)

Dipilih daripada kalangan ahli Dewan Negara.

c)

Memegang jawatan sehingga Parlimen dibubarkan.

d)

Boleh dipecat oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri.

19.

"Membicarakan kesalahan Encik X warganegara negara P yang melakukan jenayah di atas kapal terbang yang didaftarkan di Malaysia."

Bidang kuasa di atas merujuk kepada …

a)

Mahkamah Seksyen

b)

Mahkamah Tinggi

c)

Mahkamah Rayuan

d)

Mahkamah Persekutuan

20.

• Lesen penjaja jalanan

• Bayaran letak kereta

Pernyataan di atas merujuk kepada bidang kuasa

a)

Jabatan Penilaian

b)

Kerajaan Persekutuan

c)

Pihak Berkuasa Tempatan

d)

Lembaga Hasil Dalam Negeri