Font size
WorksheetsSEJARAH T5B9
Total questions: 56
Worksheet time: 56mins
SPMU 2018
ADOLF HITLER
Bagaimanakah tokoh berikut mengembalikan semula maruah bangsa dan negaranya selepas Perang Dunia Pertama?
Mengadakan referendum
Memperbesar angkatan tentera
Membangunkan industri baharu
Memulihkan sistem monarki
SPMU 2018
Jadual menunjukkan perbelanjaan semasa Perang Dunia Pertama.
Mengapakah negara-negara terlibat membelanjakan banyak wang untuk berperang?
Menentang dasar apartheid
Menghapuskan keganasan
Memperluas pengaruh
Menguasai pasaran
SPMU 2018
MAPHILINDO merupakan gabungan Malaysia, Filipina dan Indonesia.
Apakah matlamat penubuhannya?
Meningkatkan persefahaman
Memajukan kegiatan perdagangan
Membentuk pakatan tentera serantau
Menghapuskan ancaman komunis
SPM 2017
Rajah berkaitan dengan cantuman nama tiga buah negara di Asia Tenggara.
MAPHILINDO
Malaysia - Filipina - Indonesia
Mengapakah MAPHILINDO ditubuhkan oleh negara–negara tersebut ?
Menghapus komunis
Menamatkan persengketaan
Menyelaras kawasan sempadan
Membentuk kerjasama tentera
SPM 2017
Jepun menyerang tanah jajahan kuasa Barat
di Asia dalam Perang Dunia Kedua.
Apakah tindakan kuasa Barat untuk menghalang kemaraan Jepun ?
Membentuk pertubuhan serantau
Mengisytiharkan ZOPFAN
Menaja kegiatan subversif
Melakukan serangan bom atom
SPMU 2017
Perang Dunia Pertama tercetus pada tahun 1914.
Apakah faktor yang menyebabkan perang tersebut?
Perancis bersekutu dengan Rusia
Wilayah Jerman diceroboh
Bakal raja Austria dibunuh
Pearl Harbour diserang
SPMU 2017
Melalui Komanwel, Malaysia dengan lantang menentang Dasar Aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan.
Mengapakah Malaysia menentang ideologi tersebut?
Ideologi komunis berkembang
Perdagangan antarabangsa terjejas
Keselamatan negara jiran terancam
Penindasan terhadap rakyat berleluasa
SPM 2016
Pada tahun 1970-an Malaysia telah mengubah dasar luar daripada pro Barat kepada dasar berkecuali.
Mengapakah perubahan tersebut berlaku?
Kejatuhan harga komoditi
Kemerosotan pengaruh Britain
Desakan daripada pedagang asing
Mematuhi arahan kuasa besar dunia
SPM 2016
Perang Dunia Kedua tercetus pada tahun 1939 apabila Jerman menyerang Poland.
Apakah faktor yang mencetuskan perang tersebut?
Pembunuhan Franz Ferdinand di Sarajevo
Perkembangan kuasa imperialis baharu
Kegagalan Perjanjian Versailles
Kemelesetan ekonomi dunia
SPMU 2016
MAPHILINDHO merupakan gabungan Malaysia, Filipina dan Indonesia.
Apakah matlamat penubuhannya?
Meningkatkan persefahaman
Menghapuskan ancaman komunis
Memajukan kegiatan perdagangan
Membentuk pakatan tentera serantau
SPMU 2016
Maklumat berkaitan dengan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara ( ASEAN )
1971 : KUALA LUMPUR
MESYUARAT MENTERI-MENTERI LUAR ASEAN
Apakah keputusan yang dicapai dalam mesyuarat tersebut?
Penubuhan Pusat Kajian Bahasa Inggeris (RELC)
Pembentukan Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC)
Pengisytiharan Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)
Pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM)
SPM 2015
Selepas merdeka, Malaysia menandatangani perjanjian dengan negara berikut.
Britain - Australia - New Zealand
Mengapakah perjanjian tersebut ditandatangani?
Memperkuat pertahanan
Menambah aset ketenteraan
Mengekalkan hubungan diplomatik
Menggalakkan kemasukan pelabur asing
SPM 2015
Petikan berikut berkaitan dengan Perang dunia Kedua.
Pada 1 September 1939, Hitler ( Jerman ) mara ke sempadan Poland . Dua hari kemudiannya, setelah mendesak agar Hitler berundur, Britain dan Perancis menyertai perang.
Apakah alasan Britain dan Perancis menyertai perang tersebut?
Menguji kekuatan tentera
Mempertahankan keselamatan
Merampas kembali wilayah
Menyekat pengaruh komunis
SPMU 2015
Perjanjian Versailles merupakan perjanjian paling komprehensif,
di mana sebahagian kuasa besar bersetuju menghukum Jerman dan negara lain yang tewas dalam Perang Dunia 1.
Antara syarat dan terma yang utama ialah :
1. Penyerahan kesemua tanah jajahan atau koloni Jerman sebagaimana yang dimandatkan oleh Liga Bangsa.
Mengapakah Jerman dihukum sedemikian rupa?
Mengaut hasil negara lain
Dituduh memulakan peperangan
Melakukan penghapusan etnik
Menyebarkan fahaman komunis
SPMU 2015
Perjanjian Versailles merupakan perjanjian yang paling komprehensif, di mana sebahagian kuasa besar telah bersetuju untuk menghukum Jerman dan negara lain yang tewas dalam Perang Dunia 1.
Apakah tindak balas Jerman terhadap syarat tersebut?
Menutup pintu sempadan
Berdamai dengan negara jiran
Memperkuat sistem pertahanan
Melaksanakan sistem demokrasi
SPM 2014
Senarai berikut adalah pertubuhan antarabangsa yang disertai Malaysia.
# Komanwel
# Pergerakan Negara-Negara Berkecuali
# Negara-Negara Selatan
Apakah faedah yang Malaysia peroleh dalam pertubuhan tersebut?
Ekonomi maju
Keselamatan terjamin
Identiti bangsa mantap
Kawasan perairan terkawal
SPM 2014
Maklumat menunjukkan kesan Perang Dunia Pertama terhadap Jerman.
Kesan Perang Dunia Pertama Terhadap Jerman
Kehilangan tanah jajahan Bayaran pampasan tinggi
Apakah tindakan Jerman untuk menghadapi kesan tersebut?
Mendapatkan sokongan rakyat
Memperbesar angkatan tentera
Mengukuhkan kedudukan ekonomi
Menggabungkan wilayah-wilayah kecil
SPMU 2014
Pada tahun 1929, Jerman mengalami masalah kemelesetan ekonomi akibat kegagalan Amerika Syarikat menyediakan pinjaman.
Apakah tindakan kerajaan Jerman untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada masalah tersebut?
Mendapatkan pinjaman luar
Mewujudkan kerjasama serantau
Memperkuat bidang ketenteraan
Melaksanakan pilihan raya
SPMU 2014
Maklumat berkaitan dengan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).
1992 : Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)
Apakah tujuan perisytiharan di atas?
Memupuk kerjasama ekonomi
Memansuhkan sekatan dagangan
Mengawal keselamatan perairan
Mewujudkan syarikat perdagangan
SPM 2013
Perang Dunia Pertama tercetus di Eropah mulai tahun 1914 hingga tahun 1918.
Mengapakah Amerika Syarikat turut terlibat dalam perang tersebut?
Menguji senjata
Permintaan Britain
Mempertahankan Serbia
Menyekat ideologi komunis
SPM 2013
Blok dunia berikut terbentuk semasa Perang Dingin.
Blok kapitalis
Blok komunis
Apakah ciri blok kapitalis ?
Mengamalkan pemerintahan demokratik
Mengamalkan sistem satu parti
Memiliknegarakan perniagaan
Menjamin kebebasan individu
SPM 2013
Deklarasi Langkawi dihasilkan dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Kuala Lumpur pada tahun 1989.
Apakah persetujuan yang dicapai dalam deklarasi tersebut?
Penyelarasan bantuan teknikal
Menyediakan dana pendidikan
Mengatasi masalah pencemaran
Membanteras penyalahgunaan dadah
SPM 2012
Peta menunjukkan kawasan Koridor Raya Multimedia (MSC).
Mengapakah kerajaan mewujudkan koridor tersebut?
Membangunkan wilayah pembangunan baru
Mewujudkan keseimbangan ekonomi
Merancakkan perkembangan perindustrian
Membentuk masyarakat yang bermaklumat
SPM 2012
Sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia telah memberi sumbangan ke arah memelihara keamanan dunia.
Apakah sumbangan tersebut?
Menentang dasar aparteid
Menghantar pasukan pemerhati
Membebaskan negara yang dijajah
Menyarankan pembentukan tentera pelbagai negara
SPM 2011
Gambar menunjukkan penderitaan yang dialami rakyat Palestin akibat kekejaman tentera Israel.
Bagaimanakah Malaysia membantu untuk mengurangkan penderitaan tersebut?
Menghantar bantuan ketenteraan
Menganjurkan persidangan antarabangsa
Meningkatkan kerjasama kebudayaan
Menambahkan pelaburan pelbagai sektor
SPM 2011
Apakah kesan peperangan berikut terhadap Eropah?
Perang Dunia Pertama
1914 - 1918
Keperluan bahan mentah meningkat
Kerjasama antara etnik diperkukuhkan
Pakatan tentera dibentuk
Pemerintahan beraja tamat
SPM 2011
Jadual berkaitan dengan Dasar Luar Malaysia tahap 1.
Mengapakah Malaysia mengamalkan dasar tersebut?
Keperluan pasaran
Sikap diskriminasi
Persamaan ideologi
Ancaman keselamatan
SPM 2010
Pada 28 Jun 1914, peristiwa pembunuhan pewaris takhta Austria-Hungary berlaku.
Antara yang berikut, yang manakah kesan daripada peristiwa tersebut?
Perang Dingin
Perang Saudara
Perang Dunia Pertama
Pembentukan Pakatan Bertiga
SPM 2010
Tunku Abdul Rahman telah mencetuskan idea penubuhan OIC pada tahun 1971.
Antara matlamat penubuhan pertubuhan tersebut adalah untuk
Mengekalkan keamanan dunia
Meningkatkan perhubungan sosiobudaya
Mengekalkan perdamaian antara negara Islam
Meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan
SPM 2010
ADOLF HITLER
Tokoh berikut adalah pemimpin Jerman yang dituduh mengingkari Perjanjian Versailles yang ditandatangani pada tahun 1919.
Apakah bukti tuduhan tersebut?
Memperbesar angkatan tentera
Menakluki wilayah Itali
Menyertai Kuasa Bersekutu
Mengamalkan pemerintahan diktator
SPM 2009
MAPHILINDO yang ditubuhkan pada tahun 1963 adalah pertubuhan serantau yang dianggotai oleh Malaysia, Filipina, dan Indonesia.
Mengapakah pertubuhan tersebut ditubuhkan?
Meningkatkan hubungan persahabatan
Menyelesaikan pertelingkahan
Menggalakkan kerjasama pendidikan
Mewujudkan kerjasama dalam bidang ketenteraan
SPM 2009
Malaysia menentang dasar Aparteid yang diamalkan oleh Afrika Selatan.
Apakah tindakan Malaysia terhadap negara tersebut?
Menamatkan perlindungan politik
Menghalang hubungan perdagangan
Memutuskan hubungan diplomatik
Menyekat bantuan kemanusiaan
SPM 2009
Apakah matlamat penubuhan Liga Bangsa 1919?
Memupuk keamanan dunia
Mengeratkan hubungan perdagangan
Menggalakkan kerjasama pendidikan
Meningkatkan kerjasama kebudayaan
SPM 2008
Peristiwa berikut berlaku semasa Perang
Dunia Kedua.
6 dan 8 Ogos 1945
Pengeboman Hiroshima dan Nagasaki
Mengapakah Amerika Syarikat mengambil tindakan demikian?
Menguji kekuatan senjata
Mengingkari Perjanjian Versailles
Mengelakkan perang berpanjangan
Mengatasi masalah kemelesetan ekonomi
SPM 2008
Sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia telah memberi sumbangan ke arah memelihara keamanan dunia.
Apakah sumbangan tersebut?
Menentang dasar Aparteid
Menghantar pasukan pemerhati
Membebaskan negara yang dijajah
Menyarankan penggunaan dinar emas
SPM 2008
Jadual berkaitan dengan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
2002 di Kuala Lumpur :
Persidangan Luar Biasa Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
Apakah isu yang diketengahkan dalam persidangan tersebut?
Mewujudkan kerjasama ketenteraan
Memerangi penyalahgunaan dadah
Memulihara alam sekitar
Menentang keganasan
SPM 2007
Bagaimanakah Perang Dunia Kedua (1939 – 1945) bermula di Eropah?
Rusia memasuki Berlin
Jerman menyerang Poland
Itali menceroboh Perancis
Austria mengancam Serbia
SPM 2007
# Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) - 1961
# Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) - 1967
Kedua-dua pertubuhan di atas mempunyai matlamat yang sama iaitu
menyelaraskan sistem pentadbiran
mengadakan pakatan ketenteraan
mewujudkan kebudayaan serantau
menjalin kerjasama pelbagai bidang
SPM 2006
Perikatan Kuasa Tengah
Jerman --- Austria-Hungry --- Itali
Maklumat merujuk kepada perikatan negara di Eropah yang wujud pada akhir abad ke-19.
Apakah implikasi pembentukan pakatan tersebut?
Perebutan bahan mentah
Peningkatan ekonomi dunia
Permulaan persaingan kuasa
Pembentukan perpaduan sejagat
SPM 2006
Apakah masalah yang dihadapi oleh negara bekas tanah jajahan Barat selepas Perang Dunia Kedua?
Membangunkan sektor ekonomi
Mewujudkan perpaduan kaum
Membentuk sempadan negara
Menghapuskan warisan penjajah
SPM 2006
Mengapakah Rancangan Colombo penting kepada negara anggota Komanwel?
Membiayai pengajian pelajar
Memajukan sektor pertanian
Menggalakkan aktiviti pelancongan
Menyediakan kemudahan perubatan
SPM 2006
Telefon ------> Internet
Berdasarkan rajah di atas, apakah kesan perkembangan teknologi tersebut kepada Malaysia?
Peningkatan kadar celik huruf
Perkembangan globalisasi
Pembentukan masyarakat berpengetahuan
Penyebaran maklumat dalam masa singkat
SPM 2005
Pakatan Bertiga = US$ 125 bilion
Pakatan Kuasa Tengah = US$ 60 bilion
Maklumat menunjukkan perbelanjaan dalam Perang Dunia Pertama.
Antara berikut manakah kesan ekonomi kepada negara yang menganggotai pakatan tersebut?
Kadar inflasi meningkat
Beban hutang bertambah
Penganugerahan bertambah
Nilai mata wang meningkat
SPM 2005
DASAR LUAR MALAYSIA
SEBELUM 1971 = PRO BARAT
SELEPAS 1971 = BERKECUALI
Maklumat menunjukkan perubahan dasar luar Malaysia.
Mengapakah berlaku perubahan dasar di atas?
Suasana yang aman di Vietnam
Bantuan pertahanan dari Komanwel
Pengaruh Britain di Timur berkurangan
Perjanjian Inggeris-Tanah Melayu ditandatangani
SPM 2005
# Britain
# Australia
# New Zealand
Apakah tujuan Malaysia menandatangani perjanjian pertahanan dengan negara di atas?
Membeli peralatan perang
Menjamin keselamatan negara
Memulihkan hubungan diplomatik
Meningkatkan kemasukan pelabur asing
SPM 2005
Apakah faktor pembubaran Liga Bangsa?
Kemelesetan ekonomi dunia
Peluasan pengaruh komunis
Kegagalan menghalang peperangan
Pengisytiharan kemerdekaan banyak negara
SPM 2005
Pergerakan Negara –Negara Berkecuali ( NAM )
Ditubuhkan pada bulan September 1961
Dianggotai oleh negara di Asia, Afrika dan Amerika Selatan
Antara berikut yang manakah berkaitan dengan pergerakan di atas?
Mengekalkan keamanan dunia
Menggalakkan kerjasama teknologi
Mengukuhkan kerjasama pertahanan
Menggalakkan hubungan negara anggota
SPM 2005
Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN telah berlangsung di Kuala Lumpur pada
November 1971.
Apakah kesan daripada mesyuarat di atas?
Pengisytiharan ZOPFAN
Penentangan keganasan di Israel
Penekanan kepada industri berat
Perjanjian kerjasama ketenteraan
SPM 2004
Apakah kesan Perang Dunia Pertama terhadap negara-negara di Asia Tenggara?
Kuasa raja dipulihkan
Kerajaan republik dibentuk
Semangat kebangsaan meningkat
Wujud pelbagai aliran politik
SPM 2004
Mengapakah Malaysia menjalinkan hubungan rapat dengan Amerika Syarikat dan Britain?
Memperoleh bahan mentah
Memerlukan pasaran modal
Meningkatkan teknologi pertanian
Mendapatkan bantuan ketenteraan
SPM 2018
Negara berikut telah menganggotai
Kumpulan G15 ( G15 )
# Malaysia
# Yugoslavia
# Nigeria
Apakah hasrat negara-negara tersebut?
Mengawal kawasan perairan bersama
Mewujudkan pakatan tentera antarabangsa
Mewujudkan sistem mata wang yang seragam
Mengurangkan pergantungan terhadap negara maju
SPM 2004
Apakah sumbangan Malaysia untuk menghapuskan Dasar Aparteid di Afrika Selatan?
Membantah campur tangan asing
Mencadangkan pemerintah yang baru
Menggugurkan keahliannya dalam Komanwel
Mengesyorkan penglibatan tentera Komanwel
SPM 2004
1998 -- SUKAN KOMANWEL
Apakah tujuan Malaysia menganjurkan temasya sukan di atas?
Mengukuhkan semangat perpaduan
Melambangkan kekuatan negara peserta
Memupuk kerjasama antara negara anggota
Menunjukkan kecekapan mengendalikan sukan dunia
SPM 2004
Hubungan Luar Negara Malaysia
# Negara-negara Komanwel
# Negara-negara Berkecuali
# Negara-negara Selatan
Apakah tujuan Malaysia mengadakan hubungan luar dengan negara di atas?
Menjamin keselamatan
Mengukuhkan ekonomi
Mengadakan pakatan ketenteraan
Memantapkan struktur pentadbiran
SPM 2018
Jerman telah melanggar syarat- syarat Perjanjian Versailles yang ditandatangani pada tahun 1919.
Bagaimanakah negara tersebut melanggar syarat- syarat Perjanjian Versailles?
Memperkuat angkatan tentera
Menjalinkan kerjasama dengan Russia
Menamatkan hubungan diplomatik
Mengeksport senjata ke luar negara
SPM 2004
Mengapakah Malaysia tidak menjalinkan hubungan dengan negara Israel?
Menjaga pendirian majoriti negara Islam
Tidak mempunyai kepentingan ekonomi
Tidak diiktiraf oleh negara sekutu Malaysia
Bukan anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
