wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

15/10-PI T3 : ULANGKAJI BIDANG FIQH T3

Total questions: 30

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Berikut ialah contoh fardhu ain kecuali

a)

berpuasa

b)

menutup aurat

c)

solat bejemaah

d)

solat lima waktu

2.

Fardhu kifayah ialah tuntutan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT ke atas

a)

rakyat sesebuah negara

b)

manusia keseluruhannya

c)

setiap Muslim yang mukallaf

d)

masyarakat Islam secara kolektif

3.

Siapakah yang akan berdosa sekiranya tuntutan fardhu ain tidak dilaksanakan?

a)

Seluruh manusia

b)

Individu tersebut

c)

Masyarakat tersebut

d)

Pemimpin sesebuah negara tersebut

4.

Pilih kesan penghayatan fardhu ain dan fardhu kifayah kepada diri


i. membina masyarakat yang berdisiplin

ii. membentuk keperibadian Muslim sejati

iii. negara aman dan bebas daripada jenayah

iv. membudayakan amalan mulia dalam kehidupan

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

i dan iv

d)

ii dan iv

5.

"Fardhu ain dan fardhu kifayah saling berkaitan"


Berikut ialah contoh hubung kait fardhu kifayah bagi ibadah solat kecuali

a)

saintis menyediakan air

b)

ahli falak menentukan arah kiblat

c)

tukang jahit menjahit pakaian yang menutup aurat

d)

penghias dalaman mendekorasi masjid agar suasana dalaman masjid lebih tenang dan indah

6.

-Diajar kalimah syahadah

-Dibaca surah Yasin di sisinya


Perkara di atas ialah

a)

adab menziarahi jenazah

b)

kewajipan terhadap jenazah

c)

tindakan awal terhadap jenazah

d)

tindakan ketika menghadapi orang yang sedang nazak

7.

Pilih pernyataan yang benar tentang adab menziarahi jenazah

a)

menutup kedua-dua mata jenazah

b)

melembutkan sendi tulang jenazah

c)

meletakkan tangan jenazah di dadanya

d)

mendoakan keampunan untuk jenazah

8.

"Meratakan air ke seluruh tubuh jenazah"


Pernyataan di atas merujuk kepada maksud

a)

memandikan jenazah

b)

mengafankan jenazah

c)

mengebumikan jenazah

d)

menyembahyangkan jenazah

9.

Jenazah lelaki afdal dikafankan dengan ___________ lapis kain putih.

a)

1

b)

3

c)

5

d)

7

10.

Kubur ___________ digali sekurang-kurangnya dapat menahan daripada keluar bau

a)

harus

b)

sunat

c)

wajib

d)

haram

11.

___________ ialah orang yang tiada harta yang mencukupi untuk keperluan dirinya

a)

Fakir

b)

Miskin

c)

Hamba

d)

Orang berhutang

12.

Mendapat redha Allah SWT ialah hikmah pensyariatan zakat terhadap ____________.

a)

negara

b)

pemberi

c)

penerima

d)

masyarakat

13.

Apakah hukum mengeluarkan zakat fitrah pada waktu maghrib 30 ramadhan sehingga subuh 1 syawal?

a)

Sunat

b)

Wajib

c)

Haram

d)

Makruh

14.

Berikut ialah zakat harta kecuali

a)

zakat emas

b)

zakat fitrah

c)

zakat tanaman

d)

zakat haiwan ternakan

15.

Kadar zakat bagi harta rikaz ialah ______.

a)

5 %

b)

10 %

c)

20 %

d)

2.5 %

16.

Umat Islam menyambut Aidiladha pada _____________.

a)

1 Syawal

b)

1 Zulhijjah

c)

10 Zulhijjah

d)

1 Ramadhan

17.

Berikut ialah amalan sunat semasa menyambut Aidilfitri kecuali

a)

datang awal ke masjid

b)

makan selepas solat raya

c)

memakai pakaian terbaik

d)

menghidupkan malam dengan takbir dan doa

18.

Antara yang berikut, yang manakah pernyataan yang benar tentang hari raya?

a)

Khutbah hari raya disampaikan sebelum solat raya

b)

Takbir dalam rakaat pertama solat raya sebanyak 9 kali

c)

Umat Islam perlu membeli baju baru sempena hari raya

d)

Sunat dimulakan khutbah kedua dengan takbir sebanyak 7 kali

19.

Rakaat pertama ---> Surah Al-A'la

Rakaat kedua ---> Surah X


Pernyataan di atas menunjukkan kaifiyat solat sunat hari raya. Surah X di atas ialah ______________.

a)

al-Mulk

b)

al-Ikhlas

c)

al-Fatihah

d)

al-Ghasyiyah

20.

Berikut ialah hikmah pensyariatan hari raya kecuali

a)

mengeratkan silaturrahim

b)

sebagai tanda kemegahan

c)

menonjolkan rasa kegembiraan

d)

sebagai tanda syukur kepada Allah SWT

21.

Hukum qiamullail ialah _____________.

a)

sunat

b)

harus

c)

wajib

d)

makruh

22.

Dalil qiamullail ialah ___________.

a)

ayat 79 surah al-Isra'

b)

ayat 133 surah Ali Imran

c)

ayat 38-39 surah ar-Ra'd

d)

ayat 1-10 surah al-Kahfi

23.

Antara yang berikut, yang manakah amalan Rasulullah SAW sebelum qiamullail?


i. Mandi

ii. Bersiwak

iii. Solat tahajud

iv. Memandang ke langit sambil membaca ayat 190 surah Ali Imran

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

i dan iv

d)

ii dan iv

24.

Berikut ialah solat yang boleh dilaksanakan ketika qiamullail kecuali

a)

solat asar

b)

solat hajat

c)

solat tasbih

d)

solat taubat

25.

Pilih kelebihan orang yang mengamalkan qiamullail

a)

Doa makbul

b)

Mengeratkan silaturrahim

c)

Melahirkan rasa kegembiraan

d)

Malaikat memayungi sayap untuknya

26.

Solat dua rakaat sebelum duduk ketika setiap kali masuk ke dalam masjid ialah _________________.

a)

solat sunat witir

b)

solat sunat hajat

c)

solat sunat rawatib

d)

solat sunat tahiyatul masjid

27.

-2 hingga 12 rakaat

-Boleh dilakukan secara bersendiri atau secara berjemaah


Pernyataan di atas ialah kaifiyat menunaikan _____________.

a)

solat sunat hajat

b)

solat sunat tarawih

c)

solat sunat qabliah

d)

solat sunat ba'diah

28.

Bilakah solat sunat hajat dilaksanakan?

a)

Selepas solat fardhu

b)

Sebelum solat fardhu

c)

Setiap kali masuk ke masjid sebelum duduk

d)

Bila-bila masa kecuali waktu yang diharamkan

29.

Sunat dibaca surah __________ pada rakaat kedua solat hajat.

a)

an-Nas

b)

tiga Qul

c)

al-Falaq

d)

al-Ikhlas

30.

Berikut ialah hikmah menunaikan solat sunat hajat kecuali

a)

meraih pahala ketika berada dalam masjid

b)

memberi ketenangan kepada jiwa yang keluh kesah

c)

meletakkan pergantungan hanya kepada Allah SWT

d)

mendidik jiwa agar redha dengan ketentuan Allah SWT