WorksheetsKata Majmuk Istilah Khusus & Kiasan
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Encik Zainal membentangkan ________________________ projek pembinaan rumah orang-orang tua dalam mesyuarat itu.
kertas pasir
kertas kerja
kertas surih
kertas minyak
Program Tautan Kasih itu menjadi _______________________ kepada program lain pada masa hadapan .
penanda wacana
penanda buku
penanda aras
penanda kiblat
__________________ Tok Ketua sanggup berkorban tenaga untuk membantu mengsa kebakaran itu.
Anak emas
Anak ikan
Anak tekak
Anak buah
Muzaffar telah berjaya dalam sesi ______________ untuk menjadi anggota polis.
temu duga
temu bual
temu janji
temu siasat
Masyarakat di kampung itu sentiasa _________________ mengadakan gotong-royong .
panjang tangan
ringan tulang
berat tulang
bekas tangan
Aliya membawa _____________ untuk Sofiya semasa melawatnya di hospital.
buah hati
buah mulut
buah tangan
buah fikiran
Encik Razman diitugaskan menyediakan ___________________ bagi program sambutan Hari Guru peringkat sekolah.
atur kelola
atur bahasa
atur maju
atur cara
Gotong- royong Perdana itu melibatkan __________________ bagi mengeratkan hubungan warga sekolah dengan masyarakat .
komuniti setempat
komuniti bandar
komuniti rentan
komunti kampung
Arif dan keluarganya pergi _________________ di Kota Kinabalu semasa cuti hujung tahun yang lepas .
makan hati
makan angin
makan angkat
makan dalam
Fatin sangat disayangi oleh ibunya kerana sikapnya yang _____________________.
berat hati
berat tulang
ringan tangan
berat tangan
