wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TATABAHASA

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

1. Ibu membuang buah cempedak itu kerana sudah berbau _________

a)

basi

b)

hangit

c)

busuk

d)

tengik

2.

1. Pasar Raya Jimat akan membuat _________ harga barangan secara besar-besaran sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

a)

turunan

b)

menurun

c)

keturunan

d)

penurunan

3.

1. “_________ tidak bersalah dalam hal ini, semuanya adalah fitnah semata-mata”, jelas Hang Tuah kepada Sultan Mahmud Shah.

a)

Tuan hamba

b)

Patik

c)

Beta

d)

Beliau

4.

1. Ibu menggantikan tali ampaian yang sudah ________ itu dengan tali yang baharu.

a)

kendur

b)

lembik

c)

longgar

d)

renggang

5.

1. Kami saling _________ apabila bertemu kerana sudah lama tidak berjumpa.

a)

bermaaf-maafan

b)

bermaafan

c)

bersalam-salaman

d)

bersalaman

6.

Semua warga sekolah bersedih di atas persaraan Tuan Pengetua itu kerana _________ seorang yang ramah dan baik hati

a)

baginda

b)

kalian

c)

beliau

d)

kami

7.

1. “ _________ , sakitnya kaki saya ini!” kata Kishen kerana terpijak duri.

a)

Alamak

b)

Cis

c)

Aduh

d)

Aduhai

8.

1. “ ___________ , cantiknya baju baharu kamu!” kata Suzie kepada Aleeya.

a)

Nah

b)

Wah

c)

Oh

d)

Cis

9.

Arahan: Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata berhuruf condong dengan betul.


I Sumathi menghirup sup yang masih panas itu perlahan-lahan.

II Nyamuk Aedes biasanya menghirup darah mangsanya pada waktu senja.

III Kajian daripada pakar menunjukkan bahawa kita boleh terkena penyakit serius jika kerap menghirup asap rokok.

IV Afiqah gemar bersiar-siar di taman itu sambil menghirup udara yang segar.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

10.

Arahan: Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata berhuruf condong dengan betul

I Pasaran saham tempatan ditutp rendah petang ini setelah susut sebanyak 6.4 mata.

II Belon itu susut kerana dicucuk dengan jarum oleh adik.

III Paras air di Sungai Pahang semakin susut apabila musim kemarau telah melanda negeri Pahang.

IV Berat badan Aisyah semakin susut kerana sudah seminggu dia mengalami demam panas.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

11.

Mulut pelakon itu ______ menghafal skrip sebelum penggambaran dijalankan.

a)

comot-momot

b)

kumat-kamit

c)

simpang-siur

d)

kusut-masai

12.

''Emak membebel sebab emak ______ tentang hidup kamu. Emak sayang kamu, Eja.''kata emak.

a)

ambil berat

b)

makan hati

c)

cari salah

d)

cari salah

13.

Persiapan majlis perkahwinan anak Encik Harun dan Puan Tina akan dilakukan secara ______.

a)

hirup-pikuk

b)

gotong-royong

c)

riuh-rendah

d)

lintang-pukang

14.

Puan Rosma menjemput kami makan di rumahnya sebagai menghargai pertolongan kami.

Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah

a)

orang berbudi kita bahasa, orang memberi kita merasa

b)

lembu punya susu sapi dapat nama

c)

pahit dahulu manis kemudian

d)

ringan tulang berat perut

15.

Rosli menunggang basikal dengan berhati-hati ______ jalan itu sangat licin.

a)

supaya

b)

bahawa

c)

kerana

d)

yang

16.

Encik Mahendran berbual-bual dengan rakan sekerja ______ menanti kedatangan ketuanya untuk bermesyuarat.

a)

sementara

b)

manakala

c)

kerana

d)

jika

17.

Pokok itu tumbang _____ hujan turun dengan lebat.

a)

agar

b)

melainkan

c)

semasa

d)

supaya

18.

John sekeluarga tidak dapat keluar dari tempat letak kereta itu _____ mereka belum menjelaskan ticket bayaran.

a)

selagi

b)

selepas

c)

atau

d)

lalu

19.

Jangan mudah terpedaya dengan ayat-ayat manis pemuda yang ______ itu.

a)

pisau cukur

b)

curi tulang

c)

mati kutu

d)

lidah bercabang

20.

Mak Tijah tidak menduga anaknya yang lemah dalam pelajaran dahulu kini bergelar siswazah.

Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah

a)

biar putih tulang jangan putih mata

b)

genggam bara api biar sampai jadi arang

c)

yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran

d)

belakang parang sekali pun kalau diasah akan tajam juga