NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu Tahun 6
Total questions: 20
Worksheet time: 7mins
“…………… berjanji akan belajar bersungguh-sungguh demi kecemerlangan dalam peperiksaan akhir tahun nanti,” ikrar murid-murid 6 Angkasa, Sekolah Kebangsaan Pulau Duyung.
Saya
Kami
Kamu
Kalian
“Sultan sedang beristirehat. ………… tidak mahu diganggu,” kata dayang istana kepada Laksamana Hang Tuah.
Baginda
Tuanku
Patik
Beta
Kementerian Kesihatan Malaysia ………… Program Jalan Ria untuk melestarikan hidup sihat.
memajukan
mengusulkan
menyarankan
menganjurkan
Adriana lebih suka mengulangkaji pelajaran di dalam bilik yang …………… kerana lebih mudah mengingati pelajaran yang dibaca.
nyaring
tegang
sunyi
kasar
Alunan muzik yang berentak …………… dapat menenangkan fikiran yang sering terganggu akibat tekanan hidup
deras
gopoh
lambat
perlahan
Mei Mei menghidangkan sedulang jus oren di atas meja …………….. menjemput tetamunya minum.
jika
lalu
agar
serta
Para guru sanggup mengorbankan masa dan tenaga …………. kejayaan murid-murid dalam pelajaran.
terhadap
antara
sejak
demi
Feri yang membawa penumpang itu ................... dari jeti Lumut ke Pulau Pangkor .
berpindah-randah
berlekak-lekuk
bercalar-balar
berulang-alik
Mereka lari .................. apabila dikejar oleh seekor lembu yang mengamuk akibat dari kehilangan anaknya.
hiruk-pikuk
kelam-kabut
lintang-pukang
compang-camping
Tun Pateh tiba di istana pada pagi itu untuk berjumpa dengan Sultan Salehudin.
Apakah yang Tun Pateh mahu lakukan pada pagi tersebut?
Bersantap
Bersiram
Mengadap
Berangkat
Sekumpulan budak nakal segera ____________ apabila mereka melihat dua orang anggota polis sedang membuat rondaan.
lapik perut
angkat kaki
buah mulut
angkat tangan
"Encik, cakera padat yang encik beli ini bukan tulen, "kata Cik Ain kepada Encik Amran.
Pilih perkataan sinonim bagi tulen.
unik
benar
asli
istimewa
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Kishan memakai seluar pendek dengan baju singlet.
II Pendek kata, semua perbelanjaan rumah ditanggung olehnya.
III Semakin pendek umur,semakin uzur.
IV Penyanyi baharu itu pendek nafas, tidak dapat menyampaikan lagu dengan baik.
I, II dan III
I, II dan IV
II, III dan IV
I, II, III dan IV
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Senaman boleh menenang dan melapangkan minda seseorang.
Bagaimanakah pendapat kamu tentang minda seseorang?
Apakah minda dapat menenangkan fikiran seseorang?
Bilakah manusia dapat menenang dan melapangkan fikiran?
Apakah yang dapat menenang dan melapangkan minda seseorang?
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.
"Bukankah sudah berpuluh kali kamu dipanggil temu duga? Tidak satupun yang berjaya?" tanya Khuzairi.
Eh! Sabarlah! Jangan berputus asa.
Memang belum rezeki aku lagi.
Wah, sindir aku nampaknya!
Tidak, engkau apa peduli!
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Puan Hasmah meminta Amir menjemur kasut sekolahnya yang basah.
"Ibu, tolong jemurkan kasut sekolah yang basah ini," kata Amir kepada ibunya.
"Amir, mari kita jemur kasut sekolah ini yang basah," kata ibu kepada Amir.
"Kasut sekolah Amir yang basah ini akan ibu jemurkan nanti,"kata Puan Hasmah.
"Amir, sila jemur kasut sekolah kamu yang basah itu," kata Puan Hasmah kepada Amir.
Pilih ayat yang betul.
I Akar yang sihat akan dapat melahirkan idea-idea yang bernas.
II Biarpun Janice berada di luar negara, namun dia tidak lupa akan akar dirinya.
III Halim hampir tersungkur kerana kakinya tersadung akar pokok rambai.
IV "Janganlah kamu bertindak seperti orang tiada akar," kata nenek kepada Hasnah.
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Pilih ayat yang betul.
A. Bayaran ke Pameran Sains itu bukan mahal sangat.
B. Kebanyakan bahan yang dipamerkan berasal daripada Timur Tengah.
C. Setengah pengunjung yang datang ke pameran itu ialah murid sekolah.
D. Sila dapatkan maklumat pameran di kaunter pertanyaan.
