NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu (Sistem Bahasa dan Pemahaman Teks) Ujian 7
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Soalan 1 hingga 5 : Lengkapkan ayat berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1.Agensi itu menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak untuk berkongsi _____________ tentang teknik penanaman yang lebih berkesan.
kepakaran
kemahiran
kesesuaian
kemahuan
2.Ketika ditemu ramah, artis lagendaitu menceritakan sejarah ___________ awalnya dalam bidang seni.
penyertaan
pembabitan
pengalaman
pengurusan
3.Penggunaan kad tambah nilai untuk bekalan air dan elektrik agak __________ kerana belum dilaksanakan secara meluas.
unik
pelik
lemah
janggal
4.Kempen mengibarkan Jalur Gemilang terus __________ bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan.
dialu-alukan
diwar-warkan
diagih-agihkan
diapi-apikan
5.Ahli-ahli jawatankuasa sepakat _________ mesyuarat ke suatu tempoh bagi mencari jalan untuk mengatasi masalah yang dihadapi.
membatalkan
menamatkan
menangguhkan
mengadakan
Untuk soalan 6 hingga 8 : Ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, sila pilih antara jawapan yang diberikan. Jika tiada kesalahan, sila pilih(Tiada Kesalahan)
6.Cikgu Jaslina mengarahkan Adi supaya berdiri antara Alesya Yasmin dengan Faiz.
(Tiada Kesalahan)
mengarahkan
supaya
antara
Tiada kesalahan
7.Kepulangan semua wira-wira itu disambut oleh ahli keluarga masing-masing dengan rasa syukur.
(Tiada kesalahan)
wira-wira
oleh
masing-masing
Tiada kesalahan
8.Encik Abdul Rahman memperlahankan kenderaannya lalu memberikan isyarat untuk membelok apabila sampai ke simpang.
(Tiada kesalahan)
memperlahankan
lalu
ke
Tiada kesalahan
Soalan 9 dan 10 : Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
i ) Majlis hari jadi yang eksklusif itu diadakan secara tertutup.
ii) Peluang untuk Lia menyertai acara perbarisan sudah tertutup.
iii) Dila tidak menjumpai kasutnya kerana tertutup di dalam rak itu.
iv) Sila pastikan pintu bilik air itu tertutup rapat.
i dan iii sahaja
iii dan iv sahaja
i,ii dan iv sahaja
ii,iii dan iv sahaja.
10.i) Ziyad belum sempat membalas emel daripada Danial.
ii) Humaira langsung tidak membalas pertanyaan saya.
iii) Murid-murid hendaklah membalas seruan kerajaan supaya menjauhi dadah.
iv) Pengetua naik ke pentas lalu membalas ucapan ringkas.
i dan ii sahaja
ii dan iii sahaja
iii dan iv sahaja
i,ii dan iv sahaja
Soalan 11 : Bahagian yang bergaris dalam ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Sila pilih jawapan anda.
11.Ujian lisan itu berlangsung selama satu jam setengah.
jam satu setengah
satu setengah jam
setengah satu jam
satu jam setengah
Soalan 12 dan 13 : Pilih ayat-ayat yang betul.
12.i) Anim masuk ke dalam biliknya sambal menutup pintu biliknya rapat-rapat.
ii) Kemalangan jalan raya itu telah meragut satu nyawa.
iii) Saya melihat beberapa tompok darah di atas lantai.
iv) Zira memotong kek itu pada tetamu yang hadir.
i dan ii sahaja
ii dan iii sahaja
iii dan iv sahaja
ii,iii dan iv sahaja
13.i) Tuan Pengetua memukul gong bagi merasmikan majlis Hari Seni Budaya.
ii) Latihan sukan sedang berlangsung di padang semalam.
iii) Nasihat itu langsung tidak melekat di dalam hatinya.
iv) Munir keluar ke taman di waktu pagi untuk bersenam.
i dan iii sahaja
ii dan iv sahaja
i,ii dan iii sahaja
ii,iii dan iv sahaja
Soalan 14 : Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hamper dengan ayat yang digariskan.
14.Amir ragu-ragu apabila menerima emel yang menyatakan bahawa dia memenangi pakej percutian ke Korea.
Seebelum menerima emel itu, Amir ragu-ragu bahawa dia memenangi pakej percutian ke Korea.
Emel yang menyatakan bahawa Amir memenangi pakej percutian ke Korea itu sukar dipercayainya.
Amir dinasihatkan supaya tidak mudah percaya akan tawaran pakej percutian ke Korea melalui emel.
Hadiah kemenanganpakej percutian ke Korea itu dimaklumkan kepada Amir melalui emel.
Soalan 15 : Pilih peribahasa yang paling sesuai.
15.Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, Haris tetap cekal menuntut ilmu sehingga memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang kejuruteraan.
Keadaan ini sesuai dengan peribahasa yang berikut, kecuali...
genggam bara api biar sampai jadi arang
alang-alang mandi biar basah
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
