WorksheetsSejarah Tahun 4 Bab 1,2,3
Total questions: 30
Worksheet time: 8hrs 30mins
Apakah maksud sejarah?
maklumat yang tepat dan benar
perbuatan manusia zaman purba
tindakan manusia yang meninggalkan kesan
peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa lalu
"Herodotus" dan "Ibn Khaldun" , apakah sumbangan tokoh berikut dalam bidang sejarah?
mengumpul buku teks sejarah
menulis buku teks sejarah
menterjemah buku sejarah
memberi pengertian sejarah
Mengapakah sejarawan perlu mengumpul sumber sejarah?
memberi hujah
menulis sejarah
mendapat ilham
membuat laporan
Apakah sumber sekunder yang boleh digunakan oleh Bob untuk mengkaji sejarah sekolah?
majalah sekolah
buku teks sejarah
guru besar sekolah
dokumen rasmi sekolah
Apakah contoh sumber sekunder?
rangka "perak man"
buku teks sejarah
batu bersurat Terengganu
Mengapakah artifak diklasifikasikan sebagai sumber primer?
mudah dikaji
disimpan di muzium
berada dalam bentuk atau keadaan yang asal
berasaskan kajian saintifik
Jika Sizuka ingin mengetahui sejarah kampung bapanya, dia boleh menggunakan kaedah.....
lisan
arkeologi
bertulis
gali dan cari
Pilih pasangan yang betul.
Alaf = jangka waktu seribu tahun
Dekad = jangka masa lima puluh tahun
Zaman = tahun selepas kelahiran nabi Isa
Masihi = jangka masa yang mempunyai keistimewaan
Zaman selepas kelahiran Nabi Isa dipanggil?
zaman batu
zaman masihi
zaman prasejarah
zaman sebelum masihi
Apakah peristiwa sejarah yang boleh dijadikan iktibar kepada kita?
pembukaan Melaka
peristiwa kejatuhan Melaka
pengisytiharan kemerdekaan
perasmian bangunan sekolah
Apakah maksud biodata diri?
maklumat diri
kejayaan akademik
keturunan keluarga
pendapatan isi rumah
Apakah kesan jika seseorang tidak memiliki sijil kelahiran?
ditangkap polis
tidak boleh melancong
sukar membuat pendaftaran sekolah
tidak boleh mendapat rawatan di hospital
Jika Bob tinggal bersama dengan ibu, bapa, datuk, dan neneknya, keluarganya digelar...
keluarga asas
keluarga besar
keluarga tunggal
keluarga kembangan
Apakah peranan seorang ibu?
mencari rezeki
memasak makanan
belajar dengan tekun
memenuhi keperluan keluarga
Apakah persamaan peranan ibu dan ayah?
mengemas rumah
membasuh pakaian
memberi kasih sayang
memenuhi kehendak anak
Apakah peristiwa bersejarah yang menyebabkan ahli keluarga bertambah?
kelahiran
kematian
melancong
berpindah
Apakah panggilan Sizuka kepada bapa saudaranya?
encik
cik
tuan
pak cik
Apakah kesan jika ahli keluarga sering bergaduh?
keluarga harmoni
keluarga huru-hara
keluarga miskin
keluarga bahagia
Apakah aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan ahli keluarga?
bermain komputer
membasuh pakaian
makan malam bersama
berkunjung ke rumah jiran
Apakah yang harus dilakukan oleh Faiq jika ingin keluar berjumpa rakannya?
diam
tunduk
meminta izin
meninggikan suara
Apakah fungsi sekolah?
lokasi bersejarah
tumpuan penduduk
tempat menimba ilmu
meningkatkan pendapatan
Nama sekolah biasanya diambil sempena nama tempat, jalan atau...
bangunan
ahli sejarah
tokoh terkenal
bekas guru besar
Apakah bahasa pengantar yang digunakan di Sekolah Kebangsaan (SK)?
bahasa cina
bahasa tamil
bahasa melayu
bahasa inggeris
Antara berikut, yang manakah merupakan kejayaan sekolah?
pembinaan bilik komputer
pertambahan bilangan murid
dirasmikan oleh ketua kampung
diiktiraf Sekolah Kluster Kecemerlangan
Apakah lagu yang biasanya dinyanyikan semasa perhimpunan sekolah?
lagu k-pop
lagu nasyid
lagu Negaraku
lagu popular masa kini
Apakah maksud warna biru pada bendera atau lencana sekolah?
kesucian
keberanian
kesukanan
keharmonian
Apakah simbol pada lencana sekolah yang melambangkan semangat perjuangan dan daya saing dalam mencipta kejayaan?
buku
gelung
obor
bunga raya
Apakah warna pada bendera atau lencana sekolah yang melambangkan taat setia kepada raja dan negara?
hijau
merah
hitam
kuning
Apakah nilai yang harus diamalkan oleh setiap murid untuk memastikan sekolah sentiasa bersih dan ceria?
jujur dan amanah
adil dan saksama
mencintai kebersihan
taat setia kepada pemimpin
Apakah kesan pengurusan sekolah yang cekap?
meningkatkan jumlah murid
melahirkan guru yang tegas
memupuk semangat patriotik
menjamin aktiviti sekolah terurus
