Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Bab 1 (SAINS T4 KSSM)

Total questions: 8

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Antara peralatan perlindungan diri berikut, yang manakah berfungsi untuk melindungi mata daripada terkena bahan kimia?

a)

Baju makmal

b)

Gogal

c)

Topeng muka

d)

Kaca mata hitam

2.

Jong Kok ditugaskan untuk mencampurkan asid pekat dan air semasa menjalankan satu eksperimen di dalam makmal. Di manakah tempat yang sesuai digunakan oleh Jong Kok?

a)

Di dalam singki

b)

Di dalam kabinet aliran laminar

c)

Di dalam kebuk wasap

d)

Di atas meja makmal

3.

Semasa menjalankan eksperimen kesan bendasing terhadap takat didih air, mata Leha terkena percikan larutan air garam. Sebagai ahli kumpulan Leha, apakah tindakan yang perlu anda lakukan?

P : Mengelap bahagian mata Leha menggunakan tuala

Q: Memaklumkan guru

R : Membilas menggunakan penyiram mata

S : Meniup mata Leha

a)

P dan Q

b)

P dan S

c)

Q dan R

d)

Q dan S

4.

Antara bahan yang berikut, yang manakah boleh dibuang ke dalam singki?

a)

Air garam

b)

Minyak masak

c)

Asid hidroklorik pekat

d)

Ammonia yang mempunyai pH 12

5.

Pelupusan bahan sisa X :

Dibalut dengan bahan penyerap Dibungkus dengan rapi dalam beg plastik biobahaya dan disejuk beku

Apakah bahan sisa X?

a)

Jarum

b)

Kaca

c)

Agar-agar kering

d)

Bangkai tikus yang digunakan dalam eksperimen

6.

Ceknon telah menjalankan eksperimen dengan menggunakan darah ayam. Apakah yang perlu dilakukan oleh Ceknon untuk melupuskan sisa selepas dia habis menjalankan eksperimen?

a)

Dinyahkontaminasi secara autoklaf dan dilupuskan terus ke dalam singki makmal

b)

Dibungkus dengan rapi di dalam beg plastik biobahaya dan disejuk beku

c)

Dimasukkan ke dalam bekas khas

d)

Dibungkus dan dimasukkan ke dalam beg plastik biobahaya

7.

Susun langkah menguruskan tumpahan bahan kimia di bawah dengan betul.

W : Sekat tumpahan tumpahan daripada merebak menggunakan pasir untuk membentuk sempadan

X : Kaut tumpahan bahan kimia

Y : Segera memberitahu guru

Z : Buang dengan selamat

a)

W -> X -> Y -> Z

b)

Z -> W -> X -> Y

c)

Y -> W -> X -> Z

d)

X -> W -> Y -> Z

8.

Mengapakah merkuri berbahaya kepada manusia?

a)

Merkuri boleh menyerang sistem saraf, saluran pencernaan, sistem pembiakan dan ginjal

b)

Merkuri boleh menyebabkan saluran pernafasan tersumbat

c)

Merkuri menyebabkan strok

d)

Merkuri boleh menyebabkan sawan