WorksheetsBahasa Melayu Pemahaman Tahun 4
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
- Hadi _______________ nota tentang maklumat yang diperolehnya itu daripada internet.
tercatat
catatan
pencatat
mencatat
Di sepanjang laluan itu, mereka ____________ pokok-pokok yang rendang.
tanami
ditanam
menanam
tanaman
"_____________ air tadahan untuk menyiram pokok-pokok bunga," kata ibu kepada kakak.
Gunakan
Pengguna
Digunakan
Menggunakan
Buku-buku dan majalah lama itu ___________ untuk dihantar ke pusat kitar semula.
diikat
ikatan
terikat
mengikat
Nenek Mah memasukkan __________ ke dalam sarung bantal itu untuk dibuat bantal.
bebola
kekabu
dedaun
bebawang
Adik ___________ akan ibu sudah seminggu berada di hospital kerana kemalangan jalan raya.
rindu
bosan
kecewa
gembira
Topi keledar itu mempunyai span yang __________ dan lembut di dalamnya.
jauh
tebal
tinggi
besar
__________ itu mempunyai kepak yang cantik dan berwarna-warni.
Rerama
Jejentik
Ranting-ranting
Ikan-ikan
Firas memberikan makanan kepada ___________ di dalam kolam itu.
bebaling
duit-duit
ikan-ikan
jejentik
Min Sheng membuang air yang bertakung di dalam piring pasu bunga itu supaya tidak menjadi tempat pembiakan __________.
jejentik
bebaling
rerama
duit-duit
