Font size
WorksheetsSistem Pentadbiran Negara 2
Total questions: 20
Worksheet time: 12mins
"Merumus, merancang dan membentuk rancangan pembangunan negara". Yang manakah merujuk kepada tugas diatas?
Unit Perancang Ekonomi
Unit Perancangan dan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Jabatan Perkhidmatan Awam
Yang manakah antara berikut merupakan tugas Setiausaha Jemaah Menteri?
Memanggil mesyuarat Jemaah Menteri
Mengadakan sidang akhbar selepas mesyuarat Jemaah Menteri
Memberi cadangan dan pendapat dalam mesyuarat Jemaah Menteri
Menyampaikan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri kepada badan-badan pelaksana
Antara berikut, yang manakah kriteria peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Pihak Berkuasa Tempatan?
Keluasan kawasan Pihak Berkuasa Tempatan
Panjang jalan raya dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan
Perolehan Tahunan Pihak Berkuasa Tempatan
Jumlah pendapatan perkapita penduduk di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan
Antara berikut, yang manakah merupakan sumber kewangan Pihak Berkuasa Tempatan?
Hasil kompaun atas kesalahan meletak kenderaan
Hasil sewa tapak perniagaan
Hasil kutipan zakat
Hasil denda daripada mahkamah
Antara berikut, yang manakah berperanan menyelaras tadbir urus antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri?
Mesyuarat Majlis Raja-Raja
Mesyuarat Majlis Perancangan Negara
Mesyuarat Setiausaha-Setiausaha Kementerian
Mesyuarat Menteri Besar / Ketua Menteri
Yang manakah merupakan kuasa Pihak Berkuasa Tempatan?
Mengeluarkan lesen syarikat perniagaan
Menggubal undang-undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan
Mengeluarkan sijil halal bagi kedai makanan dan minuman
Mengarahkan penutupan premis perniagaan yang kotor
Antara berikut, yang manakah fungsi Majlis Air Negara?
Mencari sumber bekalan air bersih untuk setiap negeri
Memberi bantuan kewangan kepada negeri yang mengalami krisis air
Menyelaras bekalan air antara semua negeri yang mengalami krisis air
Mengenalpasti cara untuk menyalurkan air ke negeri yang mengalami krisis air
Antara berikut, yang manakah majlis yang ditubuhkan untuk tujuan penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kementerian?
Majlis Perumahan Negara
Majlis Keselamatan Negara
Majlis Perhutanan Negara
Majlis Perancangan Negara
Antara berikut, yang manakah benar mengenai perbendahaan?
Menggubal dasar perkhidmatan awam
Mengesan keperluan dan menjalankan penyelidikan
Menyediakan sistem yang sesuai untuk mendapatkan wang
Menyediakan rancangan pembangunan lima tahun negara
Antara berikut, yang manakah benar tentang ahli ex-officio Majlis Kerajaan Negeri?
Di Melaka dan Pulau Pinang, hanya Setiausaha Kerajaan Negeri yang boleh mengambil bahagian dalam prosiding DUN
Di Sabah dan Sarawak, semua ahli ex-officio berhak menghadiri persidangan DUN
Ahli ex-officio terdiri daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang dan Timbalan Menteri Besar
Di negeri beraja, semua ahli ex-officio dibenarkan menghadiri persidangan DUN
Yang manakah antara berikut merupakan kuasa budi bicara Sultan?
Melantik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Melantik Pemangku Raja
Menjadi Pengerusi Jemaah Pengampunan Negeri
Merasmikan persidangan pertama Dewan Undangan Negeri
Yang manakah benar mengenai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri?
Merupakan badan pentadbiran tertinggi negeri
Merupakan agensi tertinggi pentadbiran negeri
Merupakan pelaksana tertinggi pentadbiran negeri
Merupakan pembentuk tertinggi dasar kerajaan negeri
Antara berikut, yang manakah merupakan tanggungjawab sesebuah kementerian?
Menggubal dasar bagi setiap kementerian
Mengawal tanggungjawab dan kewangan agensi di bawahnya
Menyediakan sumber manusia dalam setiap agensi dibawahnya
Menyelaras dan memantau semua agensi pelaksana dibawahnya
Antara berikut, yang manakah pendapatan tambahan bagi negeri Sabah dan Sarawak?
Duti Import kenderaan
Duti eksais petroleum
Bayaran daripada pelabuhan negeri
Bayaran daripada lapangan terbang
Antara berikut, yang manakah merupakan sekatan kepada kuasa Sultan?
Tidak boleh terlibat aktif dalam perniagaan
Tidak boleh keluar negara melebihi 15 hari
Tidak boleh menjalankan fungsinya tanpa nasihat ketua kerajaan negeri
Tidak boleh terlibat dalam politik
"X mengeluarkan notis kepada pemilik kedai supaya menamatkan operasi perniagaan kerana terlibat dengan kegiatan menyorok barangan". Berdasarkan penyataan ini, X merujuk kepada
Kementerian Keselamatan Dalam Negeri
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Kementerian Pertanian dan Industi Makanan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
"Memastikan dasar-dasar ekonomi kerajaan mencapai matlamat yang diharapkan". Pernyataan ini merujuk kepada fungsi
Perbendaharaan Malaysia
Unit Perancang Ekonomi
Unit Kerjasama Awam dan Swasta
Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan
"Memantau dan membuat penilaian terhadap projek-projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia ke-10". Penyataan ini merujuk kepada fungsi
Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan
Unit Perancangan Ekonomi
Unit Kerjasama Awam dan Swasta
Jabatan Perkhidmatan Awam
Yang manakah merupakan tujuan penubuhan Kerajaan Tempatan?
Memberi peluang kepada penduduk tempatan mengambil bahagian dalam pengurusan kawasan yang didiami mereka
Menjamin supaya kemudahan asas seperti pelupusan sampah dan bekalan air dapat disediakan
Menjaga kebersihan pasar awam dan menyediakan perkhidmatan tempat letak kereta yang mencukupi
Mengutip cukai pintu dan cukai-cukai yang lain untuk menampung perbelanjaan Pihak Berkuasa Tempatan
Antara berikut, yang manakah fungsi Jabatan Perkhidmatan Awam?
Menyediakan pelan jangka panjang
Mengawasi agensi dan perbadanan awam
Menentukan keperluan dan pembangunan sumber manusia
Menguruskan pemantauan dasar kerajaan
