wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI 1 BAB 7

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah corak pemerintahan negara Malaysia secara umumnya?

a)

Diktator

b)

Demokrasi

c)

Republik

d)

Raja Berpelembagaan

2.

Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan bangunan tersebut?

a)

Amalan musyawarah

b)

simbol demokrasi berparlimen

c)

pengiktirafan hak asasi manusia

d)

lambang kedaulatan undang-undang

3.

Berdasarkan gambar diatas, Malaysia mengamalkan

a)

Dasar terbuka

b)

Pemerintahan autokratik

c)

Konsep pengasingan kuasa

d)

Sistem raja berkuasa mutlak

4.

Apakah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan Malaysia?

a)

Membubarkan parlimen

b)

Memilih ahli Dewan Rakyat

c)

Menggubal undang-undang

d)

Mengisytiharkan undang-undang darurat

5.

Aapakah fungsi Istana Negara?

a)

Pusat Pentadbiran

b)

Lokasi Sambutan Hari Kemerdekaan Negara

c)

Tempat Bersemayam Yang di-Pertuan Agong

d)

Tempat kunjungan hormat pemimpin negara luar

6.

Apakah syarat keahlian untuk menjadi Ahli Dewan Negara?

a)

Berumur sekurang-kurangnya 30 tahun

b)

Tempoh jawatan adalah 5 tahun

c)

Memberi sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan awam

d)

Dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya umum

7.

Undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak dinamai sebagai

a)

Akta

b)

Ordinan

c)

Enakmen

d)

Perlembagaan

8.

Apakah peranan Jemaah Menteri?

a)

Menggubal dasar negara

b)

Meluluskan undang-undang

c)

Melantik Yang di-Pertuan Agong

d)

Menentukan kesahihan undang-undang

9.

Apakah tanggungjawab Ketua Setiausaha Negara?

a)

Mengetuai badan berkanun

b)

Menyelaras tugas Menteri

c)

Mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan

d)

Menentukan gaji anggota kakitangan awam disemak secara berterusan

10.

Apakah tugas Badan Judisiari?

a)

Menentukan kesahihan undang-undang

b)

Meminda Perlembagaan agar kekal releven

c)

Menggubal Perlembagaan Persekutuan

d)

Berkuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah

11.

Mengapakah seseorang hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik?

a)

Memberikan tumpuan kepada kes mahkamah

b)

Menjamin kesaksamaan undang-undang

c)

Menyebabkan rakyat tidak berpuas hati

d)

Tidak mempunyai kelayakan yang sesuai

12.

Bagaimanakah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjamin pilihan raya di Malaysia dijalankan dengan adil dan telus?

a)

Menetapkan manifesto parti yang bertanding

b)

Melarang pemerhati luar memantau pengundian

c)

Melarang kempen pilihan raya diadakan secara terbuka

d)

Memastikan pengundi berdaftar sahaja layak mengundi

13.

Apakah syarat untuk menjadi calon pilihan raya?

a)

Tidak muflis

b)

Bermastautin di Malaysia

c)

Berumur lebih daripada 25 tahun

d)

Menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam

14.

Mengapakah pilihan raya kecil diadakan?

a)

Pembubaran Parlimen

b)

Kematian wakil rakyat

c)

Peningkatan jumlah penduduk

d)

Persempadanan semula kawasan

15.

Seseorang warganegara akan hilang kelayakkannya sebagai ahli Parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri sekiranya

a)

Didenda RM3000

b)

Mengambil cuti selama 2 bulan

c)

Dipenjara 24 bulan

d)

Tidak menghadiri sidang Parlimen atau Dewan Undangan Negeri

16.

Apakah yang terkandung dalam Senarai Bersama?

a)

Taman Negara

b)

Kebajikan sosial

c)

Kerajaan tempatan

d)

Keselamatan dalam negeri

17.

Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, kuasa Eksekutif bagi Kerajaan Persekutuan terletak pada?

a)

Datuk Bandar

b)

Menteri Kabinet

c)

Perdana Menteri

d)

Yang di-Pertuan Agong

18.

Apakah yang dilambangkan oleh dua ekor harimau yang menyokong perisai pada Jata Negara?

a)

Kesucian

b)

Keadilan

c)

Keberanian

d)

Kedaulatan

19.

Mengapakah rakyat Malaysia harus berbangga dengan bendera Jalaur Gemilang?

a)

Amalan demokrasi

b)

Bukti kemakmuran

c)

Simbol perpaduan

d)

Lambang kedaulatan

20.

Mengapakah lagu Terang Bulan dipilih sebagai lagu kebangsaan?

a)

Dipilih oleh Perdana Menteri

b)

Sedap didengar dan mudah dihafal

c)

Mempunyai unsur-unsur kemelayuan

d)

Terdapat nilai cinta kepada alam sekitar