WorksheetsTauhid Darjah 6
Total questions: 17
Worksheet time: 19mins
"Perkara luar biasa yang berlaku kepada seseorang sebelum diangkat menjadi nabi dan rasul"
Kenyataan tersebut adalah pengertian...
Karamah
Irhas
Mukjizat
"Nabi Muhammad SAW dinaungi oleh awan ketika bermusafir ke Syam semasa baginda belum dilantik menjadi nabi dan rasul. "
Kenyataan ini berkaitan ...
Irhas
Ma'unah
Karamah
Perkara luar biasa yang berlaku kepada seorang wali atau hamba Allah yang soleh.
Ihanah
Istidraj
Karamah
Apakah maksud wali.
Hamba abdi
Hamba Allah yang soleh
Hamba sahaya
"Singgahsana Puteri Balqis dipindahkan dari Yaman ke Palestin dalam sekelip mata"
Kenyataan ini adalah contoh...
Mukjizat
Maunah
Karamah
Apakah tujuan karamah dikurniakan?
Sebagai penghormatan kepada penerimanya
Sebagai penghinaan kepada penerimanya
Untuk menyesatkan penerimanya
"Pertolongan luar biasa yang diberikan Allah kepada seseorang"
Kenyataan ini merujuk kepada...
Maunah
Ihanah
Istidraj
Contoh maunah ialah...
Seseorang yang mengalami kemalangan yang mengorbankan orang lain tetapi dia terselamat
Seseorang yang mengubati orang buta sebelah matanya tetapi akhirnya buta kedua belah matanya
Seseorang yang kaya raya dan mempunyai kuasa tetapi menyalahgunakannya
"Kurniaan Allah yang tidak diredhai kepada orang-orang yang zalim dan fasik untuk menjadikan mereka bertambah kefasikan dan kezalimannya."
Kenyataan ini adalah pengertian...
Sihir
Ihanah
Istidraj
"Seseorang yang kaya raya dan mempunyai kuasa tetapi menyalahgunakannya untuk terus bertambah zalim dan fasik"
Kenyataan ini merujuk kepada...
Istidraj
Maunah
Ihanah
Berikut merupakan ciri-ciri Istidraj KECUALI
Zalim
Amanah
Fasik
"Perkara yang luar biasa yang berlaku kepada pendusta yang mengaku nabi."
Kenyataan ini adalah pengertian...
Istidraj
Ihanah
Maunah
Pilih contoh penerima Ihanah.
Musailamah Al Kazzab
Musalmah Al Wahab
Maisarah Al Zainab
Apakah yang dilakukan oleh penerima Ihanah tersebut?
Ingin mengubati orang yang buta sebelah matanya tetapi akhirnya kedua-dua matanya buta.
Ingin menyelamatkan orang yang mengalami kemalangan.
Menyalahgunakan harta dan kuasanya.
"Persepakatan antara tukang sihir dan jin dengan melakukan pelbagai keharaman dan kesyirikan."
Kenyataan ini merujuk kepada...
Istidraj
Ihanah
Sihir
Antara tujuan sihir adalah...
Untuk memecahbelahkan dan mencerai-beraikan rumah tangga.
Untuk mendamaikan rumah tangga.
Untuk membahagiakan keluarga.
Berikut merupakan 3 peristiwa kanak-kanak bercakap ketika kecil.
Pilih jawapan yang SALAH.
Nabi Isa
Anak Lelaki Mashitah Zaman Firaun
Nabi Musa
Kisah Juraij
