NEW
Font size
WorksheetsPERIBAHASA MELAYU
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Apakah maksud peribahasa melayu?
Bahasa kiasan yang bertujuan memberi nasihat, teguran dan sindiran.
Merupakan salah satu jenis puisi lama yang sangat luas dikenal dalam bahasa-bahasa dituturi.
Merupakan sejenis puisi yang berlagu.
Apakah maksud air yang dicincang tidak akan putus?
Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.
Perselisihan antara adik-beradik tidak akan kekal lama dan akhirnya akan berbaik semula.
Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dibuat sehingga selesai dan berjaya.
Apakah peribahasa bagi "orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut."
Seperti kacang lupakan kulit.
Alah bisa, tegal biasa.
Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.
Apakah maksud "alah bisa, tegal biasa"?
Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.
Perkara atau kerja yang susah menjadi senang kalau selalu dibuat.
Ada maksud tersembunyi dari perbuatan seseorang.
Apakah peribahasa bagi "perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan."
Indah khabar dari rupa.
Ada gula, ada semut.
Seperti lembu dicucuk hidung.
Apakah maksud peribahasa "seperti lembu dicucuk hidung"?
Di mana ada rezeki, di situ ramai orang.
Kalau takut berhadapan dengan penderitaan, jangan melakukan perkara yang susah.
Orang yang selalu menurut kemahuan orang.
Apakah maksud "bagai cendawan tumbuh selepas hujan"?
Terlalu banyak pada sesuatu masa.
Sangat gembira kerana hujan.
Tidak mencukupi pada sesuatu masa.
Maksud "ada udang disebalik batu"?
Ada hikmah atau pengajaran pada setiap kejadian.
Ada usaha yang berpanjangan.
Ada maksud tersembunyi dari perbuatan seseorang.
Apakah peribahasa bagi "mengambil tahu hal orang lain walaupun tidak melibatkan dirinya"?
Menjaga tepi kain orang.
Ada ubi, ada batas.
Sediakan payung selepas hujan.
Maksud peribahasa "alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan"?
Sentiasa bersikap negatif.
Berputus asa sebelum selesai tugasan.
Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dibuat sehingga selesai dan berjaya.
