WorksheetsKUIZ TAYAMUM
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Menyapu debu tanah yang suci ke muka serta kedua-dua tangan hingga ke siku dengan niat dan syarat-syarat tertentu
Berikut merupakan pengertian ......
Wudhuk
Tayamum
Istinjak
Berapakah rukun tayamum?
2
4
7
Pilih rukun tayamum yang betul
Menyapu debu pada kaki sehingga buku lali
Membaca basmallah
Menyapu seluruh muka dengan debu
Alat untuk bertayamum ialah....
Berikut merupakan syarat-syarat sah tayamum KECUALI
Mengetahui masuk waktu solat
Menggunakan debu tanah yang suci
Menipiskan debu tanah
Berikut merupakan satu gambar bagi sunat tayamum iaitu..
Menekap kedua tapak tangan pada debu yang suci
Menyapu debu tanah ke muka
Menipiskan debu pada tapak tangan
Apakah hukum seseorang yang tidak menepati rukun tayamum dengan sempurna?
Harus
Sah
Tidak sah
- Membaca basmallah
- Mengadap kiblat
- Menipiskan debu pada tapak tangan
Perkara diatas merujuk kepada...
Sunat tayamum
Rukun tayamum
Syarat-syarat sah tayamum
Pilih dua perkara yang membatalkan tayamum
Luput waktu solat
Melakukan perkara yang membatalkan wudhuk
Air hanya mencukupi untuk keperluan sahaja
Berikut merupakan perkara-perkara sunat tayamum KECUALI
Membaca basmallah
Membelakangkan kiblat
Menipiskan debu pada tapak tangan
Tiga sebab yang mengharuskan tayamum ialah…
Ketiadaan air selepas berusaha mencarinya
Terhalang daripada mendapat air kerana bahaya
Tidak menipiskan debu pada tapak tangan
Luka atau sakit yang menjadi mudharat jika terkena air
Farhan telah bertayamum semasa solat zuhur dan beliau ingin menunaikan solat asar dengan tayamum yang sama.
Adakah sah solat Farhan?
Sah
Tidak sah
Makruh
Tangan Kamal luka kerana terlibat di dalam sebuah kemalangan. Doktor memberitahu bahawa luka Kamal tidak boleh terkena air.
Berdasarkan situasi diatas, bagaimanakah Kamal hendak berwudhuk sekiranya tangan Kamal tidak boleh terkena air?
Solat tanpa wudhuk
Beristinjak
Menggantikan dengan tayamum
Pilih dua hikmah diharuskan tayamum
Merupakan satu toleransi di dalam islam
Memberi keringanan kepada mereka yang sihat
Memastikan umat islam tidak meninggalkan solat dengan sengaja
Tertib merupakan satu rukun di dalam tayamum.
Apakah yang dimaksudkan dengan tertib?
Melakukan semua syarat mengikut susunan
Melakukan semua rukun mengikut susunan
Melakukan semua rukun sesuka hati
