wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab 5 : Sistem Kewangan

Total questions: 20

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Sistem kewangan didefinisikan seperti berikut :- “Sistem yang membolehkan berlakunya pemindahan dana (wang) diantara (i) , (ii) dan (iii) . Kenalpasti (i), (ii) dan (iii)

a)

Pemberi pinjaman

b)

Pembiaya

c)

Peminjam

d)

Pembekal

e)

Pelabur

2.

Struktur sistem kewangan terbahagi kepada yang berikut kecuali

a)

Pasaran Kewangan

b)

Instrumen Kewangan

c)

Badan Kawalselia

d)

Institusi Kewangan

3.

Pasaran Kewangan menyediakan mekanisme untuk jualbeli instrumen kewangan dengan lebih cepat dan murah.Ini mrupakan fungsi pasaran kewangan ....

a)

Mengintergrasikan maklumat pasaran

b)

Perukaran Risiko

c)

Menyediakan Kecairan

4.

Pasaran untuk memperoleh dana jangka panjang yang terdiri daripada pasaran saham dan pasaran bon/sukuk diterbitkan kerajaan dan badan perdagangan swasta kepada pelabur. Kenyataan ini merujuk kepada pasaran ....

a)

Pasaran Wang

b)

Pasaran Modal

c)

Pasaran Pertukaran Mata Wang Asing

d)

Pasaran Derivatif

5.

Di antara berikut yang manakah merupakan dua fungsi pasaran pertukaran matawang asing.

a)

Membantu peniaga dan pelabur antarabangsa menukarkan matawang

b)

Memberi kemudahan kepada pelabur yang memerlukan alat pelaburan yang inovatif dan fleksibel yang dapat mengambil peluang-peluang dari pasaran global.

c)

Membantu institusi melaksanakan urusniaga bertukaran matawang.

d)

Membolehkan syarikat memperolehi sumber dana melalui penjualan sekuriti kewangan jangka pendek

6.

Berikut merupakan fungsi Bank Perdagangan kecuali

a)

Memberi kredit (pinjaman) kepada yang wajar menerima

b)

Membolehkan pengiriman wang dengan pelbagai kaedah samada dalam atau luar negara

c)

Memudahkan kaedah pembayaran dan pembiayaan perdagangan antarabangsa

d)

Untuk mengadakan pengawasan ke atas pasaran wang dan pasaran pertukaran asing

7.

Fungsi Bank ini adalah antaranya untuk menerbitkan dan menyenaraikan saham dan menguruskan portfolio pelaburan serta menyediakan khidmat nasihat korporat. Kenalpasti apakah jenis bank tersebut.

a)

Bank Negara Malaysia

b)

Bank Islamik

c)

Bank Pelaburan

d)

Bank Perdagangan

8.

Berikut merupakan fungsi institusi kewangan bukan perbankan KECUALI

a)

Sumber kewangan kepada pasaran modal negara.

b)

Menggalakkan Pelaburan

c)

Menggalakkan Peminjaman

d)

Menggalakkan Tabungan

9.

XX mengendalikan sebuah bursa bersepadu penuh, yang menawarkan produk-produk ekuiti, derivatif, bon serta produk-produk Islam dan menyediakan julat luas bagi pilihan-pilihan pelaburan secara global. XX merupakan

a)

Bank Negara Malaysia

b)

Suruhanjaya Sekuriti

c)

Bursa Malaysia

10.

Modal nominal atau modal berdaftar dalam saham iaitu jumlah modal yang dinyatakan dalam memorandum ataupun tata wujud syarikat yang didaftarkan dengan pendaftar syarikat. Ia dikenali sebagai

a)

Nilai Tara

b)

Modal Dibenarkan

c)

Modal Diterbitkan

11.

Berikut merupakan ciri- ciri saham keutamaan KECUALI

a)

Pemegang saham mempunyai hak untuk mengundi

b)

Kadar dividen tetap setiap tahun

c)

Keutamaan dari segi membuat tuntutan berbanding pemegang saham biasa

d)

Dividen bersifat kumulatif

12.

Diantara yang berikut, yang manakah merupakan sumber pembiayaan jangka pendek

a)

Kertas Komersil/ Perdagangan

b)

Kredit Perdagangan

c)

Overdraf

d)

Kredit Perdagangan

13.

Definisi kos pengapungan adalah :-

a)

Nisbah pembayaran yang dikenakan kepada peminjam.

b)

Kos yang terlibat dalam sesuatu terbitan sekuriti baharu.

c)

Cukai yang dikenakan dalam bentuk setem terhadap sesuatu dokumen perjanjian atau pindah hak milik

14.

Syarat-syarat bayaran yang ditawarkan penjual kepada pembeli juga dikenali sebagai

a)

Terma kredit

b)

Terma debit

c)

Kos pengapungan

d)

Kadar Faedah

15.

Prinsip 5 C merupakan prinsip-prinsip asas yang digunakan oleh pihak pengurusan membuat keputusan yang cekap dalam meluluskan sesuatu kredit. Diantara berikut yang manakah bukan merupakan prinsip 5C

a)

Suasana

b)

Perwatakan

c)

Modal

d)

Cagaran

e)

Keperibadian

16.

16. Sebuah badan yang antara fungsinya adalah meluluskan terbitan bon, memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen. Badan tersebut merupakan

a)

Bank Negara Malaysia

b)

Suruhanjaya Sekuriti

c)

Bursa Malaysia

d)

Institusi Kewangan Perbankan

17.

17. Mr Robert membuat pinjaman sebanyak 18 juta di Maybank Berhad. Sebelum meluluskan pinjaman,pihak bank telah meneliti kedudukan nisbah kecairan syarikat Mr Robert samada ia mempunyai nisbah kecairan yang tinggi bagi melunaskan pinjaman jangka pendek. Kenalpasti prinsip 5C yang sedang diteliti oleh pihak bank.

a)

Modal

b)

Kepupayaan

c)

Perwatakan

d)

Suasana

e)

cagaran

18.

18. Sebelum meluluskan pinjaman Mr. Robert, Maybank Bhd telah membuat tinjauan tentang aliran tunai masuk yang bakal diperolehi oleh syarikat Mr. Robert serta potensi keuntungan pada masa hadapan. Prinsip 5 C yang sedang dilihat oleh pihak bank adalah

a)

Modal

b)

Perwatakan

c)

Keupayaan

d)

Suasana

e)

Cagaran

19.

19. Pihak Maybank telah mengambil kira keadaan persekitaran dalaman syarikat samada bermasalah atau tidak, keadaan ekonomi Malaysia serta aktiviti pelaburan, teknologi dan pembangunan baru bagi meluluskan pinjaman Mr. Robert. Prinsip 5 C yang terpakai adalah

a)

Modal

b)

Keupayaan

c)

Perwatakan

d)

Suasana

e)

Cagaran

20.

20. Maybank Bhd berusaha menghubungi pembekal terbesar syarikat Mr .Robert bagi mendapatkan data pembayaran, mencari maklumat di CCRIS berkaitan sejarah pembayaran pinjaman Mr. Robert. Prinsip 5 C yang dipenuhi aalah

a)

Modal

b)

Cagaran

c)

Keupayaan

d)

Perwatakan

e)

Suasana