wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

13/10-PI T3 : ULANGKAJI BIDANG AKIDAH T3

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Pilih pernyataan yang betul berkaitan nama Allah al-Ghaniy


i. Amat banyak memberi rezeki

ii. Tidak memerlukan kepada yang lain

iii. Nama Allah SWT yang menunjukkan bahawa Allah Maha Kaya

iv. Nama Allah SWT yang menunjukkan bahawa Allah Maha Pemberi Rezeki

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

iii dan iv

d)

i dan iv

2.

Dalil Allah SWT sebagai al-Ghaniy ialah ___________.

a)

ayat 6 surah Hud

b)

ayat 58 surah az-Dzariyat

c)

ayat 62 surah al-'Ankabut

d)

ayat 38 surah Muhammad

3.

Berikut ialah bukti bagi Allah SWT sebagai ar-Razzaq kecuali

a)

Allah memberi rezeki kepada seluruh makhluk-Nya

b)

Allah mencukupkan keperluan makhluk dengan kurniaan-Nya

c)

Allah berjanji menambah rezeki kepada hamba yang bersyukur

d)

Allah berkuasa melapangkan dan menyempitkan rezeki hamba-hamba-Nya

4.

Allah menguasai seluruh makhluk di langit dan di bumi ialah bukti Allah itu ____________.

a)

al-Khaliq

b)

al-Ghaniy

c)

al-Razzaq

d)

al-Musawwir

5.

(إن الله هو الرزاق ذو القوة المتين) ialah dalil naqli Allah SWT bersifat ____________.

a)

al-Qadir

b)

al-Qawiy

c)

al-Ghaniy

d)

ar-Razzaq

6.

Berikut ialah ciri seorang nabi kecuali

a)

dikurniakan wahyu kepadanya

b)

lelaki yang dipilih oleh Allah SWT

c)

diperintah untuk menyampaikan wahyu kepada umat

d)

tidak diperintah untuk menyampaikan wahyu kepada umat

7.

-Hissiyah

-Ma'nawiyah


Pernyataan di atas merujuk kepada :

a)

jenis mukjizat

b)

maksud ismatur rasul

c)

senarai rasul ulul azmi

d)

contoh sifat harus bagi rasul

8.

Lawan sifat fatonah ialah _____________.

a)

Kitman

b)

Basyariyah

c)

Khianat

d)

Kazib

9.

Antara contoh sifat harus bagi rasul ialah ___________.

a)

siddiq

b)

tabligh

c)

amanah

d)

makan dan minum

10.

Antara rasul ulul azmi ialah __________.

a)

Nabi Lut

b)

Nabi Nuh

c)

Nabi Adam

d)

Nabi Ismail

11.

Nabi Ibrahim digelar "_______________".

a)

abul basyar

b)

abul anbiya'

c)

sayyidul mursalin

d)

khatamun nabiyyin

12.

Nabi Yaakub ialah putera kepada _____________.

a)

Nabi Ishak

b)

Nabi Yusuf

c)

Nabi Ismail

d)

Nabi Ibrahim

13.

Yaumuddin bermaksud _____________.

a)

hari kiamat

b)

hari pembalasan

c)

hari perhitungan

d)

hari kebangkitan

14.

Pahala ialah

a)

perpisahan antara roh dan jasad

b)

alam pemisah antara dunia dengan akhirat

c)

ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada orang beriman

d)

balasan buruk yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada orang yang buar maksiat

15.

Penimbang amalan yang disediakan oleh Allah untuk menimbang amalan baik dan buruk ialah _____________.

a)

sirat

b)

mizan

c)

syurga

d)

neraka

16.

Antara tanda kecil kiamat ialah


i. amanah dikhianati

ii. zina dan arak tersebar

iii. muncul al-Imam al-Mahdi

iv. bilangan ulama' berkurangan

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii dan iv

c)

i, iii dan iv

d)

i, ii, iii dan iv

17.

Pilih kesan beriman kepada hari akhirat dari sudut ibadah

a)

bersifat amanah

b)

segera bertaubat

c)

meninggalkan maksiat

d)

memperbanyak amalan soleh

18.

Qada' dari segi bahasa bermaksud

a)

menyempurnakan sesuatu

b)

menjelaskan kadar sesuatu

c)

ketentuan Allah SWT yang azali

d)

pelaksanaan sesuatu perkara mengikut ketentuan Allah

19.

Pilih pernyataan yang benar tentang maksud beriman kepada qada' dan qadar


i. Allah SWT melaksanakan ketentuan-Nya mengikut ketetapan

ii. manusia mempunyai kuasa untuk mengubah qada' dan qadar

iii. semua perkara tertakhluk kepada kehendak dan kekuasaan Allah

iv. semua ketentuan Allah SWT mempunyai hikmah terhadap hamba-Nya

a)

i, ii, dan iii

b)

i, ii dan iv

c)

i, iii dan iv

d)

i, ii, iii dan iv

20.

Pilih kesan beriman kepada qada' dan qadar dari sudut akidah

a)

tekun beribadah

b)

sabar dan reda atas musibah

c)

mengelakkan diri daripada syirik

d)

bersyukur atas nikmat Allah SWT