wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH BAHASA MELAYU

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Bahasa Melayu termasuk dalam golongan bahasa

a)

Jawa

b)

Filipina

c)

Sumatera

d)

Kalimantan

2.

Filum mempunyai pengertian sebagai

a)

bahasa yang berusia melebihi 5000 tahun

b)

bahasa yang mempunyai hubungan kekerabatan

c)

bahasa yang berumur antara 2500 - 5000 tahun

d)

bahasa yang mempunyai penyimpangan sedikit

3.

Yang manakah bahasa yang tergolong dalam subkeluarga bahasa Nusantara

a)

bima

b)

tonga

c)

annam

d)

nicobar

4.

Yang manakah batu bersurat yang ditulis dalam huruf nagiri

a)

batu bersurat gandasuli

b)

batu bersurat di Talang Tuwo

c)

batu bersurat di Kota Kapur

d)

batu bersurat di Kedukan Bukit

5.
  • marlapas, niparwuat , sapuloh dua

Kata-kata bahasa mealy kuno diatas bermaksud

a)

berlepas, dibuat, dua puluh

b)

melepas, diperbuat, dua belas

c)

berlepas, diperbuat, dua belas

d)

melepas, memperbuat, dua puluh

6.

Pernyataan yang berikut benar tentang bahasa melayu kuno kecuali

a)

kata kerja pasif ditandai oleh awalan ni-

b)

vokal e pepet tidak terdapat dalam bahasa melayu kuno

c)

bunyi [w] dalam bahasa melayu kuno sama dengan bunyi [b] dalam bahasa melayu moden

d)

fungsi awalan ma- dalam bahasa melayu kuno sama dengan awalan ber- dalam bahasa melayu moden

7.

Yang manakah persamaan antara batu bersurat di Gandasuli dengan batu bersurat di Bangkahulu

a)

kedua-duanya ditulis dengan tulisan kawi

b)

kedua-duanya dijumpai di pulau Sumater

c)

kedua-duanya ditulis dengan tulisan palava

d)

kedua-duanya ditulis dengan tulisan nagiri

8.

Tulisan yang manakah antara yang berikut pernah ditulis pada daun lontar

a)

tulisan jawi

b)

tulisan kawi

c)

tulisan palava

d)

tulisan nagiri

9.

Yang berikut ialah bukit penggunaan bahasa melayu klasik kecuali

a)

batu bersurat di Minye Tujoh

b)

patung gangsa di Padang Lawas

c)

batu nisan Sultan Malik al-Salleh

d)

surat Sultan Abu Hayat II kepada Raja John III

10.

Mualim pun memujuk pembesar negeri itu. Kemudian pembesar itu pun membawa mualim ke tempat persembunyian puteri raja. Maka dibawa oranglah puteri raja itu ke istana. Dengan penuh keikhlasan mualim pun dikurniakan gelaran oleh tuan puteri.


Ciri bahasa melayu klasik yang manakah yang tidak terdapat dalam petikan di atas ?

a)

penggunaan partikel

b)

penggunaan ayat majmuk

c)

penggunaan struktur ayat pasif

d)

penggunaan kosa kata bahasa arab

11.

Pernyataan yang manakah yang tidak berkaitan dengan tujuan perancangan korpus bahasa Melayu ?

a)

untuk menghasilkan satu variasi bahasa yang seragam

b)

untuk memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi

c)

untuk membolehkan semua penutur bahasa melayu menggunakan variasi bahasa yang sama

d)

untuk menghasilkan satu variasi bahasa melayu yang boleh digunakan dalam pelbagai bidang

12.

Yang manakah pernyataan yang berkaitan dengan perancangan korpus dalam bahasa melayu

a)

bahasa melayu menjadi bahasa kebangsaan

b)

bahasa melayu diwajibkan dalam segala urusan kerajaan

c)

bahasa melayu menjadi bahasa pengantar dalam bidang pendidikan

d)

bahasa melayu diperkaya dengan istilah khusus dalam pelbagai bidang ilmu

13.

Imbuhan awalan bi- merupakan imbuhan pinjaman daripada bahasa

a)

arab

b)

parsi

c)

inggeris

d)

sanskrit

14.

Pilih turutan yang betul berkaitan dengan kemasukan pengaruh bahasa asing ke dalam bahasa melayu

a)

sanskrit-inggeris-arab-belanda

b)

sanskrit-arab-portugis-inggeris

c)

sanskrit-portugis-arab-inggeris

d)

arab-sanskrit-belanda-inggeris

15.

Yang manakah perkataan yang mengandungi tiga suku kata terbuka dan dua suku kata tertutup

a)

bersendirian

b)

kemanusiaan

c)

terkebelakang

d)

persembunyian