WorksheetsSEJARAH SPM SET 2
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
Apakah X ?
Demotik
Sanskrit
Piktograf
Cuneiform
Karya The Art of War dihasilkan oleh seorang ahli falsafah China iaitu Sun Tzu. Apakah kepentingan karya tersebut kepada masyarakat hari ini?
Membentuk kerajaan
Menjalin hubungan luar
Mengatur strategi perniagaan
Memantapkan sistem pendidikan
Apakah kepentingan bidang muzik, kesusasteraan dan seni berpidato dalam sistem pendidikan di Athens?
Memperkukuh jati diri
Memudahkan mobiliti sosial
Melahirkan pemimpin berwibawa
Membentuk individu yang seimbang
Semasa pemerintahan Shih Huang Ti, baginda telah membentuk sebuah kerajaan bercorak autokratik. Bagaimanakah baginda mengukuhkan kuasanya?
Melantik hakim bergaji
Menubuhkan pasukan polis rahsia
Mengurangkan kuasa ketua tentera
Menghapuskan kuasa golongan bangsawan
Bagaimanakah raja-raja dalam kerajaan awal di Asia Tenggara mengukuhkan kuasa?
Mendirikan kompleks kota
Membawa masuk buruh asing
Memantapkan sistem ekonomi
Memajukan sistem perhubungan
Apakah DUA faktor yang menyebabkan pelabuhan Kedah Tua berkembang pesat?
Kemudahan pelabuhan lengkap
Merupakan pembekal beras utama
Memiliki bala tentera laut yang kuat
Adanya Gunung Jerai sebagai panduan
Mengapakah Zaman Jahiliah dianggap sebagai Zaman Kegelapan?
Berpindah randah
Tiada panduan hidup
Kebuluran berleluasa
Kemerosotan perdagangan
Apakah DUA sebab Nabi Muhammad SAW dan umat Islam berhijrah ke Madinah pada tahun 622 M.?
Perang saudara
Perintah Allah
Jemputan orang Madinah
Mendapatkan perlindungan
Mengikut ajaran Islam, peperangan hanya boleh dilakukan dengan keizinan Allah. Apakah tujuan peperangan diadakan?
Meluaskan pengaruh
Menyebarkan agama
Mengukuhkan kedudukan raja
Mempertahankan agama dan negara
Mengapakah Nabi Muhammad SAW sanggup menerima syarat-syarat yang terkandung dalam Perjanjian Hudaibiyah walaupun ternyata lebih menguntungkan pihak Arab Quraisy Makkah?
Memelihara persahabatan
Mengelakkan peperangan
Memudahkan penyebaran Islam
Mengukuhkan kedudukan Islam
Apakah cabaran yang dihadapi oleh kerajaan Madinah setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW pada tahun 632 M.?
Penentangan orang Quraisy
Pemberontakan Bani Umaiyah
Pergerakan golongan al-Riddah
Peperangan orang Muhajirin dan Ansar
Apakah kejayaan yang dicapai oleh Khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a. sehingga digelar Penyelamat Umat Islam?
Mendirikan kerajaan Islam
Meluaskan empayar Islam
Menghapuskan golongan Quraisy
Mewujudkan perpaduan umat Islam
Golongan Mudejar ialah orang Islam setempat yang terus tinggal di kawasan pemerintahan orang Kristian. Apakah peranan mereka di Eropah?
Memajukan bidang pelayaran
Menerapkan cara hidup Islam
Mengembangkan agama Islam
Menggalakkan perkembangan perdagangan
# Hikayat Amir Hamzah
# Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
Apakah peranan penting hikayat tersebut?
Melaporkan salasilah raja
Mencatatkan peristiwa bersejarah
Mempengaruhi kehidupan orang Islam
Menaikkan semangat untuk menentang musuh Islam
Di Acheh, seramai 22 orang ulama ditugaskan di Balai Gadang. Apakah peranan mereka?
Mendirikan masjid
Menterjemah karya Islam
Menggubal undang-undang Islam
Membantu raja dalam pentadbiran
Madrasah ialah tempat melaksanakan sistem pendidikan formal. Apakah ciri-ciri sistem pendidikan madrasah?
Tiada batasan waktu
Berdasarkan sukatan pelajaran
Tertumpu kepada penterjemahan
Pelajar terdiri daripada orang dewasa
Pada Zaman Kemuncak Pertengahan banyak perubahan telah berlaku. Apakah perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi?
Pengurangan aktiviti pertanian
Perkembangan Revolusi Perindustrian
Penyatuan ekonomi oleh pihak gereja
Perkembangan perdagangan antarabangsa
# James Hargreaves
# Richard Arkwright
# Samuel Crompton
Apakah ciptaan mereka?
Kapal wap
Rel kereta api
Enjin berkuasa wap
Mesin industri tekstil
Pergerakan Luddite telah berlaku di Britain pada tahun 1810. Apakah tujuan pergerakan tersebut?
Menentang penggunaan mesin
Membantah pembayaran gaji rendah
Menolak pengambilan pekerja wanita
Mengelakkan penggunaan buruh kanak-kanak
Apakah tujuan British memperkenalkan Enakmen Tanah Padi 1917?
Melarang orang Melayu menanam getah
Mengelakkan orang Melayu menjual tanah
Menghapuskan penglibatan golongan imigran
Menghalang pengeksportan bekalan padi ke negara asing
Sepanyol memperkenalkan Sistem Encomienda di Filipina. Mengapakah sistem ini dibenci oleh penduduk Filipina?
Ancaman agama
Kerahan tenaga
Sekatan ekonomi
Kawalan media massa
Apakah DUA ciri perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara pada tahap kedua?
Bersifat setempat
Tidak berorganisasi
Menekankan tindakan politik
Menuntut pembentukan kerajaan sendiri
Apakah yang menjadi punca pertikaian antara Dato' Kelana Syed Abdul Rahman dengan Dato' Syahbandar Abdullah Tunggal?
Hak pungutan cukai
Perdagangan bijih timah
Campur tangan kuasa asing
Penguasaan kawasan perlombongan
Gerakan Islah mendorong orang Melayu membetulkan pandangan mereka terhadap Islam. Apakah yang menjadi saluran kepada gerakan tersebut di Tanah Melayu?
Majlis
Pengasuh
Suara Benar
Lidah Benar
# Otto Eduard Von Bismarck
# Count Camillo Benso di Cavour
Apakah sumbangan penting mereka?
Membentuk kerajaan demokrasi
Menyatukan negara melalui realpolitik
Memperjuangkan kemerdekaan negara
Memperkenalkan pendidikan moden
Apakah kepentingan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895?
Mengawal keselamatan negeri
Memantapkan sistem ekonomi
Menghalang penguasaan kuasa asing
Menghapuskan sistem pemerintahan beraja
Apakah DUA ciri Sistem Jemaah Menteri di Kelantan?
Menteri dipilih melalui pilihan raya
Bertujuan mengurangkan kuasa raja
Mempunyai lapan badan Jemaah Menteri
Bidang kuasa setiap Jemaah Menteri ditetapkan
Apakah yang dapat anda rumuskan tentang Raja-Raja Melayu berdasarkan dialog tersebut?
Menjadi ahli Majlis Eksekutif Malayan Union
Diberi kuasa untuk mengutip zakat fitrah
Terpaksa menerima penasihat British
Hilang kewibawaan sebagai ketua orang Melayu
Mengapakah Parti Kebangsaan Melayu Malaya menyokong Malayan Union?
Sistem feudal diamalkan
Pemerintahan bersifat demokrasi
Pentadbiran tidak berasaskan kuasa raja dan pembesar Melayu
Sistem Raja Berperlembagaan dapat dilaksanakan
Apakah manifesto Parti Perikatan dalam pilihan raya 1955?
Mewajibkan pendidikan
Meningkatkan taraf hidup
Menghapuskan golongan imigran
Memperketat syarat kerakyatan Tanah Melayu
Apakah DUA kepentingan pembentukan Sistem Ahli?
Melatih berkerajaan sendiri
Memulakan proses perpaduan
Memperoleh kerakyatan yang sama
Mendapatkan sokongan padu rakyat
Lee Kuan Yew mendesak British menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Mengapakah beliau berbuat demikian?
Ancaman komunis
Pengaruh Barisan Bersatu
Permintaan rakyat Singapura
Kemerosotan ekonomi negara
SCA, SNAP, PANAS, PESAKA dan BERJASA telah bergabung membentuk Parti Perikatan Sarawak. Apakah yang diperjuangkan oleh mereka?
Pengaruh komunis dibanteras
Kemasukan imigran disekat
Kemerdekaan Sarawak
Penyertaan Sarawak dalam Malaysia
Agensi kerajaan manakah yang bertanggungjawab menjalankan kegiatan tersebut?
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri
Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA)
Apakah tugas Ketua Setiausaha Negara?
Mengawasi pentadbiran negara
Mengawasi perjalanan kementerian
Melaksanakan dasar-dasar kerajaan
Mengetuai pentadbiran kementerian
Apakah kepentingan pelaksanaan Dasar Kependudukan yang diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad?
Meningkatkan bilangan tenaga kerja
Merapatkan jurang pendapatan negara
Meningkatkan migrasi penduduk luar bandar
Menghasilkan keluaran barangan tempatan
Apakah DUA elemen penting yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pelajaran Razak dalam membentuk perpaduan negara?
Penubuhan sekolah kebangsaan
Pengenalan sistem persekolahan yang sama
Penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan
Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah
Bagaimanakah Jerman menghadapi masalah tersebut?
Memajukan ekonomi negara
Mendapatkan sokongan rakyat
Memperbesar angkatan tentera
Menyatukan wilayah-wilayah kecil
Apakah masalah yang dihadapi oleh bekas tanah jajahan Barat selepas Perang Dunia Kedua?
Kepadatan penduduk
Pengaruh agama dari Barat
Penghapusan warisan penjajah
Kemerosotan ekonomi negara
Kerajaan telah berusaha untuk menyusun semula sistem pendidikan bagi merealisasikan k-masyarakat di Malaysia. Apakah usaha kerajaan tersebut?
Melaksanakan Dasar Ekonomi Baru
Menggubal Wawasan 2020
Memperkenalkan mata pelajaran ICT di sekolah
Memperkenalkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
